CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Gila Betul Terkejut Saya"- Zarina Zainuddin Tak Sangka Harga Minyak Masak 'Cekik Darah'

30-3-2022 11:19 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 6553| Komen: 69|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin


Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin berkongsi satu posting luahan hati di akaun Instagram miliknya yang menarik perhatian netizen. 

Pelakon ini meluahkan rasa terkejutnya apabila melihat harga sebotol minyak masak tempatan yang dijual di pasaran kini telah mencecah hampir RM30. 



Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan Zarina menunjukan satu botol minyak masak seberat lima kilogram yang dijual pada harga RM29.40. Pelakon ini juga tidak sangka bahawa harga minyak masak di pasaran masa kini jauh berbeza dan sangat mahal berbanding di awal perkahwinannya dahulu.

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin

Oleh disebabkan harga barang semakin meningkat, pelakon ini sentap memberi pesanan agar orang ramai perlu zaman kini perlu bijak mencari extra income untuk menampung kos kehidupan yang semakin mahal.

Meninjau ke ruangan komen, ternyata ramai netizen yang berkongsi rasa yang sama mengenai isu peningkatan harga barangan kini. - CARI

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_perfect 30-3-2022 11:27 AM
Dia baru perasan ke....
Quote dejure 30-3-2022 11:29 AM
miss_perfect replied at 30-3-2022 11:27 AM
Dia baru perasan ke....

Dulu beli bil laki semua bayar.skg semua bil dia bayar.
Quote elzy 30-3-2022 11:46 AM
Artis pun mengeluh harga minyak masak mahal, apatah lagi golongan B40 dah la income tak seberapa kena hina dengan Prof lagi.. whooops!
Quote kotakominami 30-3-2022 11:47 AM
Aik..seblom ni dia pakai minyak ape?
Quote DayangKirana 30-3-2022 11:48 AM
worldwide CPO price pon dh lama naik.. bertabahlah...
dulu2 time sayur mahal, pak muntri suruh tanam sayur..
may b this time around kena buat minyak sendiri la kot..guna kelapa..

1 biji kelapa tua anggaran can get around 120-130ml. lets say avg 125ml.
1 liter coconut oil is around 900++g = lets round it to 1 kg.
to get 1 liter, need 8 biji kelapa tua.
harga sebiji kelapa tua RM3.50 (depend on your location) x 8 = RM28 for a 1kg.
if can get cheaper than that, lets say RM2.50 per biji x8 = RM20 per kg.
Still expensive..not a cheaper option unless you tanam sendiri kelapa kat rumah.
Quote cantthinkofany 30-3-2022 12:07 PM
apa ni????? dah lama kott....duk gua ke sebelum ni???
Quote mama_cat 30-3-2022 12:10 PM
aikkk.. sebelum ni hang tak pernah beli minyak ka apa? hahahaha... adududu..
Quote pekanwoohoo 30-3-2022 12:32 PM
Alah. Pulut kuning kau pun berapa rm pulak kau jual?
Quote che-cikL 30-3-2022 12:37 PM
Aik, dah lama dah RM32 ke atas.
Kalau terjumpa RM29 tu mmg grab terus.
Quote cikatilia 30-3-2022 12:42 PM
golongan gaji minimum pon pakai minyak yg sama..
minyak peket bayang pon xnampok
Quote bahagiaselalu 30-3-2022 12:46 PM
alaaa.. dia tu dah kaya kot... ape nk dihairankan wpun naik sikit
Quote sleepandream 30-3-2022 12:50 PM
harga minyak sawit mentah (crude palm oil) dari Q3 tahun lepas dah mencanak2 naik...
suka orang2 felda dgn kebun sawit skrg yach...
estate company mcm IOI jgn ckp la... banyak masyukkkk ooooo
Quote eLiaD 30-3-2022 12:55 PM
POV is macik ni nk naik kn rega pulut kuning so kne berlakon la sket

RiP
Quote KamikuP 30-3-2022 12:55 PM
Antara minyak peket ngan minak botol 5 kg sama ke cuollss? Ke mahal sbb jenama je?
Quote Adrif 30-3-2022 03:27 PM
cikatilia replied at 30-3-2022 12:42 PM
golongan gaji minimum pon pakai minyak yg sama..
minyak peket bayang pon xnampok

a'ah, aku pun dah lama perasan sejak 2-3 bulan ni

semua minyak paket hilang.. stok minyak kitorang pun makin sikit.
kitorang dari dulu pakai minyak paket

kedai sorok ke, atau memang minyak paket langsung takde kat pasaran?????
Quote jfq 30-3-2022 03:30 PM
Dah lama naik. Baru gi pasar ke
Quote bulalof 30-3-2022 03:33 PM
ayat posting tu low class sgt.
Quote SherryZass 30-3-2022 03:35 PM
Dia ni macam harini kepala dia terhantuk kat meja, minggu depan baru mengaduh sakitnya. Lambat sangat sedarnya lahai acik ni. Bukan minyak je, rata2 semua dah naik harga. Gaji je tak pandai naik
Quote mesmerize 30-3-2022 03:35 PM
loh dah bertahun harga minyak botol mahal camtu..sejak subsidi minyak masak dalam botol ditarik balik oleh kerajaan.. dia masak guna apa ek tak guna minyak ke yang tatau rega tu.. ke laki or bibik dia aje belikan.. tapi mesti tahu juga harga kan sebab mesti laki atau bibik dia update harga barangan terkini

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.100396 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top