CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lakon Watak Panas Baran, Emma Maembong Bimbang Terbawa-Bawa Dan Jejas Keluarga

4-4-2022 11:06 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3744| Komen: 30|Original author: tatod


Pertama kali melakonkan karakter panas baran menerusi drama Nusyuz Berkiblat Cinta, pelakon Emma Maembong mengakui timbul rasa bimbang sekirangnya dia terbawa-bawa watak itu hingga sampai ke rumah.

Kata wanita berusia 30 tahun itu kepada Mstar, adakalanya dia dapat rasakan perubahan dari segi emosinya yang mudah naik angin dan tinggikan suara. Bagi mengelakkan kesan buruk kepada keluarga, Emma akan berehat seorang diri sebelum berjumpa dengan keluarganya.

"Ada masa saya sendiri dapat rasa yang saya jadi orang lain sampaikan saya pernah marah dan tinggi suara kepada pembantu peribadi. Disebabkan perkara itu, saya ambil pendekatan untuk bersendirian terlebih dahulu.


"Takut nanti kalau saya terbawa-bawa watak itu dan beri kesan kepada keluarga. Jadi, selepas selesai penggambaran dan tiba di rumah, saya jauhkan diri dari keluarga dan ambil masa untuk rehat tanpa ditemani sesiapa," katanya.


Emma turut mengingatkan dirinya bahawa dia hanya sekadar melakonkan karakter tersebut dan sikap panas baran itu bukanlah sikap sebenar dirinya selain bersikap periang ketika berada di lokasi penggambaran.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Emma mengakui dia mengalam kesukaran untuk menjiwai watak terbabit pada awal penggambaran.



"Ini kali pertama saya bawa watak ganas hingga tahap dera suami. Saya akui ia agak susah dan saya juga gementar setiap kali berada di lokasi penggambaran.

"Selalunya, saya akan lihat reaksi pengarah sebagai garis pengukur sama ada saya sudah lakonkan dengan baik atau sebaliknya," katanya yang merasakan karakter terbabit boleh dilakonkan dengan lebih baik. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pekanwoohoo 4-4-2022 12:02 PM
Acah acah berlakon power sangat ke macamana ni?
Quote babelina 4-4-2022 12:02 PM
xminat la ko nie.. aku rasa chacha lg pandai blakon..
Quote cantthinkofany 4-4-2022 01:53 PM
alah...alahhhhhh
Quote TerataiMelur02 4-4-2022 01:56 PM
babelina replied at 4-4-2022 12:02 PM
xminat la ko nie.. aku rasa chacha lg pandai blakon..

Betul.. Pernah tertengok drama dia dengan kemut.. Cukup derita itu tak silap dramanya. Best jugak tengok chacha berlakon
Quote cikatilia 4-4-2022 02:02 PM
terpekik2 mcm org gila
konon hebat
Quote acepark 4-4-2022 02:18 PM
cikatilia replied at 4-4-2022 02:02 PM
terpekik2 mcm org gila
konon hebat

orang baran memang mcm tu.pastu kaki hempas2
Quote KBW2 4-4-2022 02:25 PM
cam onggile jah, baran tak perlu marah terpekik2 kot.
Quote KBW2 4-4-2022 02:25 PM
Orang baran ni kadang dia diam jah, tak masal2 barang melayang. Pintu hempas. Blaaaah gitu jah.

Tak semestinya kena pekik lolong.

Kesian anak tekak emma.
Quote Hoola 4-4-2022 02:47 PM
Edited by Hoola at 4-4-2022 05:19 PM

Drama melayu ni asyik pongpang potpet jerit bleter tjerit2 ank tekaksampai kita tgk pun stress.kena mute.achik dok luar ngeri if tgk ytube ke apa nk kena perlahan.malu kt jiran!uhhh!
Quote Prickford 4-4-2022 02:49 PM
Ogy yg overacting tu pon tak penah lagi buat statement terbawak2 watak sheolls dekat luar skrin.

Quote babelina 4-4-2022 04:20 PM
TerataiMelur02 replied at 4-4-2022 01:56 PM
Betul.. Pernah tertengok drama dia dengan kemut.. Cukup derita itu tak silap dramanya. Best jugak  ...

Ye btl.. mmg menjadi lakonan dia..
Quote lattehazelnut 4-4-2022 04:25 PM
Kau berlakon jadi ustazah xde la tetiba ko insaf kan?
Quote timah03 4-4-2022 04:34 PM
babelina replied at 4-4-2022 12:02 PM
xminat la ko nie.. aku rasa chacha lg pandai blakon..

Chacha bnyak dekat rtm dgn Tv3...
Tapi budak tu banyak kontroversi.... Pengarah tak pandang dah kot...
Quote imanjannah 4-4-2022 04:52 PM
dah kenapa asyik jerit2 je tu
Quote Minyakyuyi 4-4-2022 05:15 PM
Semalam tgk cerita ni..agak krik2 jgk tgk Emma jd watak ego nak mampos..watak ego tu x da chemistry dgn she..sorry fans Emma..tp iols tgk jgk la sampai abis
Quote dua_chzy 4-4-2022 05:17 PM
Ya Allah huduhnya lakonan Emma...Apsal drama Melayu mesti bercakap stail gitu bila kunun2 marah ka mengamuk ka?
Quote deebiz14 4-4-2022 05:38 PM
Ala Emma tak menjadinya lakonan tu. Over kot. Cringey.

Tiber tringat watak Amani lakonan Hannah Delisha dulu. Yg tu menjadik smpi sekarang meols bencik sangat watak tu.
Quote bottombikini 4-4-2022 06:33 PM
laku keras dia ni
tapi aku tak minat nak nonton

rating tinggi beno ke kalo dia ni belakon
asek muke dia je, peh dia dia

Quote missHaidiD 4-4-2022 06:53 PM
Cite cm banggang. Ada ke minta hntaran 80k. Pastu majlis kt tmpt vvip semua under lelaki. Rumah yg mak bapak lelaki tu duduk dia suruh jual. Ada ke jntan bebal bodoh semata nk tut perempuan??
Takde jntan bodo cmtu la. Dpt pulak watak ellaki tu ank yg baik

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:57 PM GMT+8 , Processed in 2.971193 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top