CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yassin Hidap Bipolar Serius

31-3-2022 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 49262| Komen: 517

Abang Yasin Sulaiman, Zain Sulaiman, 50, menaruh harapan yang tinggi agar dipermudahkan segalanya buat adik mereka yang didakwa atas pertuduhan mengedar dan menanam pokok ganja.


“Saya mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segalanya,” kata Zain ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Petaling Jaya di sini hari ini.

Selain Zain, turut hadir memberi sokongan moral kepada Yasin ialah Akbar yang merupakan anggota kumpulan Brothers.


Zain Sulaiman, Foto: Kosmo

Sementara itu, peguam Yasin, Yusmadi Yusoff berkata, keluarga memberikan sokongan yang amat baik termasuklah kenalan komposer itu.


Beliau berkata, anak guamnya itu disahkan menghidap bipolar serius sejak 2009 dan sejak itu telah mendapatkan rawatan.

Katanya, kali terakhir beliau mendapatkan rawatan pada dua bulan lalu dan sangat memerlukan rawatan susulan ketika ini.

“Saya sudah meminta kepada pegawai penyiasat dan mahkamah untuk membawa dia mendapatkan rawatan segera. Hak rawatan dia perlu dipastikan.

“Tambah pula dengan keadaan sekarang yang dia tidak biasa dimasukkan dalam lokap. Jadi saya bimbang tahap kesihatannya,” katanya.

Katanya, Yasin banyak memberi inspirasi kepada masyarakat menerusi karya seni beliau sebelum ini.

Sebelum itu, Yasin ketika prosiding kes di Mahkamah Majistret turut merayu diberi peluang mendapatkan rawatan berikutan kerana bimbang keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

“Kesihatan saya sangat terjejas, saya khuatir bila-bila masa boleh jadi gila seperti berlaku tiga kali sebelum ini. Jadi saya perlukan ubat tambahan,” katanya.

Terdahulu, Yasin tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini, atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara dan menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizzmimi 31-3-2022 03:24 PM
Kokesen betul wajah abangnya walopon berlitup..
Quote lasagna 31-3-2022 03:30 PM
ooo dia ada abg rupanya, dlu prnh tau Yassin ada sorg adik lelaki. dah semua baka dari maknya kan Australia. ahhh masih ada lagi bipolar dia rupanya. lama juga dia hidap bipolar ni.
Quote ryumaira 31-3-2022 03:33 PM
Pernah kena warded..xnak pakai baju...suh ikat kepala..rs mmg agak teruk bipolar dia...
Quote phone_5 31-3-2022 03:37 PM
itulah dengarnya dia mmg ada penyakit bipolar
teruk juga bipolar dia ...kena makan ubat...

Quote mizzmimi 31-3-2022 03:37 PM
Iols simpati kat heols & wife & kids..
Quote Mooverine 31-3-2022 03:47 PM
kesian dia ni.. faham, memamg dah undang-undang negara kita tapii anak vvip senang ja lepas,senyap-senyap ja kes dia.. si yassin ni, siap kena buat live lagi masa g mahkamah..
Quote koko2 31-3-2022 03:52 PM
bipolar ni penyakit apa?..
Quote nut.legacy 31-3-2022 04:02 PM
koko2: bipolar ni penyakit apa?..


bipolar disorder ni penyakit mental.. agak serius and perlukan rawatan.. mostly mmg bergantung dgn ubat.. sbb tu kalo dia merapu kt fb tu sbb bipolar dia..

Quote babyorange 31-3-2022 04:04 PM
Ape sumber pendapatan yasin ni ek? Selain menyanyi compose lagu....die wt kje ape? Sbb rasenye die dah suram dah dr industri hiburan ni. Mcm xde dgr pon karya trbaru.

So die survive cmne? Wife kje ape?
Quote ninnamina 31-3-2022 04:08 PM
walaupun dia bersalah, tapi family tetap ambil berat..
Quote dazzlingDentist 31-3-2022 04:08 PM
nut.legacy replied at 31-3-2022 04:02 PM
bipolar disorder ni penyakit mental.. agak serius and perlukan rawatan.. mostly mmg bergantung dgn ...

mcm yg acik Britney hidap dlu kan?
Quote nia_salina 31-3-2022 04:11 PM
i bipolar. benda ni kalau ikut kajian mmg membantu..tp come on kalau dh law negara ni folow jela..kan dh nyusahkn diri sndri gini.
Quote totokreturn. 31-3-2022 04:46 PM
memang terbukti la, canabis dapat menenangkan seseorang
Quote hotmak 31-3-2022 04:55 PM
mujur keluarga tak buang, support, takde lah dia rasa sorang2 je
Quote Me_Ra 31-3-2022 05:01 PM
tak tau kenapa ada soft spot kt Yassin ni.. Semoga dipermudahkan urusan..
Quote dino 31-3-2022 05:02 PM
nia_salina replied at 31-3-2022 04:11 PM
i bipolar. benda ni kalau ikut kajian mmg membantu..tp come on kalau dh law negara ni folow jela..ka ...

dah diagnos doc ke?
actually ade rasa apa? bisikan?
Quote Belibis 31-3-2022 05:13 PM
Bunuh orang pun ada yang lepas bila dah dikata gila.
Quote tasha 31-3-2022 05:30 PM
ninnamina replied at 31-3-2022 04:08 PM
walaupun dia bersalah, tapi family tetap ambil berat..

Memandang heols bipolar teruk dari dulu itu yg famili ambil berat..
Quote tasha 31-3-2022 05:33 PM
nia_salina replied at 31-3-2022 04:11 PM
i bipolar. benda ni kalau ikut kajian mmg membantu..tp come on kalau dh law negara ni folow jela..ka ...

Mungkin bipolar heols teruk sgt kot...itu yg ambil ganja... btw anak bff ctcaras bipolar juga ke? Heols pun tanam ganjakan ....tp tulah org kayangan lepas je...

Lihat semua komen(517)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.072513 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top