CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Mahu Kes Anak Maut Terjerut Buaian Disiasat Semula

31-3-2022 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1618| Komen: 13

Bapa kepada bayi maut dikatakan terjerut buaian, Nour Rania Asyifaa Yuseri, 15 bulan, memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, hari ini, terhadap laporan dibuatnya pada 28 Mac lalu.


Yuseri Yusoff, 39, hadir ditemani dua peguam sekitar 4 petang dan hanya keluar selepas hampir dua jam.

“Saya beri keterangan mengenai laporan terbaru dibuat di Sentul tentang memohon siasatan semula kes kematian anak. Buat masa ini saya beri kepercayaan kepada polis menjalankan siasatan. Polis berjanji akan melakukan siasatan telus dan Syifa akan dapat keadilan sewajarnya,” katanya kepada media.


Yuseri Yusoff bersama peguamnya Muhammad Amin Anuar dan Fira Fahmi ditemui media di luar perkarangan IPD Seremban.


Peguam mewakili Yuseri, Muhammad Amin Anuar berkata laporan polis terpaksa dibuat selepas anak guamnya mendapati tiada perkembangan berkait kes kematian bayinya itu.

“Bila anak guam kita dituduh untuk kes kecil-kecil (seperti) curi motor (motosikal), curi lembu…pun polis akan minta majistret buat reman selama mungkin, atas pelbagai alasan.

“Bila ada kematian dan kematian itu berdasarkan bukti yang ada, (dan) kita dapatkan nasihat pakar forensik, berdasarkan gambar dan cerita pengasuh, sangat berbeza. Kita nak tengok ada perkembangan dalam kes ini. Sesuatu harus dilakukan,” katanya.

Amin berkata, timbul keraguan mengapa masih belum ada pertuduhan dibuat di mahkamah selepas 37 hari berlalu.

Seorang lagi peguam pemerhati, Fira Fahmi berkata Pejabat Peguam Negara harus mengembalikan kertas siasatan kes itu untuk siasatan semula dijalankan.

Katanya, amat pelik apabila tiada reman dikeluarkan walaupun kes itu melibatkan kematian.

“Kalau (kes ini) kemalangan, beritahu macam mana kemalangan itu berlaku? Mana buaian (dikaitkan) dengan kemalangan itu? Macam mana kemalangan terjadi?

“Pihak pendakwaan, PDRM perlu jelaskan apa terjadi? Tak adalah kita berteka-teki. Ini kes pembunuhan ke? Kecuaian ke atau terus nak NFA (tiada tindakan lanjut)? soalnya.

Pada 23 Feb, bayi itu ditemui tidak sedarkan diri selepas lehernya dipercayai tersangkut pada kain buaian di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Nanda Maarof, memberitahu kejadian berlaku ketika mangsa ditidurkan dalam bilik oleh pengasuh kira-kira 3 petang.

Bayi itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik kedua rumah pengasuh, yang mana bahagian leher dan kepalanya terkeluar dari buaian dan tergantung pada kain manakala badannya masih berada dalam buaian.

Nanda berkata, ketika kejadian dua pengasuh berada dalam rumah bersama 15 kanak-kanak lain termasuk bayi itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada 4.30 petang di Klinik Kesihatan Sendayan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat.


Sumber: FMT

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 31-3-2022 12:05 PM
1st thing is kenapa tak reman?

orang tampar ko 323kk pun bukan main reman 3 hari bagai

ni melibatkan kematian, cukup ke setakat soal siasat dlm bilik IO je?

Quote Mary_jane 31-3-2022 12:23 PM
Mesti polis dah habis siasat, dan ada lah benda tu yang tak kena. Patut dari awal dah reman pengasuh atau individu terdekat. Dan kenapa takde orang backup ayah dia persoalkan issue ni?  
Quote elzy 31-3-2022 02:45 PM
Yer laa selalu kes jenayah apatah lagi kes pembunuhan mesti reman dulu.. Hurrmmm no wonder something fishy kes ni..
Quote stania83 31-3-2022 03:16 PM
rasanya semua kes melibatkan kematian di pusat asuhan, pengasuh dia mesti kena tahan..tak kisah lah sengaja atau accident. kes dia ni diam je ke? Masuk berita arus perdana pon takde.
Quote dua_chzy 31-3-2022 03:18 PM
Seswatuh pengasuh dan laki, juga siasatan kes ini.
Quote Drmu 31-3-2022 03:22 PM
Nanda berkata, ketika kejadian dua pengasuh berada dalam rumah bersama 15 kanak-kanak lain termasuk bayi itu.


..
Ooo ada 15 kanak2.. iol ingat dah masa kjadian dah sunyi
Quote asma87 31-3-2022 03:32 PM
Pengasuh xde rasa bersalah langsung ke?
Quote dua_chzy 31-3-2022 03:44 PM
asma87 replied at 31-3-2022 07:32 AM
Pengasuh xde rasa bersalah langsung ke?

YY kata mereka (pengasuh/laki) tak minta maaf lansung hingga sekarang.
Quote gbam 31-3-2022 04:53 PM
dua_chzy replied at 31-3-2022 03:44 PM
YY kata mereka (pengasuh/laki) tak minta maaf lansung hingga sekarang.

tu yang kata mereka hantar nota 'aku seorang pendosa' kpd kakak simati. itu cara anggota kelab fremason minta maaf cara sembunyi, malam2 dok termimpi dia bunuh budak tu, sampai xleh tidur malam. tu yg hantar nota. bagi mati orang cara tersembunyi, minta maaf pun cara tersembunyi. freemason dah nak bungkus dah, tu perang di ukranie tu kepala ular, nazi safe haven, pusat segala fremason. yang laki bini pakai baju fremason jumpa yy tu sapa dia? bukan laki bini pengasuh tu ke?
Quote dua_chzy 31-3-2022 05:15 PM
gbam replied at 31-3-2022 08:53 AM
tu yang kata mereka hantar nota 'aku seorang pendosa' kpd kakak simati. itu cara anggota kelab fre ...

Tatau uols. Ai tak follow closely case ni. Cuma baca2 saja.
Quote cmf_xana 31-3-2022 06:45 PM
Thread pasal ni dah ada. Mod boleh merge ke?

Tak leh nak imagine keadaan parents tengok anak jadi mcm tu.

Imagine jadi kat keluarga kita atau org tersayang.  Terus menerus dizalimi,  ditekan dan dinafikan hak. 

Di nafikan hak dan pembelaan secara terang terangan pulak tu. Semoga kita tidak menjadi saksi bisu.
Quote tumpanglalu74 31-3-2022 10:17 PM
FB_IMG_1648736081485.jpg
Quote yuhuu 5-4-2022 06:51 AM
Bapak budak ni macam sesuatuh juga iols rasa. Bukan dia ni ke yang kena saman mcd sampai bankrap? Kalau peratikan, kengkawan umno heols semua dah lama menjauhkan diri dari heols.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.130496 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top