CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nina Smith Suka Jadi Orang Jahat, Selalu Pakai Gincu Merah Nak Nampak Garang

1-4-2022 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2281| Komen: 14

Baru empat tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, pelakon Nina Smith mengakui lebih selesa menjayakan karakter jahat atau antagonis.

Nina atau nama lengkapnya, Amalina Smith, 23, berkata, sehingga sekarang, kebanyakan watak yang ditawarkan kepadanya oleh produksi drama terutamanya adalah yang memerlukan dirinya untuk menjayakan peranan perempuan jahat.

Foto: IG

“Semua watak yang saya terima bersifat antagonis, tiada lagi watak baik (setakat ini).

“Entahlah, mungkin sebab saya tinggi daripada semua orang. Selalu di set penggambaran, saya paling tinggi dan bibir saya selalu dioles gincu merah untuk jadi garang.


“Ada juga dapat watak yang bukan antagonis tapi saya rasa macam tak kena pula dengan jiwa saya,” katanya.


Ditanya sama ada dirinya rela untuk hanya terus memainkan peranan karakter jahat atau antagonis, jawab Nina: “Okey, seronok main watak jahat. Terpaksalah sebab mungkin itu tawaran yang datang (ketawa).

“Tapi sekarang ini, kalau boleh saya terima sahaja apa tawaran sama ada antagonis ataupun protogonis. Kalau dah itu yang ada.


“Saya nak terus belajar tapi sebenarnya, watak antagonis lagi susah dan mencabar. Dari satu sudut, kalau saya dah selalu berjaya bawa watak jahat, watak baik mungkin lagi senang tapi susah juga kadang-kadang kerana watak baik nak menangis semua.”




Nina bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul bersempena Ramadan berjudul Antara Ikhlas dan Kaca arahan pengarah, Along Kamaludin yang akan disiarkan menerusi saluran Awesome TV.

Drama berkenaan akan menyaksikan Nina sekali lagi diberi tanggungjawab memainkan peranan antagonis di samping barisan pelakon hebat lain seperti Aleza Shadan, Wanna Ali dan Luqman Hafidz. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 1-4-2022 12:06 PM
errrrr gambar ketiga tu mcm pelik jaaaa.....

btw....tq TT
Quote Nenasketum 1-4-2022 02:42 PM
Macam Scha pun ada tapi sumpah acik tak kenal ko
Quote cicicumel 1-4-2022 02:45 PM
Celah mana Smith ni?
Quote nakkomenjugak 1-4-2022 05:46 PM
smith?
sedara jauh will smith?
ala2 laki acik depp dengan johnny zaddy depp?
muka tetap terlebih dna asia?
Quote Perawankota 1-4-2022 07:48 PM
Berlakon citer pa? Supporting or talent
Quote beatgirlX 1-4-2022 07:55 PM
Tak tau dia berlakon citer apa...x leh nak recall
Quote mojarean_X 1-4-2022 08:29 PM
Antagonist sesuai ngan dia
Quote stania83 1-4-2022 08:50 PM
sesuai ke masuk industri seni malaysia yg kekampungan.
Quote AnnaSendin 1-4-2022 08:50 PM
Gambar no 3 tuew tade beza dengan pekerja lorong haji taib. Baidewai, smith nieyh selalunya scammer guna buat surname. John Smith, Michael Smith.
Quote one_aiman 1-4-2022 09:39 PM
bapak dia memang mat saleh kan..ini betul2 anak mat salih bukan cucu mat salih yg terlebih slang dari bapaknya
Quote mamajawie 3-4-2022 08:57 PM
Anak buah will smith ke ni?
Quote codenamedream 3-4-2022 09:08 PM
Edited by codenamedream at 3-4-2022 09:10 PM

Tiber rasa muka dia mcm shiha zikir  dlm pic no 2

Pic no 3 buat iols berfikir. pastu dia minum teh boh kan Tu?
Quote Perawankota 4-4-2022 01:23 AM
Aku dulu keje memang suka pakai lipstick merah. Bkn sebab nk nmpk garang.. Sebab malas nk make up lebih2 tang lain..
Quote cheezel 5-4-2022 09:39 PM
Xnmpk mix lgsg. Tp okla gak muka dia. Masuk industri meleis ni habisla kau kne cerca suh pki tudung nanti

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.464472 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top