Iqbal Zulkefli dikecam gara-gara bertanyakan soalan kepada pengasas kosmetik Noir Health & Beauty, Eriyca Baiduri atau Madammu yang juga penaja utama Anugerah Juara Lagu k3-36 (AJL 36).
Iqbal bertanya adakah pernah merasa bosan untuk memberi barangan berjenama mewah. Tujuannya bertanya sebegitu kerana penyanyi lagu Hujan ini sendiri berasa penat untuk membeli barangan jenama mewah meskipun dia mampu untuk membelinya. “Saya kena kecam teruk tadi apabila bertanya soalan ‘Madam, madam pernah rasa bosan tak beli barang branded mahal-mahal, kasut, bag puluh-puluh ribu?
"Kenapa saya tanya begini sebenarnya, sebab saya sendiri kadang rasa penat beli barangan mewah seharga begitu meskipun mampu. "Jadi kerana saya suka ikuti cara pembawaan Madam, saya pun teringin tahu. Sesetengah orang yang mampu, tidak pernah bosan beli barangan seharga begitu. Saya tidak tahu apa yang difaham netizen," katanya menerusi Insta Story. Tambah Iqbal dia juga terkejut apabila ada yang menyuruhnya supaya tidak mengganggu Madammu kerana sudah bersuami. “Saya terkejut baca komen, ‘jangan kacau, Madam sudah kahwin’. Saya mengikuti live Facebook Madam sudah 4 tahun lepas dan Madam sentiasa jawab baik setiap pertanyaan saya. Sedih netizen fikir seolah saya ini tiada didikan, tidak tahu batas dan menghormati orang." Biasalah Iqbal, sekali orang dah benci buat apa pun pasti dibenci. Tak gitu? Tabahlah ya. -CARI
|
lattehazelnut replied at 4-4-2022 05:33 PM
Jujur je lah ko nak try dia tp xdpt kan
bulalof replied at 5-4-2022 08:22 AM
sumber halal ke wang kekayaan badigol ni?
ADVERTISEMENT