Ini kehidupan di penjara HMP Cookham Wood yang terletak di Rochester, Kent, England. Banduan penjara ini diberikan kemudahan seperti sofa, TV dan alatan muzik sepanjang tempoh tahanan. Menerusi laporan dari The Sun, penjara itu menempatkan hampir 180 banduan lelaki yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 18 tahun. Penjara berkenaan juga menyediakan enam buah gitar dan pemain DVD agar banduan juvana itu boleh menggunakannya ketika masa lapang mereka. Menurut laporan, penjara itu telah menyediakan kemudahan terbabit kerana mereka mempunyai harapan jika banduan-bantuan itu dilayan dengan baik, mereka akan berubah ke jalan yang benar. Sekadar info untuk semua, kebanyakan banduan juvana disitu dipenjara akibat kes jenayah ganas dan kesalahan melibatkan dadah. Menurut sumber, sekiranya banduan-banduan ini berkelakuan baik, mereka akan diberikan dorm yang selesa dengan pelbagai kemudahan. Apa pendapat pembaca disini? Adakah dengan layanan sebegini, banduan-banduan ini boleh kembali ke jalan yang benar? -CARI
|
ADVERTISEMENT