CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tunai Umrah Dengan Isteri, Saharul Ridzwan Belajar Tinggal Anak Demi Sebar Dakwah

4-4-2022 06:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2800| Komen: 17

Menyambut Ramadan di Tanah Suci Makkah bagaikan satu rahmat besar buat pelakon Saharul Ridzwan yang berangkat ke sana bagi menunaikan ibadah umrah pada Sabtu.


Selain teruja, Saharul, 33, memberitahu dia tidak sabar untuk menziarahi makam Rasulullah SAW apabila berada di Madinah nanti.



“Selama ini jika pergi menunaikan ibadah umrah, kita sering berharap dapat doakan sesuatu ketika di sana.

“Kali ini saya bawa rasa cinta terhadap Rasulullah.

“Selepas belajar dan mendalami tentang sirah perjuangan nabi, saya amat teruja untuk menziarahi makam baginda ketika di Madinah nanti,” ujarnya.

Dalam perjalanan ibadah kali ini, Saharul yang pergi bersama isterinya terpaksa berjauhan dengan anak-anak dalam tempoh masa lama iaitu 10 hari buat pertama kali.

Bagi Saharul ini adalah satu proses pembelajaran buat dia dan isteri supaya mereka lebih mudah mengikuti usaha menyebarkan dakwah selepas ini.

“Cabaran kali ini ialah kami terpaksa berjauhan dengan anak. Saya sentiasa sentiasa ingatkan isteri inilah masanya untuk kita belajar tinggalkan anak sekejap supaya boleh mengikuti usaha menyebarkan dakwah selepas ini.

“Pada awalnya isteri saya agak keberatan untuk pergi, maklumlah sebagai seorang ibu memang susah hendak tinggalkan anak untuk tempoh masa lama.

“Apabila dia bersetuju, saya terus tempah slot tarikh untuk mengerjakan ibadah umrah,” katanya.


Kredit foto: IG Saharul 

Untuk rekod Saharul mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada September 2016 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 5, dan Fateema Azzahara, 2.

Saharul dan isteri akan pulang semula ke Malaysia selepas sepuluh hari di sana.

Bercakap tentang aktiviti sepanjang Ramadan tahun ini, Saharul memberitahu tidak banyak yang sudah dirancang selain memberi fokus kepada perniagaan restoran Human Gang yang baru memulakan operasi pada hujung Mac lalu.

“Rasanya untuk Ramadan tahun ini lebih tertumpu kepada aktiviti perniagaan selain meningkatkan lagi amal ibadah kita,” ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 4-4-2022 07:12 AM
heols ada jual serum (rasanya serum) muka habatussauda yach...meols husnuzon je lah di bulan Ramadan ini kbye
Quote adeqbun 4-4-2022 07:48 AM
herloknye die ni sejak bertabligh ni..rsnye lg herlok drpd zaman2 i love u mr arrogant dlu
Quote krustykrab 4-4-2022 08:53 AM
Ye lah..
Harap2 jgn jd mcm julripon udah ler
Quote lattehazelnut 4-4-2022 09:02 AM
Umrah je kot.. artis lain da dua tiga kali ulang alik gi umrah sejak lepas pkp ni..
Quote pekanwoohoo 4-4-2022 09:09 AM
Umrah tu dah macam acara melancong pun boleh dah kau anggap sekarang ni. Asal duit cukup, bayar jelah dekat agensi, dah boleh sampai dekat Tanah Haram. Apa yang orang nak brag sangat dekat medsos pergi sana pun aku tak faham. Kau diam diam beribadah sudahlah.
Quote mizruncing 4-4-2022 11:48 AM
rasanya bawak anak lg nikmat kot
Quote cantthinkofany 4-4-2022 01:57 PM
mizruncing replied at 4-4-2022 11:48 AM
rasanya bawak anak lg nikmat kot

setujuuuuuuuuu....anak bukan sekolah pun......aku dulu tengok...baby2 arab lek je buat saie....terkedek2 ngan pampers....
Quote anony-mous 4-4-2022 02:10 PM
Gmbar berdua tu kepam sungguh. Ingatkan jed jaidi
Quote ariellin 4-4-2022 02:16 PM
Kat mata aku dorang laki bini nmpak fake
Quote dekmieDandy 4-4-2022 02:58 PM
lainya muka dia ada jambang
Quote SherryZass 4-4-2022 03:16 PM
dia ni dah resign jadi pelakon ke?
Quote CurangLagi 4-4-2022 03:25 PM
semoga ibadahnya diterima.  sejak2 ni ramai btl buat umrah buat caption terpaling.. tutp2 balik sini.. meroyan pula x dpt beli tiket konser JB. ohh tiberrr
Quote mizruncing 4-4-2022 03:54 PM
cantthinkofany replied at 4-4-2022 01:57 PM
setujuuuuuuuuu....anak bukan sekolah pun......aku dulu tengok...baby2 arab lek je buat saie....ter ...

tu lahh klu iols duit byk angkut je bby sekali. lagi enjoy kot. anak ni bukan la menyusahkan klu diri sendiri dah rasa menyusahkan n beban konon tak boleh nak fokus
Quote cantthinkofany 4-4-2022 04:01 PM
Edited by cantthinkofany at 4-4-2022 04:04 PM
mizruncing replied at 4-4-2022 03:54 PM
tu lahh klu iols duit byk angkut je bby sekali. lagi enjoy kot. anak ni bukan la menyusahkan klu d ...

ntahnyaaaa....sedangkan Islam amat menitikberatkan bawak anak2 ke tempat beribadat....sampai cara nak sholat sambil dukung anak pun ada....
Quote makcun14 4-4-2022 06:54 PM
Kesian anak dorang, kecik kecik lagi dah kena tinggal. Kalau la dia bawak, insyaallah dipermudahkan urusan  nak beribadat. Dulu kita pergi umrah zaman anak dara ngan parents, ada african american muslim bawak twins dia.
Borak punya borak, dia cerita la anak dia elok jach tido dalam suasana heboh umrah zaman ramadhan. Padahal kalau kat rumah memang anak anak dia susah nak lelap mata.
Masyaallah sisturrr dia cakap ke i
Quote ashilalat 4-4-2022 08:40 PM
Skrg tinggal anak..esok lusa tinggal anak dgn bini plak utk berdakwah. Ujung² x balik, bini pulak kena keje nak tanggung anak mcm cerita I Tanggang si zarina zainudin tu.
Quote likilu 4-4-2022 08:48 PM
Gi mekah untuk dakwah?
Suruh jauhi fahaman wahabi kot
All the best

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.073524 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top