Baru-baru ini trend filter 'wajah bingung' dengan lagu background butterfly in the sky menjadi satu fenomena di platform Tiktok. Baru-baru ini, seorang wanita telah join trend itu dengan mempersoalkan bagaimana staff di perhentian Rehat dan Rawat (RNR) pergi kerja setiap hari?
Mesti ramai pembaca di sini yang tertanya-tanya bagaimana semua pekerja RnR pergi kerja setiap hari. Takkan staff RNR pergi kerja lalu highway setiap hari, kalau mereka duduk jauh memang mahal duit minyak dan tol lagi-lagi bila setiap hari ulang-alik pergi dan balik kerja. Jangan risau kerana semalam, seorang pemuda yang dikenali sebagai syahirnordin di Tiktok telah membuat video khas untuk menjawab persoalan ramai orang ini. Sebenarnya ada jalan 'rahsia' yang boleh diakses oleh pekerja-pekerja untuk pergi ke RNR. Menerusi perkongsian pemuda ini, setiap kawasan perhentian RnR pasti ada jalan rahsia untuk para pekerja pergi ke tempat kerja. Pemuda ini menunjukkan contoh tempat kerjanya iaitu di RNR Machap, Johor. Tambah pemuda ini, jika staf bekerja di kawasan RNR seberang pula, mereka akan menggunakan laluan terowong di bawah lebuh raya yang memudahkan mereka untuk 'lintas' ke RNR seberang. Meninjau ke ruangan komen, kelihatan ramai yang baru tahu jalan-jalan 'rahsia' ini. Rata-rata netizen juga mengambil peluang itu untuk berterima kasih kepada pemuda itu kerana telah menjawab persoalan mereka. -CARI |
KamikuP: Bole ke kita guna jalan tu untk elak bayar tol?
ADVERTISEMENT