CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Pasti Akan Menangis Atau Tak" - Anuar Zain

30-3-2022 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1888| Komen: 8

Kesengsaraan yang ditanggung mangsa konflik kemanusiaan di Lubnan menyentuh hati penyanyi tersohor, Anuar Zain untuk menyantuni pelarian di negara bergolak berkenaan bersama Syria Care Ramadan nanti.


Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 52, berkata, dia akan berlepas ke Lubnan pada 10 April dan berada di sana selama lapan hari bagi membantu Syria Care mengagihkan bantuan makanan kepada pelarian sepanjang bulan puasa.

Terpanggil menyertai misi berkenaan yang memasuki siri ke-13, pelantun lagu Ketulusan Hati itu berkata, dia terdetik untuk membantu pelarian yang bertahun-tahun lamanya dihimpit dengan kesukaran hidup.


Kredit foto: IG Anuar Zain


“Kita ini apabila sudah puas bekerja untuk diri dan keluarga tapi kadang-kadang kita rasa terpanggil, adakah sudah cukup kita membantu dan memberi kesenangan kepada orang lain.

“Dengan adanya Syria Care, saya terpanggil menjayakan misi ini dan kerana keadaan hidup mereka di sana yang sangat susah bukan sahaja dari segi makanan, tempat tinggal juga sukar dari segi emosi,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya lagi, bukan setakat mahu menjadi salah seorang ahli misi kemanusiaan, dia pada masa sama mahu menyuntik semangat kepada para pelarian di Lubnan untuk terus kuat meskipun ujian yang dihadapi sangat getir.

“Saya tidak pasti sama ada akan menangis atau tidak ketika di sana nanti, selalunya orang fikir, kalau kita menangis, kita lemah.

“Niat saya hanya ingin memberikan sokongan emosi dan tidak mahu nampak lemah biar orang nampak kita dalam keadaan begitu profesional,” katanya yang begitu teruja untuk menjejakkan kaki ke Lubnan pada bulan Ramadan dan berpuasa selama 17 jam buat pertama kali dalam hidupnya.



Syria Care menyasarkan dana sebanyak RM225,000 bagi membantu lebih kurang 1,000 keluarga di negara bergolak berkenaan.

Orang ramai yang ingin menyumbang khususnya menaja set iftar serendah RM15 atau pek makanan kering bernilai RM150 boleh berbuat demikian melalui pautan khas Anuar Zain iaitu donate.syriacare.org.my/order/form/oderfood/anuarzain. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 31-3-2022 09:10 AM
moga bang nuar dapat jodoh gadis syria.. lawa lawa depa tu
Quote prince_marhaen 31-3-2022 09:30 AM
kaya ye SC foundation ni...pelbagai artis jadi duta diorang... for sure not for free yachhh! hehe. maaf hati meols hitam sikit sebab dah pernah merasai layanan founder/penaung SC ni berbeza ye antara artis/duta/selebriti dengan sukarelawan yang betul-betul bekerja untuk kutip duit tabung ni...langit bumi ye...pandang sebelah mata pun tidak okeh...datang sekeluarga naik kereta besar gila..duduk seat sofa anak beranak gittew...
Quote makgetah 31-3-2022 09:39 AM
prince_marhaen replied at 31-3-2022 09:30 AM
kaya ye SC foundation ni...pelbagai artis jadi duta diorang... for sure not for free yachhh! hehe. m ...

Kaka nak tanye pondesen mcm ni funding from sendiri or atas bantuan org ramai tapi letak nama pondesen atas nama sendiri?
Quote slyfynx 31-3-2022 09:41 AM
Aku selalu wonder (sorry, hati aku berkerak), artis2 ni dibayar atau mmg betul2 sukarela tanpa sebarang bayaran ye (which aku agak doubt)?
And nape jauh sgt nk berbakti?
Belanje nk ke sana, dan penginapan lg dah berapa percent.
Ntah la. Skrg ni aku dah sgt susah nk fikir positif.
Sorry bang Nuar, bukan nk cakap bang Nuar x sukarela.
Just tertanya2 semenjak perempuan gigil pegi misi bantuan mcm ni jgk hari tu.
Quote prince_marhaen 31-3-2022 10:35 AM
makgetah replied at 31-3-2022 09:39 AM
Kaka nak tanye pondesen mcm ni funding from sendiri or atas bantuan org ramai tapi letak nama pond ...

sepengetahuan meols yang pernah beberapa kali sukarela join, most of the funding ni drpd orang ramai, thru event charity, thru personal dermawan yg diorg approach, thru iklan-iklan....etc. meols tak pasti founder2/penaung charity foundation ni ada fund atau tidak sebab nampak macam takde source of bussiness ke apa macam geng Arqam dulu...tapi meols mmg dah hati hitam berkerak lah sebab dah nampak lavish lifetyle theyols anak beranak dtg masa event, kekwat namati eh.
Quote prince_marhaen 31-3-2022 10:39 AM
slyfynx replied at 31-3-2022 09:41 AM
Aku selalu wonder (sorry, hati aku berkerak), artis2 ni dibayar atau mmg betul2 sukarela tanpa sebar ...

meols rasa nak jawab, most of them dibayar ye, ditanggung semua kos-kos terlibat sebagai 'kos pentadbiran & pengiklanan'.
Mustahil percumahhhhhh sissss.... sedangkan Lijah Gigil pun feeling suruh meols & team contact PA dia untuk tanya payment berapa kalau buat shout-out kempen belajar anak yatim & asnaf dulu....event amal percuma pun kena bayar utk shout-out di IG yachhh...apatah lagi kembara-kembara bagai..
Quote lasagna 31-3-2022 03:26 PM
prince_marhaen replied at 31-3-2022 10:39 AM
meols rasa nak jawab, most of them dibayar ye, ditanggung semua kos-kos terlibat sebagai 'kos pent ...

jap jap dari tadi Lijah Gigih ppuan gigil.. sape ek? mcm prnah ku dengarin umah ini..
Quote cantthinkofany 31-3-2022 03:42 PM
sepengetahuan ku yg cetek ni....akibat hati ku yg berkerak tebal.....certain percentage dari kutipan derma, sedekah atau kutipan, founder akan dapat sebagai administrative cost....so founder yg hati kerak mcm aku, takkan declare berapa aku dah kutip...sape je yg audit?....so suka hati aku la kan....

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.140932 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top