"Saya hanya mampu melihat kemesraan mereka." Pelakon Shakira Stephen, 26, mendedahkan pernah merasa tersisih apabila kawan baiknya pernah rapat dengan Zarina Anjoulie sebelum ini.
Katanya, dia mula rapat dengan Zoey Rahman ketika menyertai program On Air pada 2018. "Dia memang seorang kawan yang sangat baik dan banyak membantu saya dari segi perniagaan, lakonan dan juga agama. "Kadang-kadang dia akan buat program usrah di pejabatnya dan saya pasti akan turut serta.
"Tak dinafikan kami selesa berkawan tapi tak pernah cakap soal perasaan pun," katanya dipetik dari Harian Metro. Dedah Shakira, dia mula disisihkan Zoey apabila hubungannya dengan Zarina semakin intim pada Julai tahun lalu. "Saya tak tahu apa kesudahan hubungan mereka selepas itu apabila Zoey kembali mendekati saya. "Ketika itu pun saya tak pernah tanya Zoey berkenaan hubungannya dengan Anju, tapi rasanya ada sikit istimewa. Cuma saya tak bertanya. "Bila dia bercerita saya cuma dengar. Kalau nak dikatakan itu strategi 'marketing' mereka, saya pun tak pasti. Saya hanya tengok saja," katanya. Biarpun berasa tersisih ketika itu, Shakira tetap berhubung dengan Zoey sebagai kawan. "Tak boleh nak salahkan dia kerana kami pun tiada isytihar apa-apa. Kami selesa berkawan tapi tak pernah cakap soal perasaan. "Sekarang kami hari-hari lepak bersama. Kadang makan tengahari dan malam pun bersama. "Saya berminat nak buat produk sendiri dan banyak belajar dengan dia macam mana nak buat," katanya.
|
Normabaru replied at 31-3-2022 11:16 AM
Kenapa yang herlok2 sume jadi nonok eh..tinggal yang versi rumah tercabut atap je yang jantan..tu pl ...
olezzeli17 replied at 31-3-2022 12:09 PM
Makin pelik dah muka si Zoey ni. Dulu dagu dia pun ala2 dagu Erry Putra. Petik2 nama Anju, kang kena ...
izzah_mia replied at 31-3-2022 02:39 PM
anju dah carut pun....x silap dia cakap ada aku kesah
3chanceno replied at 31-3-2022 01:25 PM
Sapo anak pak Stephen nie? Ramainya yg mix tapi muka tak kesampaian, sampai tak tercapai dek akal me ...
ADVERTISEMENT