CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Self Reward' Ke Dubai Sempena Tamat Degree, Influencer Ambil Tempat Pelajar Susah di UiTM?

4-4-2022 03:46 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 4908| Komen: 24|Original author: Cinta Erina

Sumber: Twitter Tasnim Shah


Menjadi lumrah untuk setiap pelajar yang baru menamatkan exam ataupun diploma dan degree, 'self reward' merupakan cara terbaik untuk meraikan kejayaan diri sendiri selepas berdepan dengan segala dugaan ketika belajar.

Sumber: Instagram Tasnim Shah


Baru-baru ini, tular di Twitter tentang perkongsian seorang influencer yang dikenali sebagai Tasnim Shah. Influencer ini telah memuat naik status di Twitter yang menunjukkan dirinya pergi bercuti ke Dubai sebagai 'self reward' setelah menamatkan pengajian sarjana dengan keputusan yang cemerlang.

Sumber: Instagram Tasnim Shah

Untuk pengetahuan semua, influencer ini merupakan pelajar jurusan perundangan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). 

Ekoran daripada status yang dimuat naik itu, gadis ini dikecam warga Twitter yang mengatakan bahawa dirinya telah merampas peluang pelajar yang lebih layak untuk memasuki institusi pengajian tinggi berkenaan.

Sumber: Instagram Tasnim Shah

Hal ini kerana dia bukan saja menunjukkan tiket penerbangan ke Dubai malah influencer ini kelihatan menaiki penerbangan kelas perniagaan yang berharga dari RM30,000 hingga RM40,000. 

Sumber: Instagram Tasnim Shah

Bukan itu saja, rata-rata netizen juga menegaskan bahawa UiTM merupakan satu institusi yang dibina untuk memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai masalah kewangan ataupun dari keluarga B40 untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Oleh itu, influencer tersebut telah tampil untuk memberi penjelasan yang mengatakan bahawa dirinya bukanlah datang dari keluarga yang senang. 


Sumber: Twitter Tasnim Shah

Tambahnya lagi, segala perbelanjaannya ke Dubai itu merupakan wang simpanan hasil dirinya kerja sebagai seorang model selama 6 hingga 7 tahun. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 4-4-2022 04:35 PM
Tambahnya lagi, segala perbelanjaannya ke Dubai itu merupakan wang simpanan hasil dirinya kerja sebagai seorang model selama 6 hingga 7 tahun.


baik ko guna pendptan ko tu utk biayai study ko je, at least bleh la bangga degree tu mmg hasil titik peluh ko, tapi yelah T20 zaman la ni entitled
Quote anony-mous 4-4-2022 06:29 PM
Jarang2 dgr influencer dari uni mcm UM, UKM, UAI mahupon UPM. Kenapa ek? Xlayak masuk uni2 ni ke? I akui uitm nmpk lg fun dari uni2 lain ni.

Yg bising kes ni cina2 sepet. Xpernah pulak i tau uitm utk b40. Rasanya utk bumiputra.

USM lg xpernah i nmpk influencer ni dpt sana
Quote azimodin 4-4-2022 06:44 PM
anony-mous: Jarang2 dgr influencer dari un ...


Masa under nama ITM, mmg banyak student yg kurang berkemampuan. Sebab tu semua hampir free. Bila zaman iouls (dah rebrand jadi Uitm) mula la ramai anak2 orka pon berpusu nak masuk, siap ada bmw, audi, vw lagi. Kalah kereta lecturer
Quote doubleharmonic 4-4-2022 07:00 PM
anony-mous replied at 4-4-2022 10:29 AM
Jarang2 dgr influencer dari uni mcm UM, UKM, UAI mahupon UPM. Kenapa ek? Xlayak masuk uni2 ni ke? I  ...

UAI tu unibesiti zehar derus kah chuolsss? kalau UIA tu iolss tahu lah jugak kewujudan
Quote anony-mous 4-4-2022 08:17 PM
doubleharmonic replied at 4-4-2022 07:00 PM
UAI tu unibesiti zehar derus kah chuolsss? kalau UIA tu iolss tahu lah jugak kewujudan

Wakakaka. Nk taip laju sgt. Dlm kepala ni dah sebut UIA
Quote Tembikaigoreng 4-4-2022 08:32 PM
anony-mous: Jarang2 dgr influencer dari un ...


Kan...rasanya tiap ipta memang Ada kouta untuk b40 tak Kira uitm ke apa...Dan setahu akulah uitm nie memang khusus bumiputera je tapi tak taulah khusus untuk b40 ke apa sbb rata² yg masuk memang wow wow je perangai LOL
Quote merrissa 4-4-2022 09:11 PM
Ni mest kamching dgn prof t20 tu
Quote Missjass 4-4-2022 09:38 PM
anony-mous replied at 4-4-2022 06:29 PM
Jarang2 dgr influencer dari uni mcm UM, UKM, UAI mahupon UPM. Kenapa ek? Xlayak masuk uni2 ni ke? I  ...

Tk ramai influencer msk IPTA yg rmainya grad MSU,Taylor,Sunway etc.. influencer yg grad from USM i kenal aishaliyana sorang je
Quote hyie 5-4-2022 12:45 AM
anony-mous replied at 4-4-2022 06:29 PM
Jarang2 dgr influencer dari uni mcm UM, UKM, UAI mahupon UPM. Kenapa ek? Xlayak masuk uni2 ni ke? I  ...

usm lebih kepada graduan yang kerja dalam industri macam fedtri, reputz awani lupa nama tapi selalu ada slot khas, rudy imran, nabila razali, mahayam arja lee, diana amir, muna syahirah, sapa entah lagi iols pon lupa tiktokers ada tapi takat gitu2 je, plus utubers yang ala2 share kehidupan sebagai students yang penting ada terselit produk apple yihhhh
Quote wallflower 5-4-2022 07:24 AM
anony-mous: Jarang2 dgr influencer dari un ...

Kalau UIA mesti influencer pasangan muda terpaling kawen awal masa tengah study.
Quote babysolaris 5-4-2022 07:32 AM
tak kenai pun TS... hahah or aku dah ketinggalan.. haha
Quote juruterra 5-4-2022 09:27 AM
anony-mous replied at 4-4-2022 06:29 PM
Jarang2 dgr influencer dari uni mcm UM, UKM, UAI mahupon UPM. Kenapa ek? Xlayak masuk uni2 ni ke? I  ...

uni2 u sebut tu susah nk masuk kena betul2 bijak, yg masuk uitm suam2 kuku...
camana influencer tu kaya sgt? sbb bf neliau anak jamal jamban tu kan..umno kalau x kaya x sah even GF anak cucu bini, bini no 2 pun dpt tempias mewah.
Quote juruterra 5-4-2022 09:29 AM
Tembikaigoreng replied at 4-4-2022 08:32 PM
Kan...rasanya tiap ipta memang Ada kouta untuk b40 tak Kira uitm ke apa...Dan setahu akulah uitm n ...

yg i perasan uitm students mmg suka & pandai make-up yeh...
iols x belajar uitm tp penah dok seksyen 2 tu..penuh la dgn bdk2 uitm so generally gitu la observation iols
Quote anony-mous 5-4-2022 10:52 AM
juruterra replied at 5-4-2022 09:27 AM
uni2 u sebut tu susah nk masuk kena betul2 bijak, yg masuk uitm suam2 kuku...
camana influencer tu ...

Minah ni dh lama jugak jd influencer, antara yg terawal. Dlu byk dpt job modelling. Skrg jarang nmpk muka sheol. Tp bg i idok la lawa sgt, cuma sb muka ke arah arab2 sikit
Quote winstonpepel 5-4-2022 12:40 PM
kaya nyer. marhein miskin bandar macam iols ni hanya mampu melopong tengok jela.
Quote dekmieDandy 5-4-2022 12:54 PM
dia nak masuk UiTm tu aku x kesah pun

tapi tak patut dia layak dapat subsidi tu, dia patut bayar yuran full macam student foreigner

dah lar yuran uitm ni lagi murah dari UA lain
Quote ezacbee 5-4-2022 01:03 PM
azimodin replied at 4-4-2022 06:44 PM
Masa under nama ITM, mmg banyak student yg kurang berkemampuan. Sebab tu semua hampir free. Bila z ...

Dari ITM pun dah ada anak2 orka belajar situ. Kebanyakan jenis sempoi. Mungkin dulu xde socmed. Hp pun mono je.
Quote @pip98 8-4-2022 12:58 PM
k faham dia influencer, habis belajar, go reward herself. I see no problem with that actually..
Quote Gomea 8-4-2022 05:44 PM
Aku kalau tengok budak2 muda lawa2 anak marhein baru belajar nak hidup ni, tapi lifestyle macam dari keturunan kaya-raya mesti nak speku ade bapak ikan bela.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.046756 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top