Adab yang baik adalah sesuatu yang amat penting terutamanya dalam kehidupan bersama masyarakat. Lebih baik jika kita ada perasaan bertimbang rasa dan bertanggungjawab untuk perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian. Baru-baru ini ada video tular di video sosial TikTok yang memaparkan satu rakaman di dalam lif apabila minuman yang dipegang gadis itu tertumpah di dalam lif. Reaksi daripada gadis itu yang membiarkan minuman tumpah itu di dalam lif seperti itu bukan kesalahannya.
Menjengah komen di video itu pula, ramai netizen yang kecewa dengan perangai gadis itu dan walaupun tidak mampu untuk membersihkan air tumpah itu tetapi dia sekurang-kurangnya perlu mengambil cawan yang jatuh itu untuk dibuang. -CARI |
ADVERTISEMENT