CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Artis Malaysia Tak Kaya Kalau Tak Buat Bisnes, Duit Berlakon Tak Cukup"

4-4-2022 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4399| Komen: 26

"Kalau tiada duit, kita boleh makan nasi dengan garam. Tapi kalau sakit sekarang, masuk hospital semuanya perlukan duit. 

"Tiada yang percuma lagi. Tambah lagi kalau hospital swasta, wang jadi mahal berkali ganda. Duit yang ada disimpan untuk kegunaan begini," kata pelakon Rosnah Mat Aris, 67, mengulas senario bayaran untuk perkhidmatan kesihatan masa kini.


Foto: Harian Metro

Rosnah yang berlakon dalam filem 3 Janda Menawan Dunia berkata, kini dia bersyukur apabila dapat kembali bekerja selepas lebih dua tahun hilang pendapatan akibat Covid-19.

"Bayangkan dua tahun setengah tiada kerja. Setiap benda kena keluarkan duit. 


"Apa benda pun tak boleh buat. Yang ada kedai kena tutup tapi, sewa masih berjalan. 

"Kalau dibagi percuma tanpa sewa masa PKP, kita bertahanlah. Saya  bernasib baik juga masih ada suami berbanding orang lain mungkin tiada suami," katanya.


Menurutnya, mereka masing-masing mempunyai simpanan yang boleh dikongsi jika keadaan mendesak. 

"Alhamdulillah sampai sekarang rezeki kami yang Allah bagi mencukupi. Walaupun tak semewah dulu, kita sekarang kena berjimat cermat. 

"Saya dah berhati-hati semasa kejatuhan ekonomi sekitar 1997 dulu. Tapi waktu itu saya ada beberapa kantin seperti di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dikongsi bersama arwah adik.

"Kemudian, saya tumpu pada kantin sendiri di sebuah bangunan berhampiran Ampang Park dan bertahan lama.

"Duit dari situ yang boleh buat saya hidup. Bila dah kena sekali, saya sentiasa berhati-hati. Tak banyak pun kena simpan untuk sakit," katanya. 



Diminta mengulas 'trend' artis terpaksa meminta bantuan kerana susah, Rosnah menyifatkannya wajar daripada mencuri. 

"Kita minta sebab kita susah. Pada yang boleh bantu, bantulah. Janganlah sebab dia artis dan minta bantuan, terus kena kecam.

"Artis Malaysia tak kaya kalau tiada perniagaan sebagai 'back up'. Kalau setakat berlakon saja memang tak cukup. 

"Bayangkan nak kena beli baju dan sebagainya. Semua kena beli untuk 'shooting'. Kalau ada tajaan pun takkanlah pakai baju untuk kegunaan di rumah. Lainlah untuk pergi makan malam," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 3-4-2022 07:13 PM
dulu GLAMMER....je...
Quote mendeluk 3-4-2022 07:59 PM
Raline replied at 3-4-2022 07:13 PM
dulu GLAMMER....je...

Kan. Itu sebab sesiapa jadi artis ini takkan kaya pun nanti bila tua2 dah tak lakon. Jenis kalau kerja, adalah duit. Kalau tak, boleh dlm setahun tak dpt duit.
Quote krustykrab 3-4-2022 08:10 PM
Sbb tu org ckp jgn duk show off sgt masa tgh laku n byk duit ni.
Quote lattehazelnut 3-4-2022 08:21 PM
Dah la xde epf sume.. ada duit lebih sikit beli kereta mewah, jalan2 oversea..
Quote mamajawie 3-4-2022 08:47 PM
Mana laki muda dia tu?
Quote kiah_mai_pulak 3-4-2022 09:05 PM
ingtkan Ayda Mat aris gmbr bju purple tu
Quote doubleA 3-4-2022 09:09 PM
Untung retis sekarang kuasa soc med boleh buat review. Tapi betul la apa dia cakap tu
Quote Raline 3-4-2022 09:27 PM
dulu2 muda2 rosnah niaga UPTOWN gak kt DANAU kota... time rambut BLOND
Quote j3m4h 3-4-2022 09:33 PM
Pasal molot sheol la pop tv terus kne banned dulu..time tu rugged persis mak hayamss… skrg very the kebayans…tp ske dia berlakon watak jahat..mcm real xyah nk dibuat2..
Quote orkidorkido 3-4-2022 09:36 PM
Bagus jugalah dia beringat dari muda. buatlah simpanan masa tengah masuk duit tu, buat pelaburan macam ASB ke atau banyak lagi bank lain. Letak duit dekat situ lepas 10-15 tahun dah boleh withdraw sekali dengan keuntungan. Walaupun sekali ganda je tApi better than noting. Beli insuran dari awal. ini masa tengah laku, duit buat benda bukan-bukan. Sampai ada yang tak beli rumah pun. Hari tua, merempat.
Quote dudaberhias 3-4-2022 09:38 PM
tapi sheolsss dulu pun kemain menunjuk dan flex kan macam retis2 sekarang...

ramai retis muda2 belanja tak beringat...

yang jenis beringat dan simpan duit je kekal senang...

tapi apa2 pun iols nak puji sheols.. lakonan dia best... tapi penghijrahan dia paling nak puji.. dulu rambut blonde siap tak jaga mulut kat rancangan tv... sekarang bagaikan langit dan bumi perubahannya... yang tutup litup kahwin dengan jenglot plak yang terbalik... excited la tu bangun2 pagi nampak hair extensions kat sebelah...
Quote Nenasketum 3-4-2022 10:22 PM
Aik, dia ni growing old horrifyingly ler pulerrrk, tanjat guegurl.
Quote Perawankota 4-4-2022 01:21 AM
Nenasketum replied at 3-4-2022 10:22 PM
Aik, dia ni growing old horrifyingly ler pulerrrk, tanjat guegurl.

Rasa2 mcm dia cucuk muka sebelum ni.. Sebab nampak muka, dia bulat yg tegang.. Pastu skang dh nmpk jatuh pelik
Quote laksmanabentan 4-4-2022 08:54 AM
Perawankota replied at 4-4-2022 01:21 AM
Rasa2 mcm dia cucuk muka sebelum ni.. Sebab nampak muka, dia bulat yg tegang.. Pastu skang dh nmpk ...

dolo2 masa kawin dengan anak ikan tu bukan main flawless kannn.....
ini semua salah teknik make up nih...
Quote lattehazelnut 4-4-2022 08:57 AM
Perawankota replied at 4-4-2022 01:21 AM
Rasa2 mcm dia cucuk muka sebelum ni.. Sebab nampak muka, dia bulat yg tegang.. Pastu skang dh nmpk ...

Mcm xde gigi dlm pic tu
Quote Syd 4-4-2022 08:58 AM
sebijik aida jebat
Quote cikmah78 4-4-2022 09:17 AM
yang berlakon jd anak bongsu dalam rumah kedai tu adik dia kan,teringin nk tengok rupa
dia sekarang...
Quote Suchi 4-4-2022 09:24 AM
Geram dgn watak kak ros sebagai mak sedara yg jahat tu
Sian anak buah dia yang yatim tu kena dera sampai larikan diri.
Menjadik betul lakonan dia, budak tu mmg kelihatan kesian sgt.
Quote nakkomenjugak 4-4-2022 10:03 AM
Motipppp iol berhati kotor dan longkang
memikir ini ghupeee ayda mat aris bila dah tua

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.058256 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top