CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Pensyarah UiTM Viral: Ibu Pelajar B40 Didakwa Masih Hidup, Kerja Kilang

31-3-2022 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16358| Komen: 236

Belum reda seorang pensyarah kontrak Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang memperlekehkan seorang pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba menerusi kelas dalam talian, tular mengenai laporan 'siasatan dalaman' mengenai isu yang hangat diperkatakan.


Sejak awal pagi Khamis, tular laporan kronologi yang dipercayai dibuat oleh pihak UiTM secara dalaman berhubung isu video tular membabitkan seorang pensyarah yang bergelar profesor.

Menerusi laporan itu, proses kenal pasti kumpulan pelajar dan kesahihan video telah diadakan pada pagi Khamis di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Perak.



Seramai lima pelajar yang dipanggil dan hasil temubual mengesahkan video tersebut berlaku semasa kuliah minggu ke-8 pada Semester Oktober 2021-Februari 2022 bagi subjek yang diajar oleh pensyarah berkenaan.

Laporan itu turut memaklumkan satu pertemuan telah diaturkan bersama pensyarah terbabit, di sebuah bilik mesyuarat pada tengah hari Khamis.

Pelajar B40 yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu dilaporkan merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Pembinaan.

Turut didedahkan adalah latar belakang keluarga pelajar berkenaan, di mana bapanya tidak bekerja atas sebab yang tidak dapat dipastikan.


Loading FB Post...

Bagaimanapun, ibunya masih hidup dan bukan sudah meninggal dunia sebagaimana yang didakwa menerusi video yang tular.

"Ibunya masih ada dan bekerja sebagai operator pengeluaran kilang.

"(Pelajar) mempunyai tiga adik-beradik (kakaknya baru sahaja menamatkan pengajian dan memulakan pekerjaan manakala adik sedang menuntut di UiTM Rembau.

"Mengikut rekod, pelajar ini tidak pernah memohon bantuan wang zakat, namun begitu beliau memperolehi pinjaman PTPTN," menurut laporan itu.

Tambah laporan itu, pelajar tersebut didapati menggunakan telefon bimbit bagi mengikuti kuliah dalam talian kerana komputer peribadinya tidak dibawa bersama ke kampus.

"Pelajar ini telah lulus dalam peperiksaan akhir yang lepas dan ini termasuk bagi kod kursus tersebut," tambahnya.

Dalam pada itu, laporan tersebut turut mendedahkan bahawa video yang tular bukan dirakam dan disebarkan oleh pelajar berkenaan, sebaliknya dikongsikan oleh pihak lain sehingga menjadi tular di media sosial.

"Pelajar tidak bersetuju sama sekali atas tujuan video ini ditularkan," menurutnya.

Menurut laporan itu juga, tindakan pengurusan UiTM melalui Mesyuarat Pengurusan Eksekutif UiTM bertarikh 30 Mac 2022 boleh mengambil salah satu pilihan keputusan sama ada tidak mengambil apa-apa tindakan kerana pensyarah dan pelajar yang terlibat telah bertemu dan berbincang dan mengambil keputusan untuk mengharmonikan keadaan.

"Atau menamatkan kontrak pensyarah ini yang telah diperbaharui pada 15 Mac 2022 di mana pihak UiTM boleh menamatkan tantikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan tawaran.

"Namun keputusan UiTM bergantung kepada nasihat dari Kementerian Pengajian Tinggi," demikian menurut laporan tersebut.

Susulan itu, mStar telah menghubungi Jabatan Komunikasi UiTM bagi mendapatkan pengesahan berhubung laporan tersebut dan masih menunggu maklum balas.

Terdahulu, satu rakaman video klip berdurasi 1 minit 45 saat tular memaparkan pensyarah wanita itu memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba dan dilihat seolah-olah memperlekehkan golongan B40.

Menerusi rakaman itu, pensyarah wanita berkenaan turut meminta pelajar terbabit meminta kakaknya menjual gelang emas bagi membeli komputer riba untuknya.

Dalam pada itu, UiTM akan mengambil tindakan ke atas seorang pensyarah wanita selepas tularnya satu video sejak Selasa malam.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor dilaporkan berkata, pihaknya sedang meneliti kes berkenaan yang mana pensyarah tersebut memarahi pelajarnya gara-gara tidak memiliki komputer. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 31-3-2022 11:22 AM
Ibunya kerja di kilang apa nama kilangnya?
Quote Travelo 31-3-2022 11:25 AM
laa..baru nak simpati..
Quote renko 31-3-2022 11:29 AM
yg menipu nk simpati xpayah hukum ke
Quote awanearisu 31-3-2022 11:31 AM
Kita simpati dengan pelajar ini. Bukan sahaja aib pensyarah, aib beliau pun terdedah sekali. Sampai keluar berita.

Bukan pelajar ini yang meminta diviralkan. Kita berharap tukang viral dikenakan tindakan sewajarnya.
Quote azie5zoe 31-3-2022 11:38 AM
Iols taknak pandang remeh orang kerja kilang ni, macam kawan iols, kerja kilang tapi beg LV, gelang kejap pulut dakap, kejap coco, kejap tu lah, kejap nilah,semua pesen yang kalau hempok orang kemeklah. Nak kata laki dia kaya kerja gedebar jer.
Quote kemaruk 31-3-2022 11:50 AM
Edited by kemaruk at 31-3-2022 11:51 AM

analisa bangkem:

1) betullah pendengaran bangkem yang budak tu cakap "dah takde laptop" sebab dia sebenarnya ada laptop tapi tak bawak (maybe untuk kegunaan adik2 dia untuk PDPR di rumah, since dia sendiri ada phone, dan phone jer dah cukup sebenarnya kalau sekadar untuk kelas online.. buat assignment boleh pinjam laptop kawan/guna PC lab).. maka tuduhan acik2 yang fitnah budak ni dan famili dia [emalas taknak berusaha beli laptop memang kelaut lah

2) budak tu bukan cakap mak dia dah mati.. kalau ikut perbualan:
cikgu tu tanya : bapak ko kerja apa
budak tu jawab : takde kerja prof
cikgu tanya lagi : mak kau KERJA apa?
budak jawab : dah takde prof

maksud budak tu, MAK DIA DAH TAKDE KERJA, bukannya mak dia dah mati

konteks beb.. konteks

3) prof tu memang celaka sebab hina golongan miskin dan pepandai tuduh kakak budak ni banyak gelang dan suruh jual gelang2 tu

4) bukan budak tu yang sebarkan video ni

kesimpulannya, budak tu langsung tak bersalah dalam hal ni..

Quote saviour_09 31-3-2022 12:02 PM
dah berdamai ok la tu tutup buku nak mengadap romadhon pulak ni

win2 situation
Quote nikola.tesla 31-3-2022 12:03 PM
isunya sekarang penghinaan prof tu.kalau budak tu.menipu tu lain hal
Quote kakikuDibibirmu 31-3-2022 12:04 PM
Sedangkan mak yang dah mati pun boleh hidup balik, akak syak bapak dia yang hidup tu pun dah mati balik, orang penipu ni bukannya kita boleh percaya

https://m.facebook.com/CariDotMyOfficial/photos/pcb.5378426958833997/5378426812167345/?type=3&theater
Quote Kurex 31-3-2022 12:05 PM
Kalau budak tu helok, iols akan sokong budak tu sepenuh hati
Quote kemaruk 31-3-2022 12:06 PM
nikola.tesla replied at 31-3-2022 12:03 PM
isunya sekarang penghinaan prof tu.kalau budak tu.menipu tu lain hal

budak tu tak menipu pon

takde pon budak tu cakap mak dia dah meninggal
Quote white_musk 31-3-2022 12:07 PM
kemaruk replied at 31-3-2022 11:50 AM
analisa bangkem:

1) betullah pendengaran bangkem yang budak tu cakap "dah takde laptop" sebab dia s ...

Dia tetap manipu juga bangkem kerana maknya masih bakarja (rujuk kromology rasmi itu)
Quote cm_matjawasp 31-3-2022 12:08 PM
Zaman zaman kami 80an masa sekolah tak de pulak camera video nak rakam, masa kursus motivasi habih dimaki bangsa melayu yang pemalas ,
Quote white_musk 31-3-2022 12:08 PM
nikola.tesla replied at 31-3-2022 12:03 PM
isunya sekarang penghinaan prof tu.kalau budak tu.menipu tu lain hal

Thread ini mengenai budak itu manipu, jika nak cerita kisah lain pergi thread sabalah sana
Quote kemaruk 31-3-2022 12:10 PM
white_musk replied at 31-3-2022 12:07 PM
Dia tetap manipu juga bangkem kerana maknya masih bakarja (rujuk kromology rasmi itu)

masa mula2 pandemik aritu, banyak kilang tutup sementara
dan ramai kena buang, atau dipaksa bercuti tanpa tahu bila akan dipanggil bekerja lagi


itulah maksud budak tu, mak dia dah takde kerja, maybe kilang tempat mak dia kerja tu tutup, dan dia pon tak tau bila mak dia akan bekerja lagi

Quote kakikuDibibirmu 31-3-2022 12:13 PM
kemaruk replied at 31-3-2022 12:10 PM
masa mula2 pandemik aritu, banyak kilang tutup sementara
dan ramai kena buang, atau dipaksa bercut ...


Bagi akak sangatnya beza langit dan bumi antara sebut mak dah takde dengan mak dah takde kerja
Quote white_musk 31-3-2022 12:13 PM
kemaruk replied at 31-3-2022 12:10 PM
masa mula2 pandemik aritu, banyak kilang tutup sementara
dan ramai kena buang, atau dipaksa bercut ...

Kena tahu di kilang manakah maknya bekerja dan kilang itu mesti tunjuk surat untuk menyatakan masih bekerja ketika waktu kejadian ataupun sudah tidak bakarja
Quote kemaruk 31-3-2022 12:15 PM
kakikuDibibirmu replied at 31-3-2022 12:13 PM
Bagi akak sangatnya beza langit dan bumi antara sebut mak dah takde dengan mak dah takde kerja/b]; ...

kena tengok konteks

soalan prof (yang celaka) tu:

MAK KAU KERJA APA?

maka jawaban "dah takde" merujuk kepada dah takde kerja
Quote ninja9 31-3-2022 12:16 PM
kakikuDibibirmu replied at 31-3-2022 12:04 PM
Sedangkan mak yang dah mati pun boleh hidup balik, akak syak bapak dia yang hidup tu pun dah mati ba ...

data pelajar pun terburai disebabkan viral. dedahkan juga siapa yang satu kelas supaya semua yang terlibat itu netizen nilai.. nak viral sangat maka mereka kena terima lah diadili oleh netizen... ala ala mahkamah internet

Lihat semua komen(236)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.076447 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top