Sekian lama mengidamkan kenderaan sendiri, Nurul Shamieza Eddie yang juga isteri kepada Tajul meluahkan rasa gembira apabila penyanyi itu akhirnya memberi kebenaran untuk membeli kereta.
Menerusi Instagram, kata Shamieza, Tajul pada awalnya tidak mengizinkannya untuk memiliki kereta sendiri kerana bimbangkan keselamatannya ketika memandu.
Namun, selepas wanita itu menceritakan insiden mendebarkan ketika dia menggunakan khidmat e-hailing, Tajul menggubah fikirannya.
"Dari dulu lagi saya nak beli kereta tetapi Tajul tak izinkan sebab dia kata selagi dia ada, dia akan hantar saya pergi mana-mana. Dia risau saya keluar seorang diri dan takut saya terlanggar kereta orang.
"Tapi, selepas kes saya naik Grab dan pemandu macam sangat creepy, terus kami survey kereta dan Tajul izinkan saya beli kereta," katanya yang berterima kasih atas keprihatinan suaminya itu.
Shamieza turut menzahirkan rasa syukur kerana kereta berkenaan dibeli hasil daripada titik peluhnya sendiri.
"Nak nangis. Lama sangat nak tunggu hari ini," katanya yang puas melihat hasil kerja kerasnya selama ini.
Terdahulu, Tajul dan Shamieza mendirikan rumah tangga pada 10 Disember 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Adriana Carissa dan Adrian Rifqy. - CARI