CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular: Tetamu Ramai Lagi, Makcik Selamba Bungkus Lauk Kenduri Sampai Habis Licin

30-3-2022 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6976| Komen: 92

Setiap kali menghadiri apa saja majlis kenduri, pasti ramai tahu kita perlu menjaga adab sebagai seorang tetamu dan tidak boleh melakukan sesuka hati.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang makcik yang selamba membungkus semua makanan di sebuah majlis kenduri kahwin sekaligus menjadi perhatian ramai.




Makcik berkenaan dilihat membungkus makanan untuk dibawa pulang menggunakan satu plastik berwarna hijau.

Lebih mengejutkan, bukan mengambil sedikit sahaja lauk tetapi habis licin makanan tersebut sehingga tiada yang tinggal untuk tetamu lain.




Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa makcik berkenaan seolah tiada sifat malu.

Kata netizen lagi, tiada masalah untuk tapau makanan tetapi pastikan selepas waktu majlis dan perlulah dapatkan kebenaran daripada tuan rumah. -CARI

Sumber: Gulapop

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 30-3-2022 01:13 PM
Betul ke kisah ni mak cik? Terang benderang muka mak cik dlm video ni. Jika bkn, saman je penyebar video ni. Tukang amik video ni keluarga pihak pengantin ke?
Quote Atata 30-3-2022 01:26 PM
Ya ampunnnn pencuriiiii
Quote KamikuP 30-3-2022 01:26 PM
Buruknya pangai acik gundu ni - done mengutuk
Quote angelofish 30-3-2022 01:32 PM
tah tah makcik tu yang sponser kenduri kawen tu
Quote jfq 30-3-2022 01:34 PM
Woo siap kaut dgn tangan
Pakai penyepit lmbt sgt
Quote tungkai 30-3-2022 01:36 PM
Kalau tuan rumah yg suruh makcik tu tapau cemana plak?
Quote weezerfan 30-3-2022 01:37 PM
Berdosa mkn benda haram walau bukan babi dan arak
Quote sharlenetexas 30-3-2022 01:37 PM
Ke majlis dah habis?

Quote Artemesiaa 30-3-2022 01:44 PM
Ramai je perangai macam ni jenis muka tebal semua nak dikaup.  Lain ler kalau tuan rumah sendiri yang tolong tapaukan.
Quote mojarean_X 30-3-2022 01:44 PM
angelofish replied at 30-3-2022 01:32 PM
tah tah makcik tu yang sponser kenduri kawen tu

Underrated comment
Quote SedihPedih 30-3-2022 02:10 PM
kalau pun pemalas nk masak org kt rumah tu..order la grab ke apa ke..

ish..buruk perangai
Quote Mary_jane 30-3-2022 02:17 PM
Memang dah jadi trend ye, suka2 tangkap video & up kat medsos. Untung kalau tak kena saman.
Quote bulalof 30-3-2022 02:20 PM
sejak masuk millenium baru ni, manusia memang semakin takde adab ke?
Quote Decaffeinated 30-3-2022 02:24 PM
untuk ini aku sokong kaki viral sebab kiasu sebegini memang musuh ketat aku. yang jenis amik menimbun pinggan tapi makan tak habis pun aku dah rasa nak lempang.

kalau berita ini benar aku harap mak cik tu murung sampai kurus

Quote Decaffeinated 30-3-2022 02:26 PM
angelofish replied at 30-3-2022 01:32 PM
tah tah makcik tu yang sponser kenduri kawen tu

Ko sponsor untuk orang lain makan. Please remember that.


Quote Simunggu 30-3-2022 02:32 PM
pernah jumpa mcm ni..majlis belum habis pun..tak pula kenal sangat..
Quote harkktuih 30-3-2022 02:38 PM
ada sorg makcik kat area rmh aku..dlu kalau menapau mmg dia champion..tolong rewang nya tidak..datang hari langsung tapau lauk pauk dulu even kenduri tgh brjalan..pastu bukan dia tapau utk dia je, siap utk anak beranak punya sekali..
Quote ifanonline 30-3-2022 02:40 PM
manusia ni pelbagai ragam...
Quote saviour_09 30-3-2022 02:55 PM
gilooo malu anak beranak weehhh  

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.039635 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top