CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kotor, Berkeladak, Anjing Berkeliaran, Inti Diletak Tepi Tandas- Kilang Pau Dan Dimsum Menjijikkan

30-3-2022 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2056| Komen: 15

Butterworth: Keadaan persekitaran sebuah kilang menghasilkan pau dan dimsum di Medan Melor Selatan, di sini sangat jijik dan tak layak beroperasi.

Pemeriksaan dijalankan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menerusi Op Tegar turut mendapati pemilik melakukan pelbagai kesalahan besar dalam aspek kebersihan.

Tinjauan ketika operasi mendapati peralatan yang digunakan dalam keadaan amat kotor dan berkeladak dengan persekitaran kilang itu bersawang, selain tiga ekor anjing yang dilepaskan begitu sahaja di dalam premis.

Foto: Harian Metro

Dalam pada itu, terdapat juga daging khinzir yang dipercayai dijadikan inti pau dan dimsum yang diletakkan berhampiran tandas. Pegawai Kesihatan BKKM JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, pelbagai kesalahan dikesan ke atas kilang yang beroperasi sejak 10 tahun itu apabila pemiliknya gagal mematuhi Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).


"Pertamanya, menjadikan kawasan kediaman sebagai kilang memproses makanan tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Selain itu, pemilik juga melakukan kesalahan besar dalam aspek kebersihan dengan pekerja tidak memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dalam proses penyediaan makanan, termasuk membiarkan tiga anjing berkeliaran.

"Kita juga turut menemui najis tikus, lipas dan lalat di kawasan memproses makanan serta stor penyimpanan bahan mentah di kilang itu," katanya pada sidang media selepas mengadakan operasi berkenaan, di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, berikutan kesalahan yang dilakukan itu pihaknya mengambil tindakan menutup kilang berkenaan selama 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Kita turut mengeluarkan tiga notis di bawah Peraturan 32(1)(b) dan Peraturan 35(6) Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang bernilai RM2,500 ke atas kilang itu.

"Kilang itu pernah diambil tindakan penutupan pada 2019, malangnya ia masih berada dalam keadaan sama yang sepatutnya sudah tidak layak untuk beroperasi," katanya.

Sementara itu, Mohd Wazir berkata, pihaknya turut mengeluarkan lima notis kompaun bernilai RM2,900 terhadap sebuah kilang memproses bebola ikan di Raja Uda, di sini yang beroperasi sejak 20 tahun lalu kerana pemiliknya gagal mematuhi PJKM.

"Pemeriksaan di kilang ini mendapati pekerja tidak memakai PPE yang sempurna iaitu tidak memakai sarung tangan ketika mengendalikan produk bebola ikan, selain proses penyediaan produk juga mendukacitakan.

"Kita khuatir tangan pekerja yang mengendalikan produk itu mengalami ekzema (masalah kulit) apabila terdedah lama di dalam air yang secara tidak langsung juga boleh mengundang bahaya kepada pengguna produk itu yang boleh menyebabkan berlakunya keracunan makanan," katanya.

Semasa pemeriksaan itu, terdapat produk bebola yang didapati jatuh ke lantai dikutip semula pekerja kilang itu yang kemudian dibasuh seterusnya dimasukkan ke dalam mesin pemprosesan.

Mohd Wazir berkata, secara keseluruhan kedua-dua premis itu menggajikan sebahagian besar warga asing yang berasal dari beberapa negara termasuk Myanmar dan Indonesia.

"Kedua-dua produk itu dipercayai untuk pasaran sekitar Butterworth dengan tidak terdapat logo halal dan logo MESTI," katanya.

Operasi yang bermula kira-kira jam 10 pagi itu turut disertai Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang mengeluarkan kompaun RM2,000 dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang yang mengeluarkan kompaun RM500. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 30-3-2022 03:53 PM
Alamak.. i beli fish ball kdang2 xcek sgt halal ke x..
Quote insulin 30-3-2022 03:53 PM
Perenggan pertama berita ni
Quote sharlenetexas 30-3-2022 03:57 PM
Berita biasa "kilang" makanan persis kandang babi.

Quote Artemesiaa 30-3-2022 03:59 PM
Euwww pengotornya
Quote Xim 30-3-2022 05:19 PM
Risau plak kdg² beli pau frozen ni...kot² la dr kilang ni pastu repack lagi kat kilang lain, ha tak masal...
Quote umbut 30-3-2022 05:41 PM
Bab kotor2 makanan jijik berlumut bagai mesti kat penang
Quote jazaa100 30-3-2022 05:59 PM
Sbb tu jakim takkn kuarkn sijil halal klu proses makanan kat rumah.....tak kira lah mcik kiah tudung labuh yg buat.....

Aku setuju part ni sbb kekdg kat rmh ada bela kucing lah....
Quote kepompong 30-3-2022 07:18 PM
iyolah kalau check beriya tapi makan order food panda shopee food grabfood mana kita nak tahu dia beli ke tak dari kilang yg kita blacklisted
Quote kakikuDibibirmu 30-3-2022 08:23 PM
Asal makanan kotor jah musti dari Pulau People, musti kebangga cmf_herhuggie tersenyum sinis
Quote Mary_jane 30-3-2022 08:50 PM
Tengok jela video ni. Sumber youtube Berita Harian Online.

[youtube]zeGXD7JxXEY[/youtube]
Quote Mulotkoyak 30-3-2022 10:22 PM
Kalo frozen and mee korg hati2 laaa ckit kalo nk mkn. Kilang ais krim pun sama. Kkdg die celup je. Ak prnh practical kat sana. Kilang aiskrim di shalam yeee.
Quote naina 30-3-2022 10:24 PM
Mesti kilang dari Penang. Apa pengotor sangat orang Penang ni? Kuat mengata Kelantan ke sebelom ni
Quote angelofish 30-3-2022 11:20 PM
negeri kilang pengotor.lepas ni harus cek label di buat kat mana
Quote Cpkay 31-3-2022 09:12 AM
alamak.. kena check label banyak kali kalau camni..
Quote Gingerly 31-3-2022 12:02 PM
Kesiannya siapa yg pernah terbeli termakan terkenyang puas lalu tersenyum sinis.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.075049 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top