CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Detektif' Netizen Gigih Korek Maklumat Peribadi Pensyarah Viral

31-3-2022 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1931| Komen: 14

Sejak semalam, heboh di laman sosial berkenaan dengan seorang profesor yang didakwa menghina pelajarnya atau golongan B40 yang tidak mampu untuk membeli komputer riba. Hal tersebut terakam dalam sepotong video dan rakaman video berkenaan turut menjadi bahan bualan ramai orang.


Seperti biasa, netizen menjalankan kerja-kerja ‘penyelidikan’ dan berjaya menemui maklumat peribadi profesor berkenaan menerusi CV yang telah tersedia dikongsikan oleh profesor berkenaan secara maya.

Justeru, ramai yang mengambil kesempatan menghubungi profesor berkenaan dengan meninggalkan pesanan menerusi Whatsapp - dan perbuatan tersebut sedikit sebanyak menjurus kepada aktiviti cyberbully.


Kredit foto: AlHijrah


Begitu, ada beberapa pengguna media sosial yang menasihati netizen untuk tidak menggunakan maklumat peribadi berkenaan untuk tujuan buli dan mengulang kongsi butiran berkenaan untuk dijadikan bahan buli pengguna lain.

“Ya, dia memang salah. Tetapi, apa yang kamu buat ini adalah cyberbully. Two wrongs don’t make a right,” tulis seorang netizen.

Sungguhpun begitu, ada yang berpendapat bahawa perbuatan berkongsi butiran profesor berkenaan tidak salah memandangkan butiran tersebut memang boleh didapati menerusi carian online.

Begitupun, ada yang memberitahu bahawa ia tetap menjadi satu kesalahan.

“Tidak, ia tidak bagus sama sekali. Maklumat itu didedahkan untuk tujuan yang betul tetapi apabila orang ramai menyebarkannya seperti api yang marak dengan niat jahat dan meyakinkan orang lain untuk membuli siber, maka ia adalah satu hal yang salah,” tulisnya.

Menerusi tinjauan Gempak, beberapa ciapan yang berkongsi maklumat peribadi profesor berkenaan telah dipadamkan oleh pihak Twitter.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 31-3-2022 02:00 PM
Sekali lecturer tu saman terkincit2 lah korang.

Quote sharlenetexas 31-3-2022 02:01 PM
Reporter(s) cari gigih buka banyak2 thread isinya sama, nak tenggelamkan isu apa (yang lebih mustahak) sebenarnya ni?


Quote eyansss 31-3-2022 07:21 PM
walaupun aku tak setuju dengan lecturer tu, tapi aku lagi tak setuju dengan tindakan korek pasal keluarga n rumah lect ni…  bengap abadi betul…
Quote renko 31-3-2022 07:34 PM
sesetengah nerakazen b40 mmg lah bodoh low iq
tu je akal dorg
Quote makadek 31-3-2022 07:45 PM
Dia hanya bebel kt student dia
Korang terasa napaaaa
Laki aku siap setuju lagik
Quote tumpanglalu74 31-3-2022 07:59 PM
Edited by tumpanglalu74 at 31-3-2022 08:00 PM

Anggap je la ini nenek kebayan darah tinggi sudah..  Akibat dia menghampot habes kelam-kabot makbapak sume gi beli PC.  Ye dak?  Tapi tetap la keji kata2 hinaan beliyau ittew..
Quote caprut 31-3-2022 08:02 PM
makadek replied at 31-3-2022 07:45 PM
Dia hanya bebel kt student dia
Korang terasa napaaaa
Laki aku siap setuju lagik

Kalau laki ko setuju utk dia kawen lagi satu ko setuju tk?
Quote makadek 31-3-2022 08:09 PM
caprut replied at 31-3-2022 08:02 PM
Kalau laki ko setuju utk dia kawen lagi satu ko setuju tk?

Knpa ko triggired sgt ...
Quote eLiaD 31-3-2022 08:13 PM
korg ade kakak??
dh suh gadai kn gelang emas?
takkkk??
lemahhhhh!


RiP
Quote jari10 31-3-2022 08:22 PM
makadek replied at 31-3-2022 07:45 PM
Dia hanya bebel kt student dia
Korang terasa napaaaa
Laki aku siap setuju lagik

Kannnn..sampai sekrg aku tertanya2 apa motif budak yg upload n tularkan video tu? Dendam kah?
Quote haruslah 31-3-2022 08:40 PM
Ade kah yg cyberbully tu b40?
So renungkan lah
Quote Orix 31-3-2022 09:01 PM
Tolong korek penyebar video prof ni. Penyebar video ini yg sepatutnya dilahar dicerca dicaci maki.
Quote jalfa 31-3-2022 09:13 PM
Sian la kat lect tu sampai rumah dia pon kena zoom..tapi aku tetap x setuju normalisasi caci.maki herdik dgn alasan untuk menaikan semangat....very pprt style ok
Quote ladybugz 31-3-2022 09:40 PM
i dont agree dgn some of the words used by the lecturer tp bg i bukan layak n berat sgt sampai nk record n viralkan n aibkan lecturer ni. lepas2 ni anak2 pun pegi record mak ayah tgh marah bebel n edit part2 prangai jahat diri n viralkan? record adik beradik, sedara mara, sudahla.. diri sendiri pun byk x betul. lain la kalau ianya melibatkan penipuan berat, jenayah, lebai bertopengkan agama, dll. yg boleh memudaratkan org ramai.. i stuju je di sebarkan.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.121336 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top