CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Batu Bata Diperbuat Dari Plastik Lebih Kuat Dari Konkrit

31-3-2022 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1055| Komen: 4

batu bata diperbuat dari plastik lebih kuat dari konkrit
Seorang wanita di Kenya tampil kreatif apabila menghasilkan batu bata mesra alam lebih kuat, murah dan ringan daripada konkrit, menggunakan sisa buangan sampah plastik.


Usaha itu memberi hasil buat Nzambi Matee, 30, kerana setiap hari, perusahaannya Gjenge Makers mengeluarkan 1,500 batu bata diperbuat daripada plastik industri dan kediaman.


Kredit foto: Les Echos

"Di sini (Nairobi), kami menjana 500 tan metrik sisa plastik setiap hari dan hanya sebahagian kecil dikitar semula.

"Keadaan itu membuatkan saya berfikir - apa yang berlaku kepada plastik ini?

"Ini kerana kebanyakan sampah berakhir di tapak pelupusan sampah, sungai dan lautan serta kurang 10 peratus daripadanya dikitar semula," katanya.

Rutin Matee adalah meninjau kawasan di hujung bandar dan zon perindustrian untuk mencari plastik yang tidak diingini.

Plastik itu akan dicampur dengan pasir dan dengan haba yang melampau, seterusnya menghasilkan enap cemar yang diacu kepada blok bersaiz berbeza.


Kredit foto: Mail & Guardian

Hasil akhirnya adalah penurap yang dua dan tujuh kali lebih kuat daripada konkrit, separuh berat, dan sebanyak 15 peratus lebih murah, menurut Matee.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 31-3-2022 03:20 PM
15% lebih murah sebab belum popular.bila dah ramai yang guna ..faham2 jer la.
Quote Lagubestbest 31-3-2022 08:32 PM
semua plastik. baju plastik. rumah plastik. jalan plastik.
Quote anony-mous 31-3-2022 09:01 PM
Bagus jugak idea ni kalau x , buang dlm laut smpai jd microplastix
Quote slyfynx 31-3-2022 09:48 PM
Kenyan Startup Founder Nzambi Matee Recycles Plastic To Make Bricks That Are Stronger Than Concrete

Mende ni kisah setahun lepas dah kot. (12 FEB 2021)
Awat baru nk bukak thread?
And nape kene sebut batu bata kalau bukan dari tanah liat or simen?
Nape x sebut bata je?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.035369 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top