CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Wanita Masuk Tempat Tukar Baju- Fikry Ibrahim Selalu Alami Gangguan Seksual

1-4-2022 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5101| Komen: 47

Kuala Lumpur: Pelakon Fikry Ibrahim, 28, pernah mengalami gangguan seksual dan sangat terkesan dengan pengalaman itu meskipun ia berbentuk lisan.

Fikry berkata, perkara itu terjadi beberapa kali dan sedar bahawa golongan lelaki juga sebenarnya tidak pernah terlepas menerima gangguan sebegitu sebagaimana wanita.

Foto: IG

"Antara pengalaman saya adalah sewaktu menukar baju di lokasi penggambaran. Ada wanita masuk dalam tempat tukar baju dan mengatakan sesuatu mengenai fizikal saya.

"Pernah juga saya ditegur mengenai hal maskulin sewaktu sedang berjalan-jalan. Saya berfikir, cuba kalau saya cakap apa yang dikatakan mereka itu juga?


"Kebiasaannya memuji bahagian tubuh wanita pun boleh bertukar jadi gangguan seksual. Tapi berbeza dengan lelaki pula, ia seakan hal biasa dan normal," katanya.



Menurut Fikry, apa yang terjadi sebenarnya salah kerana berpendapat ia mampu mencetuskan gangguan emosi kepada golongan lelaki.

"Kalau ikutkan, saya sendiri tidak mahu sangat memikirkannya bukan kerana tidak sensitif. Tapi, gangguan sebegitu tanpa sedar mampu mengaibkan dan jatuhkan maruah seseorang," katanya.



Terdahulu Fikry ditemui pada sesi bersama media mini siri Nusyuz Berkiblat Cinta.

Dalam masa sama, Fikry berpendapat adalah tidak wajar untuk membudayakan perkara sedemikian.

"Meskipun ia berbentuk lisan, nampak normal, dan dianggap hal remeh-temeh, kita tidak sepatutnya menormalkan budaya sebegitu. Kelak dari lisan, ia juga mampu mencetus kepada perlakuan pula," katanya.



Mini siri Nusyuz Berkiblat Cinta arahan Hadith Omar turut dibintangi Emma Maembong, Nadhir Nassar, dan Shaza Bae. Naskhah berkisar keganasan domestik itu bersiaran mulai 3 April, setiap Ahad, jam 9 malam, di saluran Astro Ria. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote balakkampung 1-4-2022 03:04 PM
betul..pompuan zaman sekarang berani2 ...kalau lelaki yg buat camtu terus kena cop gila seks.
Quote babelina 1-4-2022 03:05 PM
jijik la ko.. perasan btl mamat nie.. eeeiiii geli geleman..
Quote anilanil 1-4-2022 03:09 PM
Maybe pompuan tu fetish yg berbulu. Lelaki & pompuan sama jer. Yg membezakan kita ialah iman.
Quote cantthinkofany 1-4-2022 03:22 PM
alah...alaaaahhhhhhhhhhhh.......
Quote dudaberhias 1-4-2022 03:31 PM
alahaiii rhoper pun macam tempe hangit dan tapai basi dengan pasembor padang kota yang dah 7 jam terhidang tak luak2... perasan je ko dik.... cikki tu saja je puji2 entah2 memang dia pun tak hengen dekat hengko dikk... mamak jual mee goreng mamak kat tepi rumah dia lagi herlok katanya... lepasni tiap kali dia nampak ko kat tv terus dia kalih ke channel animal planet... lagi berair nengok binatang2 memburu...
Quote Lavender_Violet 1-4-2022 03:33 PM
Halah..halah....perasan nau2 mcm org tergila2kan ko sangat...
Quote lasagna 1-4-2022 03:40 PM
anilanil replied at 1-4-2022 03:09 PM
Maybe pompuan tu fetish yg berbulu. Lelaki & pompuan sama jer. Yg membezakan kita ialah iman.

yaa btul, iols sheramm dgn tgn bebulusss ni. adakah yg minat heols ni fetish kat tgn dia? larikkkkkkkk...
Quote sleepandream 1-4-2022 03:50 PM
pompuan pun ramai je yg gatal...
mesti ada retis laki lain yg dah kene goda dgn birah mcmtu
Quote imransulaiman 1-4-2022 03:51 PM
Dia ni kalau pergi ke Papua Indonesia, confirm orang ingat dia penduduk tempatan
Quote AshkieLa 1-4-2022 04:01 PM
dia ni kalau berlakon mcm org tak cukup tidur..
mata mcm manjang merah je...
Quote 3chanceno 1-4-2022 04:16 PM
Edisi perah santan terlebih
Quote krustykrab 1-4-2022 04:21 PM
Dia ni mmg mcm kembar si utuber kumar sungguh
Quote dejure 1-4-2022 04:59 PM
Aku kalau si mamu nenas tu oklah juga..berahi la tengok.dia ni mcm laki si heliza aje..geli tengok
Quote prettyuglybabe 1-4-2022 05:09 PM
hahaha.. masuk sekadar nak baca cercaan jah
Quote MissVixen 1-4-2022 05:20 PM
Perempuan buta mana yang nak ambil kesempatan dekat dia ni???
Quote jijilaaa 1-4-2022 05:26 PM
dia mmg dah tinggal imej lawak kan..skang bawak watak2 hero je
Quote hyie 1-4-2022 05:28 PM
bagi meols heshe ni sejenis yang wangi. done bekap.
Quote nakkomenjugak 1-4-2022 05:42 PM
adakah wanita itu sejenis fake?
Quote Perawankota 1-4-2022 05:53 PM
Perempuan ramai gatal.. Tapi aku tak Minat spesis Berbulu yer.. Dan tak kuasa aku nak cakap bukan2 kat orang aku tak kenal

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.046199 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top