CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

8 Tahun Terpisah Lepas Bekas Suami Bawa Anak Ke Australia Tanpa Pengetahuan

31-3-2022 01:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1873| Komen: 11|Original author: tatod


Seorang suri rumah, Noor Akma Sulaiman bukan hanya terpaksa berhadapan dengan realiti keruntuhan rumah tangga, namun menanggung rindu apabila anak sulungnya, Muhamad Danish Aqez turut 'hilang' entah ke mana.

Berkongsi cerita itu dengan Mstar, wanita berusia 39 tahun itu menzahirkan rasa gembira apabila doanya untuk bersatu semula dengan anaknya dimakbulkan. Kali ini, sambutan Ramadan dan Syawal lebih bermakna dengan kehadiran Danish yang selama ini menetap di Sydney, Australia.

Menceritakan serba sedikit mengenai detik perpisahan itu, kata Akma, kali terakhir dia bertemu dengan Danish adalah ketika dia menghantar anaknya itu ke rumah arwah ibu mentua.


Sumber Mstar

"Selepas berpisah dengan suami, Danish dibawa ke Australia tanpa pengetahuan saya. Selama dua tahun saya tidak tahu dia di mana. Nasib baik ada seorang rakan di Australia yang terjumpa bekas suami.

"Apabila mengetahui Danish ada di sana barulah saya lega walaupun terpaksa menanggung rindu. Jadi, sepanjang enam tahun saya hanya berhubung dengan Danish menerusi panggilan video sahaja.

"Akhirnya, selepas lapan tahun, dia balik Malaysia untuk menetap bersama saya. Ketika menerima berita itu, saya menangis. Seharian saya teringat-ingat perkara itu sebab terlalu gembira," katanya.

Sumber Mstar

Lapan tahun bukanlah tempoh singkat. Bagi seorang ibu yang merindukan anaknya, ia umpama mimpi ngeri. Akma tidak henti-henti berdoa memohon agar suatu hari nanti dia dipertemukan semula dengan anaknya.

"Sepanjang dua tahun ketika tidak tahu di mana Danish, ramai orang tahu kesukaran yang saya alami untuk mencari dia. Saya terus berdoa dan yakinkan diri bahawa kejadian itu pasti ada hikmahnya.

"Perkara yang saya rasa paling menyedihkan adalah saya tidak berpeluang melihat dia membesar di depan mata," katanya yang memanggil Danish dengan gelaran abang.



Kehadiran Danish pastinya mengubah suasana sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Sudah banyak perancangan yang Akma lakukan bagi meraikan kepulangan anak sulungnya itu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie5zoe 31-3-2022 01:42 PM
Iols tak jumpa anak buah seminggu pun dah menggelisat tak tentu arah, inikan lagi kalau ibu kandung sendiri.
Quote ilacantik 31-3-2022 02:02 PM
Kakpam jer yg tak kisah tinggal anak berbulan-bulan demi mengejar terung hitam.Eh?
Quote koko2 31-3-2022 02:09 PM
ilacantik replied at 31-3-2022 02:02 PM
Kakpam jer yg tak kisah tinggal anak berbulan-bulan demi mengejar terung hitam.Eh?

kes apa tu? Deeply stori mori plisssssss..
Quote Cpkay 31-3-2022 02:14 PM
ilacantik replied at 31-3-2022 02:02 PM
Kakpam jer yg tak kisah tinggal anak berbulan-bulan demi mengejar terung hitam.Eh?

hahah.. misi kak pam nak dapatkan green card..
Quote matjerk 31-3-2022 02:15 PM
Lan AtoZ n anak2 isteri pertama apa lh cerita kan...
Quote matjerk 31-3-2022 02:20 PM
Skrg anak umo berapa.. aku x nampak umo anak dia.. yg nampak umo mak dia je 39.. x nak taau umo mak dia   
Quote hareeeesah 31-3-2022 02:50 PM
ilacantik: Kakpam jer yg tak kisah tingga ...


Kalau bwk ank susah la nak honeymoon ke hawaii, NOT.. [em:4:]
Quote miss_perfect 31-3-2022 02:58 PM
matjerk replied at 31-3-2022 02:20 PM
Skrg anak umo berapa.. aku x nampak umo anak dia.. yg nampak umo mak dia je 39.. x nak taau umo mak  ...

Haha sama... nak tau umur anak dia gak.... dah remaja ni, masih sekolah ke? Ke baru abis hi school?
Quote miss_perfect 31-3-2022 02:59 PM
koko2 replied at 31-3-2022 02:09 PM
kes apa tu? Deeply stori mori plisssssss..

Masih ada lagi yg ketinggalan kisah kakpam? Bertingkat2 kondo dia dalam forum ni
Quote KamikuP 31-3-2022 03:09 PM
matjerk: Lan AtoZ n anak2 isteri pertama apa lh cerita kan...


kANN.. dulu ada gamba ex wife mcm jadi tukang cong kad judi
Quote stania83 31-3-2022 03:10 PM
jahat ayah dia...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.050608 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top