Seorang murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Taman Midah 1, Kuala Lumpur yang dilaporkan hilang selepas pulang dari sekolah ditemui selamat pada Rabu.
Datuknya, Datuk Azman Mahmood berkata, beliau dimaklumkan, cucu perempuannya yang berusia lapan tahun ditemui selamat oleh penduduk di sebuah kondominium di Pudu. "Saya dimaklumkan cucu perempuan selamat ditemui kira-kira jam 9.30 malam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Azman berkata, cucunya itu dipercayai telah tersalah menaiki sebuah van sekolah yang kemudian menurunkan kanak-kanak berkenaan di kondominium berkenaan. "Seorang penduduk telah menjumpai cucu saya di pondok pengawal keselamatan, sebelum menghubungi polis," katanya. Azman memaklumkan, sepatutnya isterinya menjemput cucunya itu pulang dari sekolah pada jam 5.30 petang. Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan bagaimanapun disedari hilang apabila tidak berada di sekolah. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis mengenai kehilangan murid berkenaan sebelum kanak-kanak itu kemudian berjaya ditemui dengan selamat. Sumber: Sinar Harian
|
Suchi replied at 31-3-2022 06:58 AM
Iols share gak smlm post mak budak ni. Kekdahnya mak dia lambat sampai sbb jem teruk smlm jalan. Sep ...
matjerk replied at 31-3-2022 06:44 AM
Cucu Datuk Azman.. patut masuk berita..sekolah anak aku.. almost setiap musim ada kejadian salah nai ...
hareeeesah replied at 31-3-2022 08:00 AM
Kes skola ank iolls anak nya berjln jauh dah pakcik van cari xjumpa.. siap mintak tlg cari dlm kaw ...
Suchi replied at 31-3-2022 08:14 AM
Rasanya sbb viral post mak dia tu. bab budak2 hilang org mmg amik berat.
Semua debar2 risau bila d ...
Suchi replied at 31-3-2022 08:22 AM
Budak tu tak biasakan dr awal ke naik van? Kalau nak budak2 naik van sebaiknya hari pertama or ked ...
hareeeesah replied at 31-3-2022 09:02 AM
Mmg xkenal. Sbb ioll prasan mak dia br minta kalu ada no van utk hantar tempat transit.
Tula nasi ...
Cpkay replied at 31-3-2022 09:07 AM
takfaham jugak macam mana anak ni boleh naik van. padahal tak pernah naik pun sebelum ini.. maybe te ...
ADVERTISEMENT