Nama pelakon cantik yang berbakat besar iaitu Anzalna Nasir tidak asing lagi dalam dunia seni apabila namanya mula dikenali melalui rancangan realiti Dewi Remaja tahun 2011. Namun, Anzalna telah mengurangkan aktiviti perlakonannya sejak berkahwin dan bersalin anak pertama iaitu Mohamad Eidrees. Dalam perkembangan terbaru, Anzalna dipilih menjadi wajah kepada koleksi terbaharu jenama tudung milik Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Loveta. Baru-baru ini, Anzalna memuat naik posting terbaru di akaun Instagram miliknya meluahkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat bulan Ramadan. Anzalna juga mengambil kesempatan itu untuk mengumumkan bahawa dirinya sedang sarat hamil anak kedua dan memohon doa agar urusan melahirkan anak kedua ini dipermudahkan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah kepada pelakon cantik ini dan mendoakan agar semua urusannya dipermudahkan sehingga ke saat melahirkan anak keduanya. - CARI |
ADVERTISEMENT