CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Diam Lah!" Suami Buat Hal Sempat Bagi Teka-Teki Masa Isteri 'Contraction'

31-3-2022 04:22 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1447| Komen: 3|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Hairihussain


Untuk pembaca wanita di sini, pastinya pengalaman bersalin anda merupakan antara momen yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. 

Kita pernah mendengar berita di mana ada wanita yang bersalin di dalam kereta, ada yang bersalin awal dari due date dan ada yang pulang ke rumah dengan air mata apabila bayi yang dilahirkan tidak dapat diselamatkan di atas faktor-faktor tertentu.

Apabila kita bertanyakan kepada ibu-ibu tentang soalan berkaitan proses bersalin, semestinya mereka akan bercakap mengenai 'contraction'.


Contraction ataupun kontraksi merupakan satu keupayaan untuk melancarkan proses keluarnya bayi dari rahim. Rata-rata wanita akan mengatakan kontraksi sebelum bersalin itulah kenangan yang tidak dapat dilupakan. 


Baru-baru ini, viral satu video yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Hairihussain. Menerusi video itu kelihatan dia sedang menemani isterinya yang sedang mengalami kontraksi sebelum bersalin. 

Sumber: Tiktok Hairihussain

Namun, Hairi tidak kelihatan seperti suami lain yang membantu isteri mereka dengan memberikan kata-kata semangat, sebaliknya lelaki ini memberikan teka-teki sebagai tanda untuk menenangkan isterinya menahan sakit kontraksi. Tetapi kerana terlampau sakit, isterinya terus  berkata, "Ishhh, diamlah!"

Video yang dikongsikan oleh Hairi telah mendapat lebih dari 3 juta tontonan di Tiktok. Meninjau ke ruangan komen pula, begitu ramai yang terhibur dengan cara Hairi menenangkan isterinya. Ada juga netizen yang mengatakan anaknya akan mewarisi perangai lawaknya itu. 

Sumber: Tiktok Hairihussain


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jijilaaa 31-3-2022 05:24 PM
alahai cute je...doakan me and husband dapat baby jugak tahun ni ye...
Quote Megikari 1-4-2022 07:51 AM
Ok la tu, ada la jugak usaha nak tenangkan wife dia walaupun cara dia mcm mintak kak
Quote SedihPedih 1-4-2022 08:42 AM
jijilaaa replied at 31-3-2022 05:24 PM
alahai cute je...doakan me and husband dapat baby jugak tahun ni ye...

amin..semoga ada rezeki utk u suami isteri

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.060801 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top