Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman sempat ‘memberi’ pesanan supaya mengirim salam kepada Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini, pagi ini untuk didakwa kerana disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja.
Ucapan itu dituturkan Yasin secara santai dan tenang sebelum masuk ke dalam bilik mahkamah di kompleks berkenaan. “Kirim salam pada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen,” kata Yasin kepada petugas media.
Yassin dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki mengusahakan ‘ladang mini’ tanaman ganja di kediamannya di Kota Damansara. Yassin didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah berbahaya. Sumber: UTUSAN
|
dua_chzy replied at 31-3-2022 01:51 PM
Sempat ko Yasin.
ultra78 replied at 31-3-2022 05:59 AM
Dia sakit apa perlukan ganja?
ultra78 replied at 31-3-2022 01:59 PM
Dia sakit apa perlukan ganja?
stinger1654 replied at 31-3-2022 01:53 PM
Dlm pelitup pun masih hensem kheun yasin ni chzy?
3chanceno replied at 31-3-2022 03:52 PM
Kirim salam pada sadiq segara pulak dlm ramai yb tu
Semuga Yassin dapat rawatan yg seharusnya.
ADVERTISEMENT