PUTRAJAYA – Majoriti ubat herba dan tradisional di pasaran mempunyai kesan sampingan kerana kebanyakannya mengandungi racun berjadual yang membuatkan pemakannya menderita untuk tempoh yang panjang.
Majoriti ubat yang diiklankan tersebut mengandungi pelbagai bahan campuran beracun seperti sildenafil, steroid, merkuri, glibenclamide, paracetamol, indomethacin dan metformin untuk penyakit kencing manis, pelangsingan dan mati pucuk. Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Epidemiologist, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, pengguna menjadi mangsa penipuan kerana tidak mendapatkan nasihat pakar perubatan atau membuat pemeriksaan sebelum memakannya.
Seorang wanita tidak menyangka pil herba yang diambil bagi mengubati penyakit kencing manis rupanya mendatangkan mudarat apabila dia sering menggigil dan pucat hingga menakutkan ahli keluarganya. Hafizah (bukan nama sebenar), 53, memberitahu, dia sering menukar ubat bagi penyakitnya sehinggalah dia berkenalan dengan seorang peniaga pada 2020. “Tidak lama selepas makan ubat yang disyorkan dengan harga RM10 sepapan, saya sering menggigil dan wajah pula pucat sehingga ahli keluarga berasa takut. “Mereka menasihatkan saya supaya berhenti makan pil itu". -CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT