CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ahli Nasyid Manusia Biasa, Kita Tak Tahu Apa Dia Lalui," Raihan Minta Jangan Cepat Hukum Yasin Sulaiman

1-4-2022 08:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1480| Komen: 8

Susulan penahanan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman atas tuduhan mengedar dadah, kumpulan nasyid popular Raihan memohon agar orang ramai tidak terlalu cepat menilai.


Salah seorang ahlinya, Abu Bakar Md Yatim menyifatkan Yasin sebagai seorang sahabat yang baik.


Foto: IG

“Kita tidak tahu apa yang dia lalui, jadi jangan terlalu cepat menghukum.

“Kami kenal dia dan dia seorang sahabat yang baik.

“Kami kumpulan nasyid juga manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan. Mungkin dia melakukan kesilapan dan kita doa semoga dapat diperbetulkan,” ujarnya.


Yasin yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan nasyid Brothers ditahan pada 24 Mac kerana memiliki ganja.

Susulan itu dia didakwa di Mahkamah Petaling Jaya pagi Khamis dan berdepan hukuman gantung mandatori mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan.

Raihan ditemui ketika sidang media pelancaran video muzik khas The Sunnah The Better yang merupakan kolaborasi bersama Alif Satar & The Locos.

Ia merupakan kolaborasi kedua Raihan bersama Alif Satar selepas lagu Sesungguhnya 2019.


Foto: mStar Online

“Kerjasama dengan Alif bermula apabila kami kami sama-sama membuat persembahan untuk sebuah stesen televisyen ketika itu.

“Bermula dengan cakap-cakap kosong di belakang pentas akhirnya kami rekod lagu bersama dan tidak sangka ia kembali mendapat sambutan.

“Senang bekerja dengan Alif. Segala urusan tidak merumitkan,” cerita Che Am.

Dalam masa sama, Raihan berkata, mereka juga merancang untuk merakamkan semula lagu-lagu popular mereka dengan mana-mana artis muda.

Selain itu, mereka akan tampil dengan lagu baharu dan menunggu waktu sesuai untuk dilancarkan.

“Meskipun kami jarang berjumpa artis-artis baharu, tetapi ada juga yang datang dan ajak kami rekod kembali lagu-lagu Raihan.

“Kami tidak ada masalah kerana inilah cara untuk teruskan sebarkan dakwah menerusi hiburan.

“Untuk lagu baharu kami pula sudah ada material, cuma tunggu masa sesuai untuk dilancarkan,” ujarnya.

Alif Satar & The Locos bersama Raihan telah merakamkan lima buah lagu iaitu Bismillah, 25 Rasul, Pujian-Pujian & Syukur (medley), Assolatuwassalamm dan Rayuan Rindu.

Kesemua lagu ini boleh ditonton berperingkat di saluran Youtube Alif Satar bermula 3 April. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jijoli 1-4-2022 10:24 AM
Dah betul tindakan polis pokok ganja tu ada dirumah dia, ramai yg back-up Yassin di FB dah kenapa , kalau orang lain pun polis ambil tindakan sama
Quote brunesss 1-4-2022 10:44 AM
yang ni aku rasa aku paham kenapa dia tanam ganja, kan dia ada sakit bipolar mungkin dia ambil ganja untuk merubat penyakitnya. wallahuaalam.. tapi yang aku takleh hadam bila PU Syed rogol perempuan tapi masih di agung2kan..itu boleh go to hell ok.
Quote cikatilia 1-4-2022 10:51 AM
ya betul ahli nasyid manusia biasa..
yg lain2 pon manusia biasa.. xde nya yg lain ni ultraman ka satria baja hitam ya
Quote imransulaiman 1-4-2022 04:08 PM
Sebab dia femes geng nasyid, boleh pula cakap dia pun manusia biasa. Jadi, manusia biasa macam kita ni kalau kena sabit kesalahan, geng nasyid nak bekap mcmana?
Quote doubleharmonic 2-4-2022 01:39 PM
Jijoli replied at 1-4-2022 02:24 AM
Dah betul tindakan polis pokok ganja tu ada dirumah dia, ramai yg back-up Yassin di FB dah kenapa ,  ...

noreen tan tu takde pon polis ambik tindakan sama?

Quote doubleharmonic 2-4-2022 01:40 PM
Jijoli replied at 1-4-2022 02:24 AM
Dah betul tindakan polis pokok ganja tu ada dirumah dia, ramai yg back-up Yassin di FB dah kenapa ,  ...

noreen tan tu takde pon polis ambik tindakan sama?

Quote orkidorkido 2-4-2022 03:53 PM
Salah tetap salah, kalau tanam untuk guna kenapa nak mengedar pula? Kalau betul sakit & perlu kenapa tak pergi berubat di luar negara? Kenapa tak dapatkan prescription? Come on la .. mungkin dia menghidap bipolar & hallucinations sebab salah guna dadah. Bukan ambil dadah sebab bipolar
Quote sleepandream 2-4-2022 03:57 PM
ujian setiap org berbeza..
cuma haritu kata utk kegunaan sendiri...
tp dituduh di mahkamah mengedar juga?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.355559 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top