CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Kosongkan Duit Simpanan, Kerja Sana Sini Nak Beli Tiket- Maksiat Subur, Ustazah Asma Halang Peminat Pergi Konsert Justin Bieber!

31-3-2022 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7197| Komen: 116

Konsert jelajah Justice World Tour yang bakal diadakan  pada 22 Oktober di Stadium Bukit Jalil membuatkan rata-rata peminat tidak sabar untuk bertemu dengan penyanyi kesayangan mereka.

 
Walau bagaimanapun pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun tampil memberikan teguran berhubung konsert tersebut.

Menurutnya, dia bimbang dengan sambutan rancak daripada anak muda sehinggakan ada yang sanggup meminta duit daripada ibu dan mengambil upah melakukan pelbagai kerja demi hiburan.

Foto: IG

"Apabila berlaku pandemik selama dua tahun sehingga aktiviti sosial yang melibatkan ramai orang tidak dibenarkan, kita sangka gejala maksiat sedemikian juga telah mati. Namun bila war-war konsert Justin Bieber yang akan berlangsung pada 22 Oktober nanti di Stadium Bukit Jalil, semakin rancak sambutan golongan anak muda.


"Tiket dijual dari harga RM288 sehingga RM2088, tapi mereka sanggup kosongkan duit simpanan, bahkan ada yang sanggup mengambil upah kerja itu dan ini semata-mata untuk beli tiketnya.

"Antara yang viral juga ialah video seorang anak meminta duit pada ibunya untuk hadir ke konsert. Allahu Akbar. Sungguh, fenomena ini memang sangat membimbangkan. Rupanya kecenderungan untuk hadir ke tempat maksiat masih subur.

Dia juga berpendapat lebih afdal sekiranya duit itu digunakan ke arah perkara yang lebih bermanfaat ataupun diberikan kepada golongan memerlukan.


Loading FB Post...

Asma’ memohon kepada golongan ibu bapa untuk tidak memberi kebenaran kepada anak pergi ke tempat yang melalaikan.

"Saya menyeru kepada ibu bapa yang dirahmati Allah sekalian, gunakan kuasa dan kemampuan yang ada untuk selamatkan ahli keluarga kita daripada tergelincir ke daerah maksiat, sama ada disebabkan dorongan nafsu hiburan atau pujukan kawan-kawan.

"Bimbang jika semua permintaan anak kita izinkan demi menjaga hati, sekalipun yang terang-terangan berbentuk maksiat, pasti kita akan dipersoal di hadapan Allah kelak. Allahu Akbar. Maka, bertegaslah selagi perlu meskipun akan dicemuh oleh anak sendiri. Mungkin mereka belum faham, tetapi yakinlah Allah pasti akan perlihatkan hikmahnya kepada mereka nanti.

Dia juga menekankan untuk menghormati kemuliaan bulan Ramadan yang bakal tiba pada 3 April ini.

"Sekiranya kita benar-benar menjaga kemuliaan Ramadhan, nescaya kita akan lawan daripada menghadiri program tersebut, sesuai dengan konsep Ramadhan yang tujuannya untuk melatih orang mukmin melawan hawa nafsu, meskipun konsert itu diadakan pada bulan 10 nanti.

Berjuanglah habis-habisan melawan kehendak nafsu yang memperdaya, agar kita tidak tercicir akhirat lalu ditipu kehidupan dunia.

Kita bimbang sekiranya Ramadhan kali ini berlalu dengan sia-sia, tanpa mendapat sebarang pengampunan atau rahmat yang amat diperlukan oleh si hamba." -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 31-3-2022 04:38 PM
Tak adil pula kan kalau retis luar saja menerima pandangan double standard sebegini tapi konsert hiburan (termasuk AJL), maksiat anjuran retis lokal aman2 adja tidak dikecam oleh Asma.
Quote mesmerize 31-3-2022 04:49 PM
kalau kita pergi konsert dengar lagu happy2 pastu balik rumah, pun dikira maksiat juga ke setazah
Quote asamfish 31-3-2022 05:15 PM
ok..ok..hear...hear....kita pakat2 toksah pegi konsert....kita pakat2 dengar ceramah setazah siang malam 24/7...kita bagi setazah kaya raya k! puas hati?
Quote bangcak 31-3-2022 05:17 PM
patut arr kerajaan merayu rakyat batalkan konsert tu.
sbb kerajaan tadak kuasa kot??


Quote prince_marhaen 31-3-2022 05:20 PM
asal pergi konsert tu lepas habis semua balik beromen ke apa sampai teruk sangat nih...
Quote tupai 31-3-2022 05:20 PM
Ustazah ni kaki mencapub x habis2…m la msia ni maksiat free kalau JB x dtg…pdhal zina berleluasa, anak haram buang merata2, bapak rogol anak tiap2 masa keluar berita…tetiba JB dtg msia terus maksiat berleluasa…
Quote white_musk 31-3-2022 05:25 PM
Dia nak semua orang spend duit gaji/ncome pergi bayar dengar ceramah 24jam 7 hari seminggu,..

dia pun nak kaya juga
Quote akubest 31-3-2022 05:31 PM
aku serius tak paham bila konsert itu dikatakan maksiat.
konsert itself is a performance
so konsert raihan pon maksiat ke gimana.
Quote Mulotkoyak 31-3-2022 05:33 PM
dua_chzy: Tak adil pula kan kalau retis  ...
die kan penyembah retis tempatan. Suh la die bersuara tutop istana budaya and tmpt konsert GV,  big stage and pape laa... Hahaha...kan?
Quote tobobon 31-3-2022 05:37 PM
walaupun stazah ni bikin meols rengsa..

yg lagi rengsa ...influencer2 tersohor konon cakap tiket mahal la...rugi la beli..alih2 tengok ig story dah beli katanya...
Quote eLiaD 31-3-2022 05:42 PM
shut up setazah konek(eh content..)

RiP
Quote FOTHER-MUCKER 31-3-2022 05:46 PM
Dia tidak akan senang..tenteram hidupnya selagi semua manusia di dunia ini tidak mengikut kemahuan dia
Quote azimodin 31-3-2022 05:56 PM
Jangan double standard. Kenapa ustazah x bersuara pasal semua program hiburan tempatan. Kenapa x bersuara issue retis berniqab tapi pakai baju ketat melentik & masih pakai mekap?
Quote anony-mous 31-3-2022 06:00 PM
Untung la sapa dpt pegi sbb bukan sng retis level international nk dtg perform dkt malaysia. Biasanya kena naik ke thailand or turun ke singapore. Maksiat apo bukan style coachella mcm tu. Ramai perempuan je nanti dlm tu
Quote akubest 31-3-2022 06:01 PM
sebelum suh haramkan konsert
sila cadangkan pengharaman rancangan Meletop
yg pernah di hostkan oleh bff ustajah

tu lg bodo
content takde apa takde
Quote JunkMail 31-3-2022 06:03 PM
Kalau macam ustazah suruh lah industri hiburan tempatan tutup operasi. Jangan tengok drama tv, jangan buat big stage, gegar Vaganza, AJL apa semua bagai tu. Semua tu maksiat ustazahhh walaupun acik2 retis pakai tudung masa menyanyi. Nanti orang pergi semua leka dengar nyanyian. Harammmmm...

Tayang ceramah, majlis ilmu, iklan, dokumentari je kat tv. Barulah kita menjadi masyarakat berilmu
Quote MsIda 31-3-2022 06:05 PM
setajah2...dia ni semuanya melalaikan. tak minat betul dia ni
Quote True-X 31-3-2022 06:09 PM
alahai.... depa dah puas dengar ceramah modal air liur ostazah,,,,, bg la chance kt depa dengar bakat nyanyian org lain...

susah la hidup dengan org yg kehulur kehilir semua haram tak berkat rosak akidah akhlak ni...

Quote batu kikir 31-3-2022 06:12 PM
Have a life la setazah.
You tak suka you punya pasal.
Besok2......kata setan iblis punya angkara.

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.098672 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top