CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Peringatan Untuk Semua Orang, Malaysia Pun Sama" - Ruhainies

31-3-2022 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2075| Komen: 17

Nampaknya, Ruhainies turut terpanggil mengulas insiden Will Smith menampar Chris Rock.


Kredit foto: IG Ruhainies

Kata pelakon cantik itu menerusi InstaStorynya baru-baru ini, Rock selayaknya mendapat balasan sebegitu kerana keceloparan mulutnya suka hati mengata fizikal orang lain.

“Dia layak mendapatnya, sebab itulah adab sangat penting. Hendak tanya soalan pada orang lain pun kena fikir banyak kali. Bergurau juga perlu fikir sensitiviti.

“Jangan main cakap tanpa fikir perasaan orang. Mentang-mentang mikrofon di tangan, tidak bermaksud boleh bercakap sesuka hati. Peringatan untuk semua orang, tidak kisahlah dari mana, Malaysia pun sama,” katanya.


Bila baca semula, seperti ada satu amaran dalam komen Ruhainies. Comel betul.


Kredit foto: IG Ruhainies

Memang benar tindakan Chris mengejek Jada Pinkett itu salah tetapi jika difikirkan semula, adakah cara Will membalas perkara tersebut tepat iaitu dengan mengasari orang lain?

Banyak sangat perdebatan dalam isu ini, tetapi Smith pun dah minta maaf dan rasa bersalah.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SherryZass 31-3-2022 01:43 PM
Dia ni lagi, kalau seminggu takde kesah dia, bumi ni stop berpusing ke?
please lah
Quote likecandy 31-3-2022 01:44 PM
Nak jugak mencapub
Pastu cakap adab tu penting tapi tampar org depan semua org, on live tv plak tu, beradab ke
Quote Rogue98 31-3-2022 02:06 PM
Artis dan golongan so called karyawan patut contohi Hollywood dari segi karya dan lakonan yang bermutu tinggi. Bukannye sebok dgn hal sensasi jer dgn gimik2 yg memperbodohkan peminat.
Quote babelina 31-3-2022 02:21 PM
alaaaa.. nape la ko nk bersuara hal2 mcm nie.. ko tingkatkn mutu lakonan.. jd perangai bole x...
Quote nadie90 31-3-2022 02:37 PM
Edited by nadie90 at 31-3-2022 06:45 AM
Rogue98 replied at 31-3-2022 06:06 AM
Artis dan golongan so called karyawan patut contohi Hollywood dari segi karya dan lakonan yang bermu ...

...dia nak komen jgk.....dan editor-cari pun buka thread baru kat dia
Quote nakkomenjugak 31-3-2022 02:58 PM
so ko nak tampar sekor2 netijen?
yang buat lawak bodoh insult fizikal orang dekat tv pun comedians malaya
ko berani nak tampar jep shuib shrek etc??
will dengan chris kan geng2 Hollywood
bila pulak netijen boleh naik pentas?
nak kena sebat dek security ke hapooo
Quote 3chanceno 31-3-2022 03:03 PM
Nak lakukan drama dia, haruslah mencapub walaupun tak important

Pelakon cantik?? Biar betik reporter cari nie? Apa hal yg reporter bukak thread pasal komen dia nie yg sepatutnya diam?  
Quote musangbodoh 31-3-2022 03:25 PM
cantiknye ruhainey ini...........
Quote AnnaSendin 31-3-2022 03:34 PM
Edited by AnnaSendin at 31-3-2022 03:45 PM

Hangguklah sheols pembekap julriporn nieyh. Chris Rock tuew gurau jur pon, all actors and actresses that attended the event were expected to take the jokes. Kalau dengar Ricky Gervais buat jokes, entah2 tersedu sedan sheols kat situ. Tapi tade sekor habuk pon tempeleng acik Ricky because they knew the jokes would come at them. Will Smith was too much slapping Chris Rock in front of the world and had audacity to talk about peace and love during his award winning speech. So hypocrite! Ramai artis hollywood yang bijak macam Jim Carrey hencap Will Smith, yang bodoh2 macam sheols Ruhainies jur yang sokong. Kan iols dah campur2 bahasa dek kerna penangan hollywood.
Quote Mary_jane 31-3-2022 08:58 PM
Ah sudah lah. Sedangkan audiens kat situ pun tak buat pape. Dah macam kena santau sekor2 tak take action pun masa Rock kena lempang. Event dah habis baru sibuk nak bergocoh. Asal tak cancel je dia depan2? Smith even refused to leave the hall when requested as revealed by Academy today. Apa function security tak heret je dia? Scandal rumah tangga diam tak berkutik plak tak naik tangan. Drama airmata je lebih. Period.
Quote slyfynx 31-3-2022 09:43 PM
Bodo leh plak sokong tindakan ganas.
So kalau orang rimas dgn ko leh gi lempang x?
Quote kakigojes 31-3-2022 10:55 PM
Senang citer camni. Yang backup Will mmg artis gred kelas belakang. Yang backup Chris, semua IQ aras tinggi.
Quote Fly_over 31-3-2022 10:59 PM
Edited by Fly_over at 31-3-2022 11:03 PM

tgk rock lepas dia teruskan majlis bg anugerah tu.. aduhai mesti malu gila rasa tebal je pipi masa tu. mcm tahan nak nangis pun ada..
Quote missbigrockstar 1-4-2022 09:18 AM
Rohani kalau kena lempang mau berdebu berjerebu satu KL
Quote tikusmontok 1-4-2022 10:21 AM
Nak mencapub jugak sikemut ni
Quote Nenasketum 1-4-2022 02:49 PM
He was just doing his job la vangang, roasting is the term. Macam ko pun, selalu over kalau dengan Jul. And GI Jane is one bad-a** fighter la, icon for real women!
Quote bahagiaselalu 1-4-2022 04:07 PM
Kalau dia x pakai bedak code putih ni, mesti kulit muka dia sama macam org lain ja kan

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.179204 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top