CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramas Tangan, Letak Muka Di Peha- Pemandu Van Sekolah Cabul Pelajar 11 Tahun Dah Ditahan Polis!

31-3-2022 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1561| Komen: 6

Seorang pemandu van sekolah telah ditahan kerana didakwa mencabul seorang murid perempuan berusia 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata suspek yang berusia 41 tahun didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa pada 6.20 pagi, 28 Mac lalu, ketika menghantarnya ke sekolah.


"Suspek ditahan di Seremban 2 hari ini (Rabu) selepas ibu mangsa berusia 40 tahun membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (30 Mac).

Nanda berkata semakan awal menunjukkan suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.



Terdahulu, kes tersebut tular di laman sosial apabila bapa mangsa memuat naik hantaran dua sedutan rakaman dia berjumpa pemandu van sekolah berkenaan dan berlaku pertengkaran.

Bapa mangsa menyoal pemandu tersebut yang berulang kali menafikan sebelum dipukul dan akhirnya mengakui dia melakukan perkara itu.



Menurut bapa mangsa, walaupun menyedari adalah salah mengambil tindakan sendiri, namun tegasnya dia mahu memberi peringatan kepada pemandu tersebut dan menunjukkan kepada ibu bapa di luar sana supaya berani mempertahankan anak apabila perkara sedemikian berlaku. - CARI

Sumber: The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 31-3-2022 09:55 AM
Seorang pemandu van sekolah telah ditahan kerana didakwa mencabul seorang murid perempuan berusia 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata suspek yang berusia 41 tahun didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa pada 6.20 pagi, 28 Mac lalu, ketika menghantarnya ke sekolah.
Quote elzy 31-3-2022 10:56 AM
CARI-MRO replied at 31-3-2022 09:55 AM
Seorang pemandu van sekolah telah ditahan kerana didakwa mencabul seorang murid perempuan berusia 11 ...

Berlaku di Seremban rupanya, what a small world..
Quote Goodluckdontcry 31-3-2022 05:43 PM
Dunia haru biru sekarang dgn perangai manusia2 durjana..nmpknya kite DH berbalik ke zaman jahiliyyah walau gah dgn pemodenan..wanita DH dilihat sbg objek semata2..sakit hati sgt2 rs..

Ape2 pun kpd wanita2 sekalian, terutama sesama Muslim..jagalah diri baik2 Dan selalulah berdoa semoga sentiasa dilindungi Allah SWT..be careful..
Quote nolya 31-3-2022 07:15 PM
Ya Allah, ngerinya keadaan skr ini. Anak2 gadis kecil sentiasa dalam keadaan tidak selamat, samada secara sedar atau tak sedar. Kekadang tu, berada dlm kalangan famili sendiri pun tak selamat maka berlakulah perkara sumbang mahram. Terjadi begitu sangat2lah mengecewakan dn disesali bila terjadi kpd mangsa yg malang.
Bagaimana agaknya pendekatan yg harus diambil oleh sekalian ibubapa demi keselamatan anak2 mereka?
Quote @pip98 6-4-2022 03:24 PM
Bahaya betul keadaan sekarang ni terutamanya untuk kanak2
Semoga perkara2 seperti ini diberikan perhatian dan diambil tindakan dengan segera.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.061313 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top