CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baru Setahun Lebih Fatima Dah Ikut Sahur, Fazura Tak Nak Anak Terlalu Mengharapkan Pahala

4-4-2022 03:59 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 12662| Komen: 97|Original author: LilRose

Baru berusia setahun tujuh bulan, Nur Fatima Aisya sudah diajar ibunya menikmati kemuliaan bulan Ramadan.

Kata pelakon dan usahawan selebriti berusia 39 tahun itu, dia dia berbuat begitu kerana mahu Fatima diperkenalkan dengan kebesaran Ramadan pada usia muda.


Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.


Kredit foto: IG

“Insya-Allah Ramadan tahun ini saya akan fokus memperbanyakkan amal ibadah. Selain itu tahun ini juga merupakan tahun kedua saya menyambut Ramadan bersama anak (Fatima). Tahun lalu dia masih kecil, jadi ketika bersahur dia tidak bangun.


“Jadi tahun ini saya mahu Fatima bersama-sama merasai kenikmatan bulan Ramadan termasuk bangun sahur bersama,” ujar Fazura ketika ditemu bual dalam program Melodi, semalam.

Selain bersahur, Fatima akan mengikut apa sahaja dilakukan Fazura dan suami, Fattah Amin.


Kredit foto: IG

“Jadi kami kena tunjukkan contoh yang baik. Lagi satu, saya ingin mendidik Fatima supaya tidak terlalu mengharapkan pahala semata-mata kerana berharap keredaan Allah SWT itu adalah lebih penting,” ujarnya dipetik dari Kosmo Online. 

Bagusnya pasangan ini mendidik anak untuk melakukan ibadah sejak kecil lagi.

Jangan pula biasakan memberi duit raya bila Fatima dah mula berpuasa penuh nanti. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 4-4-2022 04:15 PM
esok cerita billie pun ikut bangun sahur sama2 umi dan abah
Quote lattehazelnut 4-4-2022 04:18 PM
Banyak betul berita diorg ni..
I love them tp byk sgt buat org meluat..
Quote BarbiePink 4-4-2022 04:33 PM
lattehazelnut replied at 4-4-2022 04:18 PM
Banyak betul berita diorg ni..
I love them tp byk sgt buat org meluat..

Tu ler report neh pun
Satu interview tak boleh keh
combain satu cerita jer
nak jugak buat satu2
Isi ntah apa2
Quote hzln 4-4-2022 04:34 PM
Kucing saya juga saya ajar bangun bersahur

Harap esok porum cari siarkan artikel memuji betapa bagusnya saya mendidik kucing utk melakukan iibadat sejak kecil lagi
Quote BarbiePink 4-4-2022 04:37 PM
Over sangat ler
Report cari neh buat cerita
Misleading betul
Gan cerita cut2 mana yg patut
Dh tu buh buat thread
Kalau nak buat thread pun
Letak ler full story
Tak ler org meluat cerita ntah apa2
Sheols kena tnya pun
Dh jwb elok2

Neh iols tepek video betul
Krg ada pulak yg acah2 neutral
Belum apa dh mcm cacing kepanasan

[youtube]EURj7Wd3ghg[/youtube]

Quote tulip-rain 4-4-2022 04:39 PM
Nak buat ibadat pun nak bagitahu. Kau buat jelah diam2. Kata kerana Allah swt. Nak didik anak ape semua pun nak bgtahu. Perasan bagus betul.
Nilah humble riak. Semua benda nak cerita, peramah katanya.
Sama mcm masa pajura jawab soalan2 kat ig dia hari tu. Dia gi cerita amalan2 dia tp ckp pulak itu antara dia dan Tuhan, tak suka hebahkan kat orang ramai.
Bongok
Quote MatDeghem 4-4-2022 04:45 PM
kiah_mai_pulak replied at 4-4-2022 04:15 PM
esok cerita billie pun ikut bangun sahur sama2 umi dan abah

Dah ada.. Screenshot_2022-04-04-16-44-08-17.png

Quote BarbiePink 4-4-2022 04:45 PM
Edited by BarbiePink at 4-4-2022 04:49 PM

Kan iols dh ckp
Fans no.1 dh masuk mengadap yach
Relax ler bunga oiii
Sheols tuh kena tnya
Kena ler jwb
Chouls pun kalau dh meluat
Asal thread fazzy jer chouls hadap
Chouls doa jer leh tuk idola chouls tuh
Kata  pun tak selari per buatkan
Kesian skrg pun bitter tak sudeh


Quote Masukkeluar 4-4-2022 04:55 PM
masuk just nak komen cantik rumah baru timoh.

siap ada lift gitu. berapa tingkat tu? hahahaha.
Quote likilu 4-4-2022 05:07 PM
MatDeghem replied at 4-4-2022 04:45 PM
Dah ada..

Ain tak minum dari tetek kiri atau kanan ke
Quote dua_chzy 4-4-2022 05:10 PM
Kecik lagi anak kau tu kak long...
Quote becir 4-4-2022 06:25 PM
BarbiePink replied at 4-4-2022 04:45 PM
Kan iols dh ckp
Fans no.1 dh masuk mengadap yach
Relax ler bunga oiii

Si Bunga tu makcik pakyu tu ke..cara cakap personal sgt macamkan dia kena reject personally by fattah. Kalau dia setakat peminat jah, I mmg kesian la sampai camni dia nya marah kat kapel wangi ni..
Quote tikusmontok 4-4-2022 08:10 PM
BarbiePink replied at 4-4-2022 04:45 PM
Kan iols dh ckp
Fans no.1 dh masuk mengadap yach
Relax ler bunga oiii

Lobenaks detected
Quote midori_katana 4-4-2022 08:23 PM
anak baru setahun.. hihihi...
Quote missHaidiD 4-4-2022 10:07 PM
midori_katana replied at 4-4-2022 08:23 PM
anak baru setahun.. hihihi...

Takpe lg sb da pndai makn. Tu yg 3 bln tu lg haru ikut bgn sahur
Quote zeitabaei 4-4-2022 10:16 PM
Kenalah ajar anak kejar pahala. Buat baik DPT pahala . Ada ke benda baik Allah X redha . Apo la kakak fakebimbo ni
Quote Kancilkering 4-4-2022 10:22 PM
ada anak kecik harus lah dia terjaga ….tetiba bau makanan….bunyik pinggang…bagai…
Quote Moyangkucing 4-4-2022 10:48 PM
hzln replied at 4-4-2022 04:34 PM
Kucing saya juga saya ajar bangun bersahur

Harap esok porum cari siarkan artikel memuji betapa bagu ...

Beriman sungguh kucing u.,
Quote BarbiePink 4-4-2022 10:54 PM
Edited by BarbiePink at 4-4-2022 10:57 PM
zeitabaei replied at 4-4-2022 10:16 PM
Kenalah ajar anak kejar pahala. Buat baik DPT pahala . Ada ke benda baik Allah X redha . Apo la kaka ...


Lobenak detected
Tak reti nak baca nengok video
Terus nak bimbo ken org
Mampu komen thread sini jer
Idola terpaling meratip ain
Nak komen tak berani  yak dak

Btw Nasihat jugak idola ya chouls
Jgn takut ain jer mcm tak percaya yg esa

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.088022 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top