Isu pensyarah yang menghina pelajar golongan B40 baru-baru ini menjadi semakin hangat. Terbaru, netizen menggelar profesor berkenaan sebagai ‘nenek UiTM puaka’ pula.
Tidak terhenti di situ, netizen juga mula mengaitkan wanita viral sebelum ini iaitu Kak Long 7E. Kata mereka, Kak Long sudah boleh berehat kerana nenek puaka telah merampas takhtanya. Pelbagai komen lucu dan berbaur sindiran semakin giat dicoret netizen menerusi Twitter.
Sehingga kini, UiTM dan nama Roshana Takim masih trending di Malaysia. Rata-rata netizen juga berpendapat tidak wajar bagi seorang pensyarah mengeluarkan kata-kata kasar dan hinaan seperti itu apatah lagi membeza-bezakan golongan berkemampuan dan tidak berkemampuan. Netizen juga berharap pensyarah terbabit dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman setimpal perbuatannya. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT