CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Yang Memerlukan Pergilah Kedai Uncle Kentang, Barangan Dijual RM1 Je!

31-3-2022 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1800| Komen: 17

Pengasas Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia, Kuan Cheng Heng atau lebih popular dengan gelaran Uncle Kentang hari ini melancarkan Kedai dan Kafe Anda di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Perindustrian Puchong.


Jelasnya, inisiatif dengan kolaborasi Prasarana Malaysia Berhad dan Prasarana Intergrated Development Sdn Bhd (PRIDE) itu membuka ruang kepada golongan memerlukan mendapatkan barangan keperluan asas serta makanan dan minuman dengan harga hanya RM1.


Kredit foto: AWANI

"Ini adalah Kafe Anda dan Kedai Anda, inisiatif ini dilancarkan sebab ramai di antara penduduk Malaysia mengalami cabaran yang hebat selepas pandemik, ada yang susah.


"Kita dah berbincang dengan Prasarana Malaysia dan PRIDE, kita harus tunjuk satu tempat yang mudah untuk orang mengambil barangan makanan dan mendapatkan makanan. Ini kedai dan kafe pertama, kita harapkan orang ramai boleh datang sini," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Kafe dan Kedai Anda bersama Ketua Pegawai Eksekutif PRIDE, Firdaus Effendy Mokhtar dan Timbalan Ketua Pegawai Komunikasi dan Pemasaran Prasarana, Rafizah Amran di Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong pada Khamis.

Ujarnya, fokus diberikan kepada rakyat Malaysia yang terkesan dan tidak mampu mendapatkan makanan akibat kesempitan hidup.

Menu yang disediakan adakan makanan ringan antaranya Maggi, telur separuh masak, roti, nasi lemak, bihun goreng dan sebagainya dengan harga RM1.00.

"Fokus kepada rakyat Malayisa, jika mereka lapar dan tiada wang, atau sesak sebab tengah bulan kan belum gaji lagi, jadi mereka boleh datang ke sini.

"Kita ada sponsor, kita gunakan duit itu untuk beli barangan makanan, untuk barangan asas kita ada senarai untuk dapatkan barangan setiap bulan.

"Segala kos ditanggung bersama, sebab rezeki harus dikongsi bersama, jika tidak dikongsi kita jadi bakhil dan rezeki terbatas," katanya lagi.


Kredit foto: The Star

Selain barangan keperluan asas dan makanan, turut ditempatkan peralatan kesihatan untuk digunakan golongan tidak berkemampuan.

"Di sebelah Kafe Anda dan Kedai Anda, adalah stor kita letakkan katil dan peralatan hospital, dimana ada pesakit keluarga mereka tidak tahu mana boleh dapatkan bantuan.

"Selain ambulans, kita juga menyediakan peralatan hospital. Kita harus bantu mereka," ujarnya lagi.

Sementara itu, bagi Ketua Pegawai Eksekutif PRIDE, Firdaus Effendy Mokhtar, usaha murni itu amat dialu-alukan pihaknya dalam membantu golongan memerlukan di negara ini.

Ujarnya, sewa yang dikenakan pada kadar minima untuk memastikan lebih ramai yang berkemampuan dapat membantu mereka yang terkesan.

"Kami memang mengalakkan kerjasama Persatuan Uncle Kentang dalam usaha membantu rakyat golongan B40 yang amat terkesan.

"Pada masa sama kami akan melancarkan pakej dapat membantu SME yang ada dalam memulakan perniagaan di retail space yang ada dengan pakej sangat rendah. Siapa-siapa berminat boleh berhubung dengan Prasarana dan PRIDE," jelasnya.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jas7512 31-3-2022 05:01 PM
Ada yg kata sponsors2 ni seme scammers....rasa bersalah ke scam org pastu sponsor org2 buat keje kebajikan....why in the 1st place jd scammer?
Quote Belibis 31-3-2022 07:35 PM
jas7512: Ada yg kata sponsors2 ni seme  ...

Acik porum okey jer,sebab tak tunggang agama macam el.
Quote Normabaru 31-3-2022 08:35 PM
Sinang la cuci2 ini maciammm hehehe
Quote Adrif 31-3-2022 08:42 PM
jas7512 replied at 31-3-2022 05:01 PM
Ada yg kata sponsors2 ni seme scammers....rasa bersalah ke scam org pastu sponsor org2 buat keje keb ...

petang tadi terdengar dalam radio, ada ayat dia bagi

"Tak semua yang buruk, akan kekal buruk,
dan tak semua yang baik, akan kekal baik."

mungkin dapat hidayah, terbuka pintu hati untuk bertaubat di kemudian hari, wallahualam
Quote kakikuDibibirmu 31-3-2022 08:44 PM
Ingatkan CEO Gardenia Ken Ching Kuat tadi
Quote anony-mous 31-3-2022 08:58 PM
jas7512 replied at 31-3-2022 05:01 PM
Ada yg kata sponsors2 ni seme scammers....rasa bersalah ke scam org pastu sponsor org2 buat keje keb ...

Iyoo i terus stop salur ke uncle ni. Tunggang agama jugak suka post2 islamic. Lepas tau ada kait dgn cuci2, malas dah nk follow
Quote makadek 31-3-2022 08:59 PM
Yang benar2 perlukan amik yg mampu tayah
Kang ckp b4o marah
Quote makadek 31-3-2022 09:00 PM
Belibis replied at 31-3-2022 07:35 PM
Acik porum okey jer,sebab tak tunggang agama macam el.

Asal jgn tonggeng jubo
Quote sharlenetexas 31-3-2022 09:00 PM
Nicky ke belakang ankel ni?

Quote musangbodoh 31-3-2022 11:25 PM
nk cuci ka
nk tlg ka
nk tunggang ka

btw ty uncle
Quote Skuau 31-3-2022 11:35 PM
IC tada..bule pigi ka???Kita...asing worang la...
Quote hyie 1-4-2022 12:38 AM
Quote Mary_jane 1-4-2022 12:50 AM
Robin hood di alaf baru? Salah tetap salah. Tak dapat kat dunia, tunggu lah kat sana. Cuci cukup2.
Quote Perawankota 1-4-2022 03:13 AM
Serius lah uncle pon mencuci
Quote tikusmontok 1-4-2022 08:16 AM
Penuh indon ngan bangla jah
Quote Rockafella 1-4-2022 09:28 AM
jas7512 replied at 31-3-2022 05:01 PM
Ada yg kata sponsors2 ni seme scammers....rasa bersalah ke scam org pastu sponsor org2 buat keje keb ...

Siapa kata dan dari sumber mana? Nak tengok gak.
Quote kepompong 1-4-2022 09:35 AM
lerr menunggang jugak ke yg ni. hampeh

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.162238 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top