CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Jam Setiap Hari Potong Elektrik

31-3-2022 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 595| Komen: 0

Sri Lanka mengenakan pemotongan elektrik 10 jam setiap hari, di seluruh negara, bermula Rabu, kerana kehabisan elektrik hidro di samping berdepan kekurangan bahan api yang teruk.


Negara Asia Selatan dengan populasi 22 juta penduduk itu berada dalam krisis ekonomi terburuk sejak kemerdekaan pada 1948 kerana kekurangan mata wang asing yang teruk untuk membayar import.


Penduduk beratur untuk membeli minyak tanah. FOTO AFP

Monopoli elektrik negeri memaklumkan pelaksanaan pemotongan tenaga elektrik selama 10 jam meningkat daripada tujuh jam sebelum ini sejak awal bulan, kerana tiada minyak untuk penjana haba.


Lebih daripada 40 peratus tenaga elektrik di Sri Lanka dijana daripada hidro, namun kebanyakan takungan berada dalam bahaya rendah kerana tiada hujan, kata seorang pegawai.

Kebanyakan pengeluaran elektrik adalah daripada arang batu dan minyak.

Kedua-duanya diimport tetapi kekurangan bekalan kerana negara tidak mempunyai pertukaran asing yang mencukupi untuk membayar bekalan.

Sementara itu, peruncit bahan api utama, Ceylon Petroleum Corporation (CPC) milik kerajaan, tiada bekalan diesel untuk sekurang-kurangnya dua hari.

CPC memberitahu pemandu yang menunggu dalam barisan panjang di stesen minyak untuk keluar dan pulang hanya selepas diesel yang diimport, dipunggah dan diedarkan.

Harga bahan api juga kerap dinaikkan dengan petrol naik 92 peratus, manakala diesel 76 peratus sejak awal tahun.

Seorang pegawai memaklumkan, kerajaan mengambil masa 12 hari untuk mencari AS$44 juta (kira-kira RM184.9 juta) bagi membayar penghantaran terbaru gas petroleum cecair (LPG) dan minyak tanah.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.030314 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top