CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bengang Netizen Suruh Layan Anak Dilahirkan Tanpa Mata Seperti Haiwan

31-3-2022 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1264| Komen: 5

Seorang ibu di Amerika Syarikat (AS) membidas provokasi di internet yang menyatakan bahawa anaknya yang dilahirkan tanpa mata perlu dilayan seperti haiwan, lapor akhbar The Sun kelmarin.


Christian Buchanan, 11, mempunyai penampilan yang berbeza daripada manusia normal setelah dilahirkan mengalami sindrom facial cleft yang menjejaskan mata, bibir dan hidungnya.


Kredit foto: The Sun

Ibunya, Lacey Buchanan, 35, berkongsi kisah anaknya untuk meningkatkan kesedaran mengenai keadaan di mana tisu muka tidak bercantum dengan baik semasa bayi berada di dalam kandungan.

Menurut Lacey, Christian telah menjalani 12 pembedahan tetapi memilih untuk tidak menjalani pembedahan kosmetik kerana sudah menerima keadaan kulitnya.

“Christian seorang yang buta, jadi dia tidak pernah melihat dirinya. Tentu dia sedar sepenuhnya bahawa dia kelihatan berbeza dengan orang lain seperti yang diberitahu ketika dia masih kecil.

“Saya rasa kita tidak patut bertolak ansur dengan kritikan daripada seseorang di internet atau di khalayak ramai berdasarkan penampilan anak saya,” kata Lancey.


Christian dan adiknya

Keadaan Christian dikatakan berpunca daripada sindrom jalur amniotik, yang berlaku apabila lapisan di dalam kantung rahim tersangkut di sekeliling janin yang sedang membesar. 


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 31-3-2022 02:51 PM
selalu kan org kapir buat abortion kalau ada kecacatan janin dlm perut
Quote Belibis 31-3-2022 03:18 PM
Teringat dulu2..malaysia ada macam ni jugak.siti musliha ke apa nama..
Sempat dia buat album.
Quote dua_chzy 31-3-2022 03:19 PM
Belibis replied at 31-3-2022 07:18 AM
Teringat dulu2..malaysia ada macam ni jugak.siti musliha ke apa nama..
Sempat dia buat album.

Masih hidup ke sheol? Atau dah meninggal?

Pernah menjadi mangsa kecaman netizens juga satu ketika dulu kerana dikatakan mendiva mengada2.
Quote Belibis 31-3-2022 03:21 PM
dua_chzy replied at 31-3-2022 03:19 PM
Masih hidup ke sheol? Atau dah meninggal?

Pernah menjadi mangsa kecaman netizens juga satu ketika ...

Ntah ler..harap2 acik forum dapat csi..
Quote nononcrux 31-3-2022 03:49 PM
biadapnye suruh ank dilayan mcm binatang.. harap2 berbalik layanan dia masa tua nanti..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.076311 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top