Rakaman tular memaparkan seorang pensyarah mengherdik pelajar lelaki kerana tidak memiliki komputer ternyata mengundang kecaman ramai.
Malah, netizen turut menyuarakan saranan agar pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil tindakan tegas terhadap Profesor Dr Ts Roshana Takim atas tindakan yang dilakukannya itu. Dalam perkembangan semasa, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Se-Malaysia sesi 2021/2022, Rasydan Mohd Hassan turut menyelar tindakan pensyarah berkenaan. "Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah, Profesor Dr Ts Roshana Takim di dalam video tular malam tadi merupakan satu tindakan luar norma dan tidak beretika terhadap seorang mahasiswa.
"Sejarah UiTM ini juga dibina atas dasar untuk membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan pendidikan di peringkat tertinggi. Kenyataan menghina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wajar dibuat oleh mana-mana pihak," ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis pagi. Tambah Rasydan, dia mewakili keluarga MPP UiTM turut mendesak agar pengurusan tertinggi insitut pengajian itu mengambil tindakan segera ke atas ahli akademik berkenaan atas tindakan biadabnya. Untuk rekod, video memaparkan pensyarah tersebut memarahi pelajarnya ketika sesi pembelajaran maya tular di Twitter sejak Selasa malam. Selain meminta kakak pelajar tersebut menjual gelang emas untuk membeli komputer, kata-kata pensyarah tersebut yang seolah-olah menghina golongan B40 turut mengundang kemarahan netizen. Sumber: mStar
|
Mary_jane replied at 30-3-2022 12:02 PM
How he survived without laptop in the 5th semester. Atau baru je rosak ke laptop nya.
On the other ...
annehuda replied at 30-3-2022 12:21 PM
tgk kt thread sebelah, mamat ni dah grad dah pun. lepas dh grad tu baru die up video lecturer ni m ...
Mary_jane replied at 30-3-2022 04:02 AM
How he survived without laptop in the 5th semester. Atau baru je rosak ke laptop nya.
On the other ...
Simunggu replied at 30-3-2022 12:46 PM
aduh bodoh...
Decaffeinated replied at 30-3-2022 12:21 PM
seperti biasa wartawan cari-mal pun nak glamer bukak thread panas walau pun lambat 2 jam
dua_chzy replied at 30-3-2022 02:44 PM
Aku heran porumer nampak hal sheol tanak mingle dengan B40 tapi tak nampak ayat sheol selepas tu y ...
Decaffeinated replied at 30-3-2022 12:21 PM
seperti biasa wartawan cari-mal pun nak glamer bukak thread panas walau pun lambat 2 jam
ADVERTISEMENT