CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Londeh Habis - Sejam Sidang Media Cerita Panas Dalam Kelambu UMNO Didedahkan

28-6-2022 09:45 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 2831| Komen: 26



Saya saksi hidup - Ada SD sokong Anwar menjadi Perdana Menteri dan ada surat dihantar pada Istana.

Demikian antara perkara yang didedahkan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mengadakan sidang media berhubung pemecatan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Hotel Eastin, Petaling Jaya semalam.

Daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Najib Tun Razak sehinggalah Datuk Seri Mohammad Hassan dan beberapa nama lagi di luar UMNO turut dicuit Tajuddin.

Namun Tajudin menegaskan isu yang didedahkan beliau itu tidak menyerang peribadi mana-mana nama yang disebutkan sebaliknya perlu bercakap sebagai orang yang sudah lebih 40 tahun dalam politik UMNO. 


Antara pendedahannya ialah mengenai usaha bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid membentuk penjajaran politik bersama kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudiannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seterusnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Tajuddin berkata dia adalah saksi hidup yang pada awalnya menolak cadangan pucuk pimpinan parti itu diketuai Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut didesak untuk tandatangan SD bagi mengangkat Anwar menjadi perdana menteri dilakukan di Hotel Tamu, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Tajuddin turut mendedahkan sebelum ini iaitu pada tahun 2020 sudah ada usaha untuk mendesak Ahmad Zahid berundur menerusi penglibatan pemimpin tertinggi parti termasuk Najib, Mohamad dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. 

Namun usaha itu tergendala kerana ada yang belot menarik sokongan dan dalam pada itu, ada pula usaha membawa Najib menjadi Pengerusi Barisan Nasional (BN) semula.

Dalam sidang media itu, Tajudin turut menempelak keputusan badan tertinggi parti itu mencalonkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai 'poster boy' Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ini kerana keputusan itu sebenarnya adalah taktik Ahmad Zahid untuk menjadi Perdana Menteri segera. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 28-6-2022 01:29 PM
Menarik cerita ini, kita tunggu dan lihat plot twistnya nanti
Quote musangbodoh 28-6-2022 01:45 PM
kancil die  at middle middle
Quote renko 28-6-2022 01:47 PM
ingat dah g indon dia ni
Quote Kitty_catz 28-6-2022 01:52 PM
Tapi adakah sepanas bebenang londeh melondeh poremners sini???

Quote c===8 28-6-2022 02:13 PM
Kitty_catz replied at 28-6-2022 01:52 PM
Tapi adakah sepanas bebenang londeh melondeh poremners sini???

kat mana tu? link plis
Quote Kitty_catz 28-6-2022 02:15 PM
c===8 replied at 28-6-2022 02:13 PM
kat mana tu? link plis


Duda mati , pi la cari.. tgh trending skang.. citer puting ipan pun adooo
Quote ifanonline 28-6-2022 02:16 PM
lanciao umno dan ahli-ahlinya...
Quote kaseh80 28-6-2022 02:23 PM
Londeh jgn tak londeh
We want more
Quote rashiman 28-6-2022 02:29 PM
biasalah....ada pelbagai usaha, pelbagai cadangan, pelbagai perancangan....akhirnya dari banyak2 usaha,cadangan dan perancangan itu, yg berjaya adalah usaha, cadangan dan perancangan untuk menaikkan Datuk Ismail Sabri jadi Perdana Menteri yg berjaya.
Quote venom1 28-6-2022 02:39 PM
cepatlah PRU. Bosan dengar atok2 ni bergaduh dan lompat katak kat atas tu
Quote Orix 28-6-2022 03:25 PM
entah la... iols sayangkan umno, tapi penyangak2 dalam umno serta penyokong umno yg x sedar apa effect jika penyangak2 dlm umno tu terus berkuasa buat iols meluat dgan umno... dap pun dap la kalo diorg jd penyangak pun x sakit hati sgat sbb expected perangai cina prc gi mana kan.........drpd sokong orang sendiri, bangsa sendiri tapi perangai kalah cina prc.............sakit hati ya hamatsssssss
Quote Orix 28-6-2022 03:26 PM
Tolonglah reveal penyangak mana dlm umno yg sokong najib n wak jahid ittew...
Quote epal_putih 28-6-2022 03:29 PM
Dah umnghok gitulaaaaaa
Ponogoto tuan presidenn
Quote iraizz 28-6-2022 03:32 PM
Kitty_catz replied at 28-6-2022 01:52 PM
Tapi adakah sepanas bebenang londeh melondeh poremners sini???

Hahaha
Quote True-X 28-6-2022 03:36 PM
tunggu dia pulak jadi katak
Quote dani-rox 28-6-2022 03:41 PM

Quote R2D2 28-6-2022 03:45 PM
Kitty_catz replied at 28-6-2022 02:15 PM
Duda mati , pi la cari.. tgh trending skang.. citer puting ipan pun adooo

thread mana?

Quote ezacbee 28-6-2022 03:48 PM
Ada niat nak jadi pm tu.. wak jahid..
Quote kelana36 28-6-2022 03:51 PM
Orix replied at 28-6-2022 11:26 AM
Tolonglah reveal penyangak mana dlm umno yg sokong najib n wak jahid ittew...

rashiman tersenyum jer tu lebar .. bukan sinis

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.131804 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top