CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tujuh Tahun Kahwin Belum Ada Anak, Wanita Dihina Mandul Rakan Sendiri

4-4-2022 11:04 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1652| Komen: 14|Original author: tatod

Sumber Mstar


Setiap pasangan berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penambah seri pada rumah tangga yang dibina. 

Anak-anak juga adalah individu penting untuk terus mengikat kasih antara suami isteri.

Bagaimanapun, ada sesetengah pasangan yang perkahwinan mereka diuji dengan hal berkaitan zuriat. Ada yang menunggu belasan tahun untuk menimang cahaya mata dan ada juga yang sepanjang hidupnya tidak berpeluang untuk merasai pengalaman melahirkan anak sendiri.


Bukan mudah bagi mana-mana suami isteri untuk mengharungi dugaan seperti itu dan individu lain tidak mempunyai hak untuk mencemuh seseorang hanya kerana kesukarannya untuk mendapatkan cahaya mata.

Seorang wanita, Noorezwani Abdul Halit berkongsi kepada Mstar mengenai pengalamannya yang pernah dilabel mandul hanya kerana belum mempunyai zuriat walaupun sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.'

Sumber Mstar

Perkara yang paling perit dan memedihkan adalah apabila kata-kata sindiran dan cemuhan itu keluar daripada mulut rakannya sendiri.

"Ada kawan yang cakap mereka baru berkahwin tapi dah 'lekat'. Saya pula sudah lama kahwin tapi masih belum ada anak. Ada juga yang cakap saya mandul," Katanya.

Bukannya tidak pernah mencuba pelbagai ikhtiar seperti rawatan kesuburan bagaimanapun pun nasib belum menyebelahi mereka.

"Saya ada cuba berubat kampung dan berjumpa doktor pakar untuk rawatan lanjut tetapi belum ada rezeki. Pada masa sama, doktor sahkan saya ada PCOS kerana haid tidak teratur dan disarankan untuk turunkan berat badan untuk mudahkan kehamilan.

"Saya buat dua kali rawatan IUI iaitu pada Oktober 2020 dan kali kedua pada Oktober 2021," katanya yang mendirikan rumah tangga pada 3 April 2015.

Sumber Mstar


Sepanjang tempoh perkahwinan, wanita yang mesra disapa sebagai Wanie itu pernah hamil. Dia kali pertama disahkan hamil pada 2016 kemudian 2017 dan kali terakhir pada awal tahun lalu namun ketiga-tiga kandungannya itu gugur.

Reda dengan ketentuan masih belum memiliki zuriat sendiri, Wanie dan suaminya hanya mampu menumpang kasih anak asuhan yang masih kecil.



"Saya mula mengasuh dari tahun pertama perkahwinan. Memang ramai yang saya jaga dan ada yang sekarang ini sudah besar dan bersekolah. Yang terkini, saya jaga seorang kanak-kanak berusia setahun dua bulan. Saya jaga dia dari lepas pantang.

"Anak asuhan yang lain pun rapat juga tapi yang seorang ini istimewa sikit sebab mak ayah dia sudah berpisah. Dia tumpang kasih kepada kami dan kami pun menumpang kasih dia," katanya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 4-4-2022 11:12 AM
moga dikurniakn rezki zuriat.. amin yra..
insyaAllah klau itu yg tbaik utk kita.. Allah akn bg kita ank.. klau xde.. asalkn kita suami isteri hidup bahagia aman damai.. alhmdulillah.. lbh dari ckup..
Quote forum5290 4-4-2022 01:35 PM
Sedih yerrr...tp ade hikmah semua ni...insyallah dye jage ank asuhan mcm ank sndri....one day allah akn kurniakn lebih apa y dye tak ada....
Sgt2 btuah mk ayh y dpt pengasuh baik cmni...
Layan ank asuhan mcm ank sndri
Quote annehuda 4-4-2022 01:45 PM
kawan-kawan aku ramai je kawen tak dpt anak termasuklah pakcik aku sorg, bini dia tua 2 thn je ngan aku. tak penahla kami kutuk diorang ni mandul.  bini pakcik aku tu lglah die sendiri ckp taknak bela anak angkat sebab takut tak terjaga tapi weols okay jah. tapi persamaan yg aku nampak diorg ni 1. laki pun tak bising 2. kawan-kawan dan family jenis tak jaga tepi kain orang
Quote gideoncross 4-4-2022 06:55 PM
Edited by gideoncross at 4-4-2022 06:58 PM
annehuda replied at 4-4-2022 01:45 PM
kawan-kawan aku ramai je kawen tak dpt anak termasuklah pakcik aku sorg, bini dia tua 2 thn je ngan  ...

Yg ni bgus, Alhamdulillah sbb msing2 x suka mnyibuk tpi jenis yg suka mnyibuk ni yg sllu bgi sakit hti. Yg branak awl tu mmg happy lah, ok fine tpi prblanjaan harian msti dorg sakit jugak. So ada hikmahnya yg trsndiri bila psgn ni blum ada ank tpi khidupan trurus dri yg snggup ada ank brsusun-susun sbb ikut ckp society "branak bnyk2 sbb anak2 bgi rzeki" tpi kbajikan x trjga.
Quote gideoncross 4-4-2022 06:59 PM
babelina replied at 4-4-2022 11:12 AM
moga dikurniakn rezki zuriat.. amin yra..
insyaAllah klau itu yg tbaik utk kita.. Allah akn bg kita  ...

Yg ni btul, hidup aman2 sudah. Yg tegur pdas2 tu msti jeles tngok khidupan laki bini ni trurus & dorg x trurus sbb nak uruskan urusan anak2 lol.
Quote adelea 5-4-2022 06:27 AM
Orang sekarang mmg gila ... Justifikasi senang je ... Hina nya jadi pompuan ...jadi andartu salah ... Hina sehinanya ...  Bak kata forumer abadi84 ...andartu ni kaki caras laki org .... Pandai pandai dia je ... Laa menghena org sbb dia perfect ada laki ada anak .... .


Taoi org skrg mmg gila
Member sendiri pon mmg gamak hena pompuan kawen tak beranak ...

Korang tu tuhan ke ....
Bahagia seorg pompuan tu hanya sebab dia ada suami and ada anak je ke ...

Maybe pompuan yg kawen and ada anak ni
.dia tak tahu kot allah sayang org yg tak kawen and xde anak ni ... Dia uji sbb dia sayang .... And golongan ni ada golongan yg tak putus2 syukur dgn nikmat allah ... Syukur dgn apa adanya ... ..Ada laki ok tak dak pon sudah ... Ada anak ok ... Xdak anak pon sudah ....
Quote babelina 5-4-2022 09:57 AM
gideoncross replied at 4-4-2022 06:59 PM
Yg ni btul, hidup aman2 sudah. Yg tegur pdas2 tu msti jeles tngok khidupan laki bini ni trurus & d ...

knnn.. setuju.. agknya jeles nengok ke sana kemari bdua.. anytime leh check in or bcuti ikut suka..ye la xde apa nk dikesah kn.. hehehe..
Quote SedihPedih 5-4-2022 10:12 AM
i pun maybe will never be a mother...tp its ok i dh redhoo gitu..

semua pun dh cuba tp Allah juga yg menentukan..

mujur ada byk anak2 sedara boleh tumpang kasih.. kadang2 mak bapak diorang busy, me and husband happily amik tugasan hantar diorang ke mana2. Yang i perasan, anak2 sedara semua lg  dgr cakap ktorg sb dgn parents sendiri dh immune kot..

kalau amik gambar keluarga time raya, time kotrg tak yah ajak, ramai2 crash our session sb nk jadi anak sewaan utk bergambar.. mcm tu pun bahagia actually
Quote gideoncross 5-4-2022 11:16 AM
babelina replied at 5-4-2022 09:57 AM
knnn.. setuju.. agknya jeles nengok ke sana kemari bdua.. anytime leh check in or bcuti ikut suka. ...

Yg ni btul hahahaha, tu lh mksud iol. Yg dah ada ank brderet2 kna fikir mcm2 klau nak brjalan, yg xde anak plak sng, xyah sakit kpala nak fikirkn itu ini. Jalan je.
Quote gideoncross 5-4-2022 11:19 AM
SedihPedih replied at 5-4-2022 10:12 AM
i pun maybe will never be a mother...tp its ok i dh redhoo gitu..

semua pun dh cuba tp Allah juga y ...


Mak iol pun x mmpu nak ada ank sndri & sheol ambil ank angkat & iol lah ank tu. Bahagia je smpai skrg, Alhamdulillah.
Quote gideoncross 5-4-2022 11:22 AM
adelea replied at 5-4-2022 06:27 AM
Orang sekarang mmg gila ... Justifikasi senang je ... Hina nya jadi pompuan ...jadi andartu salah .. ...

Org2 zmn skrg mmg camtu, mnyibuk je keje. Nmpk prmpuan dh 30 blum khwin, busy body tnya tu ni, siap judging lgi, gila2.
Quote Cassieopeia 5-4-2022 11:51 AM
same dgn iols... 2x gugur xde rezeki tp enjoy je la hidup berdua, jln2 n tumpang kasih anak buah. moga ada rezeki taun ni amin..
Quote ladybugz 5-4-2022 12:45 PM
yakinlah zuriat tu adalah rezeki. rezeki pula akan dtg pada waktu yg terbaik utk kita. zuriat tu bukanla dari kita tapi dari Allah swt semata2. kita hanya mampu berusaha.
Quote rifaa 7-4-2022 05:08 PM
bahagia cara kita...persetankan apa org nak kata

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.040776 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top