CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Pernah Dilempar Banyak Fitnah" - Vivy Yusof Kenang Memori Suka Duka Di Mekah

4-4-2022 02:35 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3106| Komen: 15|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Vivy Yusof 

Baru-baru ini, usahawan popular Vivy Yusof dilihat sedang mengerjakan umrah bersama suaminya. 

Vivy telah memuat naik perkembangan dirinya di Tanah Suci menerusi akaun Instagram miliknya sejak beberapa hari yang lalu. 

Sumber: Instagram Vivy Yusof 


Menerusi satu posting, Vivy mengimbau kembali kenangan sewaktu dia mengikuti ibu dan bapanya mengerjakan umrah ketika masih kecil. Vivy juga turut berkongsi bagaimana dirinya merasai suasana yang sangat tenang ketika berada di Mekah. 

Namun kata Vivy, dia pernah melihat ibunya menangis ketika sedang solat di Masjidil Haram. Vivy yang sewaktu itu masih kecil tertanya-tanya mengapa ibunya menangis. 

Kini apabila dia sudah dewasa, dia mengerti mengapa ibunya menangis. Vivy berkata walaupun di Masjidil Haram sangat sesak, namun dia dapat merasakan seolah-olah hanya dia dan Allah SWT sahaja di situ. Ia merupakan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. 

Sumber: Instagram Vivy Yusof 

Jelas Vivy, dia yakin setiap Muslim pasti memahami perasaan itu disaat melihat kain hitam di antara dua tiang masjid berkenaan. Tambah Vivy, semakin dekat dirinya dengan Kaabah, semakin sebak Vivy dan ketika itulah Vivy telah berdoa untuk semua keinginan hatinya dan dia tak mampu untuk berhenti menangis. 

Menurut Vivy, dua tahun terakhir ini dia terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam bisnes dan juga kehidupannya. Vivy pernah dilempar banyak fitnah dan terpaksa menghadapi cyberbullying

Namun, tidak pernah sekali dia menceritakan luka peribadi yang tersemat di hatinya. Tidak pernah sekali Vivy melawan. Vivy bersyukur kerana dia diberikan kesempatan untuk menunaikan umrah di mana dia dapat meluahkan segala kesakitannya kepada Tuhan. 

Sumber: Instagram Vivy Yusof 

Vivy yakin dia akan kembali ke tanah air dengan semangat yang baru kerana dia sekarang telah menyerahkan semuanya kepada Allah SWT. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kevler 4-4-2022 02:44 PM
ok check in
Quote ime1311 5-4-2022 07:49 AM
vivy cancel forever
Quote yusryimran 5-4-2022 07:56 AM
duck duck kwek kwek koser lah hahaha
Quote juruterra 5-4-2022 09:29 AM
bukan pembeli duck tp i rasa dia ni ok lah..ig dia tu and her writings nmpk genuine, bkn fake
Quote duffyduck 5-4-2022 10:51 AM
tunggang sipi2 ka tu.. urghhh
Quote musangbodoh 5-4-2022 10:53 AM
mekap dgn natural jauh beza
Quote likilu 5-4-2022 11:13 AM
Ada mintak ampun tak salah guna lavish lavish dengan duit orang ramai ambil gaji tebal tebal tapi company tak untung sebanyak tu lepastu bukak kedai sana sini lepastu tutup lepastu bukak baru lagi sailang design orang brand orang. Tapi ye la orang dulu selalu tekankan mintak maaf mintak halal semua sebelum ke mekah, bukan pergi mekah cuci dosa

Ustaz kata kalau kita rasa kita takde salah maksudnya kita masih takde salah la tu. Cuba ambil kritikan tu sebagai teguran, claim fitnah as if benda tak betul orang mengata
Quote dagusengett 5-4-2022 02:26 PM
Hurmmmm pegi umrah supaya terus nampak suci
nexttt
Quote vanillaninja 8-4-2022 02:50 PM
Sendunya thread sheols
Quote rotiboy 8-4-2022 10:36 PM
Quote cmf_Strawberry 9-4-2022 11:21 AM
Boring i baca caption dia, same old same old.
Quote Cece1234 9-4-2022 06:00 PM
musangbodoh replied at 5-4-2022 10:53 AM
mekap dgn natural jauh beza

Basic sungguh muka dia without mekap..
Quote armin 9-4-2022 06:04 PM
Fitnah? Lol
Quote lanse 9-4-2022 06:04 PM
Lain sungguh muka bila tak makeup
Quote she 9-4-2022 06:29 PM
Sembang kemah keming
Dia aje serba pandai
Balik Malaysia kembali membongak

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.081039 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top