CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Asyik Berpeluk, Ridhuan Tee Tegur Yazmin Aziz Dan Danial Chuer Jaga Adab! Siap Suruh Ganti Solat

4-4-2022 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6915| Komen: 35

Video berpelukan penyanyi Yazmin Aziz dan Danial Chuer yang menerima reaksi kurang senang netizen turut mendapat perhatian penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.


Ridhuan yang juga merupakan profesor Pusat Pengajian Teras (PPT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), menegur kelakuan dua selebriti itu yang disifatkan tidak menjaga adab dan sensitiviti masyarakat.

Foto: IG

“Macam-macam boleh terjadi apabila dah berpeluk, walaupun tidak ada niat apa-apa pada awalnya.

“Ini bukan soal pendapat netizen atau tidak kisah dengan komen negatif, tetapi ia berkaitan adab-adab pergaulan budaya timur dan orang Melayu.


“Bukan sahaja dalam agama Islam, agama lain pun pentingkan adab pergaulan dan tidak membenarkan bergaul atau berpeluk bebas sebegini.

“Kalau hendak peluk sangat elok buat persiapan kahwin sahaja” katanya kepada mStar.



Sebelum ini, mStar melaporkan Yazmin mengambil jalan mengabaikan semua komen negatif netizen yang menegur aksi berpelukan dengan Danial yang dimuat naik di laman TikTok.

Yazmin juga menganggap Danial seperti abang sendiri dan tindakan berpelukan itu sebagai tanda kasih-sayang mereka.

Mengulas hal tersebut, kata Ridhuan, mana-mana individu berhak menolak untuk dipeluk oleh seseorang yang bukan mahram.

“Tidak elok gunakan istilah ‘macam abang’ sebagai tiket untuk berpeluk dengan seseorang yang bukan mahram.

“Kita berhak menolak untuk tidak berpeluk dan cukup dengan hanya meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.

“Jika bersalam pun tidak digalakkan, apatah lagi berpeluk,” ujarnya.



Dalam masa sama Ridhuan turut menasihatkan agar kedua-kedua penyanyi itu menggantikan solat jika pernah ditinggalkan sepanjang terlibat dalam program Big Stage 2022 baru-baru ini.

Beliau turut memuji Marsha Milan sebagai seorang mualaf yang tidak henti melafazkan kata zikir selepas memenangi Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36).


“Saya tidak pasti mereka (Yazmin dan Danial) ini sembahyang atau tidak sepanjang Big Stage. Jika tertinggal eloklah ganti. Namun jika menunaikan sembahyang.... Alhamdulillah.

“Saya contohi Marsha yang viral selepas menang AJL36. Dia tidak putus mengucapkan zikir ketika berada dalam kejayaan.

“Tidakkah kita rasa malu dengan mualaf sepertinya? Sedangkan kamu berdua lahir sebagai Islam” kata beliau. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 4-4-2022 11:18 AM
alahai....... nk muntah plak iols baca stetment setat botak ni... kalau nk kata bila berpeluk mcm2 boleh jadi, anak ko tu peluk pondan kt set pun pondan tu boleh bernafsu kt anak ko wlupun...................
Quote akuHavocczz 4-4-2022 01:33 PM
Anak sendiri pun same
Quote lattehazelnut 4-4-2022 01:46 PM
Yazmin belah pinoy lg kuat.. sblm ni pun cuba kat philippine dulu kan..
Tp sape yg melayu ek, i tgk mak n ayah dia dua2 muka pinoy je.. n family diorg asik cakap tagalog / english je..
Quote sukacactus 4-4-2022 01:52 PM
Yazmin tu anggap daniel as abg ke kakak
Quote sudirmanistas 4-4-2022 01:55 PM
I'olls bukan apa, tpi Yazmin ni tgk dia post gmbr dkt tepi pantai pun, bukan main daring. So maybe awareness keagamaan tu, x pasti mcm mana.
Quote doubleharmonic 4-4-2022 01:56 PM
“Saya contohi Marsha yang viral selepas menang AJL36. Dia tidak putus mengucapkan zikir ketika berada dalam kejayaan.


errr perlu kerr takat hiburan lagha gituhh nak ucap zikir bagai? tang marsha tak tutup aurat tu tak dok pulak ko sibok nak komen hah noreen tee?
Quote kiah_mai_pulak 4-4-2022 01:56 PM
alaaaa chuer tu xda nafsu pun kat yazmin pinoy tu. ala2 sisterhood gituhh je pun
Quote fadz84 4-4-2022 01:59 PM
Edited by fadz84 at 4-4-2022 02:00 PM

“Tidakkah kita rasa malu dengan mualaf sepertinya? Sedangkan kamu berdua lahir sebagai Islam”

Ohh Danial ni muslim ye? Igtkan dia non muslim..
Quote AcikBuncit 4-4-2022 02:09 PM
Amboi peluk2 kat kaki tu jaga2 t tersedut lak.. Kahkah
Quote piep 4-4-2022 02:11 PM
lattehazelnut replied at 4-4-2022 01:46 PM
Yazmin belah pinoy lg kuat.. sblm ni pun cuba kat philippine dulu kan..
Tp sape yg melayu ek, i tgk  ...

mak dia melayu, bapak kandung n bapak tiri pun pinoy.. tah apa yg best nya dia ni kemain byk followers kat tiktok. baru umur 20 dah nmpk mcm 30an dah..
Quote MatDeghem 4-4-2022 02:56 PM
Orix replied at 4-4-2022 11:18 AM
alahai....... nk muntah plak iols baca stetment setat botak ni... kalau nk kata bila berpeluk mcm2 b ...








Quote sleepandream 4-4-2022 04:31 PM
boleh je nak nasihat... tapi part sembahyang tak sembahyang tu judgemental sgt... ke wartawan bodo pegi tanya "agak2 ustad, dorg sembahyang tak?"
Quote cheezel 4-4-2022 06:59 PM
Yazmin mulut besar ni bangga betul dia pilipin. Tp kesian pilipin sana pn xpandang kau. Melesia bongok ni je mmg ske layan saki baki rakyat negara lain
Quote ashilalat 4-4-2022 08:37 PM
Bencinya setad jenis mcm ni. Kau plak dok agak² org tu x semayang. Skali kalo org tu smyg, ko yg tabur pitenah.
Quote asma87 4-4-2022 08:49 PM
Hati2 setadz tegur anak org....anak setadz pon pelakon gak tu..anytime takut terpeluk tergesel dgn retis pempuan...hati2 tadz
Quote sharlenetexas 4-4-2022 08:57 PM
Tegur anak orang, ingat2 anak sendiri.

Quote 3480 4-4-2022 09:01 PM
Hati2 setat.. anak setad pun retis..

Tp kan.. awat aku nmpk mcm buat2 rapat acah adik abg pelok2 bagai? Mata aku saja kot
Quote esprito193 4-4-2022 09:19 PM
pelik aku dengan setad setazah kat malaysia ni. bab artis laju je korang komen kan. itu tak betul ini tak kena yang tu haram. bab ahli politik, pemerintah, VVIP yg lagi besar dosa diorang tu senyap tak berkutik sorang2. HIPOKRIT!
Quote missHaidiD 4-4-2022 09:59 PM
Sapa bdk 2 org ni. Ketinggalan ke aku ni tak kenal dia 2org to korang semua kenal

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.065515 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top