CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nak Berlawak Pun Kena Ada Ilmu, Jaga Maruah Orang" - Salih Yacoob

30-3-2022 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1565| Komen: 8

“Hendak berlawak pun kena ada ilmu. Jaga maruah orang lain. Jangan tangkap muat.”

Itu pendapat pengacara dan pelawak popular, Salih Yacoob ketika diminta mengulas insiden pelakon, Will Smith menampar pengacara dan pelawak, Chris Rock ketika siaran langsung Anugerah Akademi ke-94 semalam.



Kredit foto: IG Salih

Jelas Salih, budaya kita dan barat sangat berbeza namun generasi baharu pengacara tempatan yang kebanyakkannya lahir dari dunia komedi perlu bijak dan tidak menyentuh sensitiviti terutama melibatkan maruah orang lain.

“Saya rasa pengacara dan pelawak kita masih dalam landasan yang betul. Itu budaya mereka. Memang begitu. Cuma nasihat saya, kita jangan tiru pula. Hendak berlawak boleh, tapi jangan sampai buat orang malu.


“Kita jaga budaya dan adab. Tidak kira dalam mengacara, melawak atau menjalani kehidupan seharian. Mana yang baik kita ambil, jangan sombong dan tinggi diri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Salih, untuk menjadi pengacara yang baik, latihan dalam mengendali situasi perlu dilalui dan kejayaan itu tidak datang dalam tempoh satu hari.


Kredit foto: IG Salih

“Saya sendiri makan tahun untuk jadi seorang pengacara. Malah, saya sendiri datang dari latar belakang seorang pelawak. Itu tidak jadi masalah tetapi kena banyak berlayih dan tengok situasi. Jangan hentam kromo.

“Berpeganglah kepada budaya kita. Hormat menghormati orang lain. Tengok keadaan dan orang dahulu. Jangan ikut cara yang tidak betul,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 30-3-2022 01:27 PM
Lain muka pak leh sejak takda gigi. Hari tu tgk sepahtu reunion mmg tak cam langsung.
Quote keys 30-3-2022 02:13 PM
Bab ni setuju dgn Pak Salleh. Pelawak lama2 dulu jarang sentuh rupa paras org lain.
Quote AshkieLa 30-3-2022 02:17 PM
mujur Pak Leh tak jadi WS penampor Rahim kat Sepahtu aritu
sebab berlebih lebih menganjing hal gigi pakleh.
btw dia ni masih ade bini banyak ke?
Quote bulalof 30-3-2022 02:18 PM
tgk la cara mereka melawak, boleh tau cara mereka dibesarkan
Quote midori_katana 30-3-2022 03:21 PM
Baru2 ni tertengok cerita lawak apa ntah ada jepp sepahtu, man raja lawak dan saleh yaakop. Si jepp tu asyik membahan saleh sbb saleh takder gigi. Iols yg tgk pun rasa rengsa. Kesian org tua tu. Mesti dia malu. Teruk sangat body shaming org. Iols ingat jepp dah jadi cam islamik sikit skrg. Rupanya mulut nan hado juga..
Quote Mary_jane 30-3-2022 03:58 PM
Bisnes masyuk boleh lah buat denture. Renti kan lah lawak double meaning & body shaming, tak fun langsung.
Quote iznanaziz 30-3-2022 05:07 PM
midori_katana replied at 30-3-2022 03:21 PM
Baru2 ni tertengok cerita lawak apa ntah ada jepp sepahtu, man raja lawak dan saleh yaakop. Si jepp  ...

kesian.
Salih Yacoob selalu lupa dialog
tu yg selalu jadi bahan
Quote jijilaaa 30-3-2022 05:21 PM
aah pelik muka dia masa sepahtu reunion ritu..kenapa teruk sngat rupa dia? tak de duit ke nak buah gg palsu?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.169616 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top