CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gelaran Janda Buat Nadia Brian Matang

31-3-2022 04:07 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1869| Komen: 9|Original author: Tatod


Pelakon Nadia Brian yang berpisah dengan bekas suaminya pada April tahun lalu mengakui masih ada rasa malu memikul gelaran janda namun terpaksa menerima hakikat itu dengan hati yang terbuka.

Wanita yang berusia 32 tahun itu menyifatkan keruntuhan rumah tangga yang pernah dibina itu adalah salah satu proses yang mematangkan dirinya dari pelbagai sudut kehidupan.

"Siapa yang mahu bergelar janda? Jujur, masih ada rasa malu untuk memegang status itu. Tidak ada rasa suka atau bangga pun, saya cuma reda," katanya.

Kembali meniti kehidupan solo, Nadia meletakkan karier seninya sebagai keutamaan selain memberikan tumpuan pada keluarga. Pada ketika ini, wanita itu belum bertemu pengganti hati memenuhi kriteria pilihannya.



Walaupun pernah melalui episod pahit, Nadia bagaimanapun tidak trauma untuk kembali membina mahligai bahagia bersama insan yang dicintainya suatu hari nanti.

"Ada yang mendekati dan saya berkawan untuk kenal hati budi. Tetapi saya sekarang lebih fokus pada keluarga dan kerjaya dan mendirikan rumah tangga bukanlah keutamaan saya pada masa ini.

"Apa pun, saya berharap diskriminasi terhadap wanita bergelar janda semakin berkurangan kerana kita tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka. Malahan, masa depan kita sendiri pun kita tidak ketahui," katanya.


Untuk rekod, pemilik nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi berkahwin dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019.

Dalam pergolakan rumah tangga mereka, Muizz mendakwa Nadia berlaku curang terhadapnya. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 31-3-2022 04:38 PM
tuanya muka si idung jambu ni..acaner bleh jadi retis pun idok ler tau..
Quote jihyomelly 31-3-2022 05:00 PM
sexy yg tak nampak sexy..dah masuk 3 series rupanya ingat late 30s
Quote babelina 31-3-2022 05:41 PM
ni lg satu.. klau blakon tu.. line suar dlm tu jelas kelihatan.. dh bole taw shape nye apa..
ko pkai la gstring ker.. seemless panties ke.. ngn tik tok ntah pape ntah terjelir2 terkelip2 mata.. aku x bole digest tgk dia nie..
Quote samshik 31-3-2022 06:05 PM
Die nmpk lg bipolar dr yasin.. Sekian
Quote jointhecurse 1-4-2022 01:10 AM
Try hard sgt
Quote armin 1-4-2022 11:06 AM
nampak sedih jah riak muka.
Quote SherryZass 1-4-2022 11:11 AM
Biasalah belum jumpa ikan jerung yang boleh belikan dia banglo lagi. gitu..
Quote rotiban 1-4-2022 02:46 PM
SherryZass replied at 1-4-2022 11:11 AM
Biasalah belum jumpa ikan jerung yang boleh belikan dia banglo lagi. gitu..

tu kawan dia si amelia rilek je pilih aedy ikan sepat bak kat porumer

btw umo dah tua, kurangkan la gedik tu..malu kat oghang



Quote SherryZass 1-4-2022 02:53 PM
rotiban replied at 1-4-2022 06:46 AM
tu kawan dia si amelia rilek je pilih aedy ikan sepat bak kat porumer

btw umo dah tua, kura ...

tu aku masih fishy lagi bebetul ke bercintun cintan atau sekedar gimiks yahhh.NB ni, alangkan dengan ex husband dulu, gigih la keluar dengan orang lain. Tengok2 ex dia bukan la golongan yg tak mampu sangat.



to NB pls la stop try hard sangat nak nampak sexy & young, cuba engko jadi classy sikit.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.043497 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top