CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jay Iswazir Sah Bergelar Suami Di Usia 39 Tahun

1-4-2022 03:00 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 10551| Komen: 65|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Jay Iswazir dan Azzahra

Tanggal 30 Mac 2022 merupakan hari bahagia kepada pasangan selebriti Jay Iswazir apabila dia telah sah bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu Azzahra Ahmad.  

Jay atau nama penuhnya Ahmad Iswazir Ismail telah berkongsikan berita gembira kepada semua peminatnya di akaun Instagram miliknya dengan kapsyen, "Halal partner. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui jodohmu bila dan di mana". 

Sumber: Instagram Jay Iswazir dan Azzahra

Isteri Jay juga sempat mengambil kesempatan itu untuk menitipkan rasa syukurnya kerana urusan ijab qabul mereka dipermudahkan. Azzahra juga berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakannya kerana membantu menyempurnakan majlis akad nikah mereka. 

Sumber: Instagram Jay Iswazir dan Azzahra

Untuk info, pasangan ini mengikat tali bertunangan 10 hari sebelum mereka bernikah iaitu pada 20 Mac yang lalu dan selamat bernikah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa bahagia dan berada dalam rahmat Allah. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote olezzeli17 1-4-2022 05:46 PM
Alhamdulillah. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Quote AnnaSendin 1-4-2022 08:38 PM
Iols suka tengok ropa heols walaupon berlibas dekat pipi. Tahniah uols..
Quote stania83 1-4-2022 08:48 PM
39 nampak muda juga,,wife dia flight att kan?
Quote Nenolen 1-4-2022 09:34 PM
Selamat Pengantin Baru buat Shah dan isteri, semoga berbahagia selalu
Quote sukacactus 1-4-2022 09:41 PM
Sebab parut kat pipi dia tu, selalu la dpt watak jahat
Tahniah! Selamat pengantin baru
Quote codenamedream 1-4-2022 09:41 PM
Tahniahhh Jay
Quote lolz91 1-4-2022 09:42 PM
stania83 replied at 1-4-2022 08:48 PM
39 nampak muda juga,,wife dia flight att kan?

Wife dia selalu jd pelakon pembantu dlm drama
Quote MarryPottet 1-4-2022 10:51 PM
Oooo...retis yer dia ni
Haram tak kenal
Tahniah & Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai
Semoga diberkati sampai syurga
Acik @ipanonline jugak yang masih belum sampai jodoh. Sabar ye acik ipan. Mungkin jodoh acik ipan masih di alam roh
Quote Kancilkering 1-4-2022 11:00 PM
oooo mamat ni….ada parut kat muka….best dia berlakon…..
Quote anony-mous 2-4-2022 03:35 AM
Yg dia berlakon jd bisu dgn aida jebat tu best. Syg la dia ni berbakat tp sbb rupa, pengarah jarang ambik
Quote cap_ayam 2-4-2022 03:53 AM
Tahniahh semoga berbahagia
Quote Lydiawie 2-4-2022 06:31 AM
best dia berlakon
Quote Minami2013 2-4-2022 07:34 AM
Semoga kekal berbahagia hingga ke syurga.
Quote ayukpingu 2-4-2022 09:14 AM
dia berlakon mmg mantap.
Quote jijilaaa 2-4-2022 09:38 AM
segak bini dia... alhamdulillah moga kekal hingga ke jannah
Quote kakakko 2-4-2022 09:52 AM
Moga perkahwinan dibina kekal hingga ke akhirnya
Quote naina 2-4-2022 12:35 PM
Berbakat sangat dia ni. Kalau watak jahat tu. Jahat sungguh menjadi. Watak miskin kesian pun jadi
Quote cikgojesss 2-4-2022 12:39 PM
ho ar yosss??? euwhh
Quote imanjannah 2-4-2022 12:59 PM
alhamdulillah.. tahniah, moga kekal hingga ke jannah, dia berlakon tak kayu

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.243945 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top