Miller Khan mengakui teruja menyambut Ramadan tahun ini kerana merupakan tahun pertama dia dan Farina Rebecca meraikannya sebagai suami isteri.
Menurut laporan Grid.Id, Miller meminta isterinya menyediakan hidangan dari Malaysia sebagai menu berbuka puasa. "Saya suruh dia belajar masakan Malaysia," katanya ketika ditemui media di Grand Indonesia, Jakarta, Indonesia pada Khamis. Dalam pada itu, Miller berkata dia terlalu merindui Malaysia kerana sudah lama tidak pulang kerana pandemik Covid-19.
Justeru itu, dia berharap dapat menikmati hidangan Malaysia hasil air tangan isteri tercinta. Untuk rekod, Miller Khan berkahwin dengan pereka fesyen, Farina Rebecca di Badung, Bali pada 10 November tahun lalu. Sumber: mStar
|
wak_pijah replied at 1-4-2022 06:04 PM
Indon ni liberal diorang nampak ngeri kan. Tak tau nak describe camna, mcm over pun ada.
mojarean_X replied at 1-4-2022 08:14 PM
Iols mula2 kenal dia melalui majalah mangga. Napelah dia end up dlm dunia hiburan Indonesia
ADVERTISEMENT