CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Tunai Hajat Arwah Sarah, Bina Rumah Baru Buat Mangsa Kebakaran Di Kelantan

1-4-2022 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1204| Komen: 3

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu akui gembira selepas berjaya merialisasikan hajat isterinya yang juga merupakan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissudin untuk membina dua buah rumah baru buat keluarga yang terkesan akibat musibah kebakaran yang berlaku di Bachok, Kelantan pada Febuari tahun lalu.


Menurut Shuib, sewaktu musibah tersebut baru berlaku, arwah isterinya merupakan individu yang paling bersemangat untuk membantu keluarga-keluarga hilang tempat berteduh ini.

Foto: IG

“13 Februari 2021 #ThrowBack. Ibulah yang paling semangat nak sangat bantu dua keluarga ni untuk ada rumah baru.

“Alhamdulillah harini Daddy dan team @bubblebeemalaysia_hq akan ke Bachok Kelantan untuk penyerahan kunci,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram .


Menerusi entri yang sama, Shuib turut berkongsi klip-klip video lama sewaktu dia dan Allahyarham Siti Sarah menziarahi tapak perumahan yang hangus dijilat api itu.



Dikesempatan itu juga, Shuib turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah berkerjasama bagi memastikan projek tersebut dapat direalisasikan.

“Terima kasih top management @bubblebeemalaysia_hq yang merealisasikan impian untukk melihat dua rumah ni di bangunkan.

“Ibu, Alhamdulillah, dah siap rumahnya sayang @sitisarahraissuddin,” kongsinya lagi.



Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar Shuib akan sentiasa dimurahkan rezeki.

“Murah rezeki awak dunia akhirat.

“Sentiasa mengalir pahala arwah.

“Semoga dimurahkan rezeki berlipat kali ganda.


“Ya Allah, Shuib. Sungguh mulia hati arwah. Semoga arwah berbahagia di syurga.

“Ya, Allah, pahala jariah tak putus-putus buat Sarah. Bahagianya, mewah arwah disana,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, insiden kebakaran tersebut telah berlaku di Kampung Alor Bakat, Bachok, Kelantan sehingga menyebabkan dua buah keluarga hanga tinggal sehelai sepinggang.


Untuk rekod, Siti Sarah telah pun menghembuskan nafasnya yang terkandas pada tanggal 9 Ogos tahun lalu akibat Covid-19 selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan.

Shuib dan Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama pada 2011 dan telah terlebih dahulu dikurniakan 3 orang cahaya mata. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 1-4-2022 02:06 PM
tunggang lagi nama arwah wife demi bisnes... tunggang sampai haus xtinggal apa2 lg
Quote asfaz 1-4-2022 02:19 PM
https://www.instagram.com/reel/CbsLNi6D0qu/?utm_medium=copy_link

Berbeza dgn jepp
Quote asfaz 1-4-2022 02:34 PM
beta_carotene replied at 1-4-2022 02:06 PM
tunggang lagi nama arwah wife demi bisnes... tunggang sampai haus xtinggal apa2 lg

Harus la chuolss.. Aritu ada page letak cerita pasal dia htr anak p sekolah. Sebak katanya.
Komen2 banyak dah menyampah meluat macam dia sorang isteri meninggal. Macam dia sorang bapak tunggal htr anak sekolah.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.121978 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top