|
Komposer yang juga merupakan anggota kumpulan Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani merancang untuk kembali bertanding sebagai calon dalam pilihan raya Indonesia pada 2024.
Dia menyatakan hasratnya itu dalam satu temu bual seperti dipetik dari Kapan Lagi. “Iya, pasti akan bertanding. “Tahun 2024 nanti saya akan calonkan diri saya,” katanya. Bagaimanapun, dia belum menyebut sama ada untuk bertanding sebagai calon kerajaan pusat atau sebagai wakit daerah.
Pada tahun 2019, Ahmad Dhani bertanding dalam Pemilihan Ketua Daerah bagi kawasan Bekasi, Jawa Barat. Walaupun kalah ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam arena politik. Sementara itu, Ahmad Dhani kini sedang fokus dengan aktiviti seni bersama Dewa 19 yang akan menyambut ulang tahun kerjaya mereka ke-30. Selain merancang untuk mengadakan konsert di 30 lokasi, Ahmad Dhani juga akan melancarkan lagu baharu berjudul Juliette yang sudah ditulis sejak tahun 2010. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 01:28 PM GMT+8 , Processed in 1.637564 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.