CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan Cerita Cinta Je!- Datuk Yusof Haslam Mohon Stesen TV Ubah Mentaliti

30-3-2022 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2800| Komen: 25

Kerap menyajikan drama adaptasi novel kisah cinta, penerbit Datuk Yusof Haslam, 68, berharap stesen TV mengubah mentaliti dan mengetengahkan topik lain seperti kemanusiaan dan perjuangan.


Yusof berkata, stesen TV perlu terbuka untuk 'menyogok' penonton tempatan dengan karya selain kisah cinta dan bukan sekadar mengejar 'rating' semata-mata.

"Banyak karya novel mengenai kemanusiaan, orang kampung dan perjuangan anak-anak Felda misalnya. Stesen TV kena cuba dan ubah mentaliti untuk 'sogok' kisah sebegitu kerana penonton jemu dengan kisah cinta.

"Saya bukannya anti cinta tapi banyak lagi kisah-kisah novel yang bagus untuk dijadikan drama atau filem. Memang susah nak puaskan hati penonton dan ia terlalu subjektif. Kenalah buat sesuatu kerana di Barat, karya selain cinta sangat sukses. Stesen TV boleh berbincang dengan pihak Dewan Bahasa Pustaka (DBP) misalnya untuk buat drama daripada novel," katanya.



Foto: Google

Bagaimanapun, Yusof percaya pengarah juga memainkan peranan besar tampilkan kreativiti terbaik mengolah kisah novel agar lebih menarik dan berjaya menambat penonton.

"Untuk pastikan kejayaan sesuatu adaptasi, itu memang kerja pengarah untuk memastikan corak penceritaannya tidak tepu," katanya.

Yusof berkata, dia melihat pengarah, Osman Ali memiliki kelebihan itu.

"Dia ada kebijaksanaan, penghayatan dan meruntun jiwa dalam pengarahannya. Apabila bezakan dengan novel, memang bagus olahannya.

"Penulis novel juga perlu bertoleransi dalam hal ini untuk beri kebenaran bagi menokok tambah elemen komersial. Apapun, elemen itu mesti ada untuk tarik penonton," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MadameOnion 30-3-2022 03:53 PM
ok..buat cerita polis dan samseng saja
Quote dheya_hanna 30-3-2022 08:05 PM
Jd la mcm toksop buat cerita polis berbelas tahun, hantu n gangster.. No more sembilu okeh..
Quote cicicumel 30-3-2022 08:29 PM
Dah tu buat gerak khas jalan cerita sama je recycle.. Bosan
Quote Acikgomen 30-3-2022 08:32 PM
Verani tok usop ngate rosmizah gundu
Nak kena saman kewwww
Quote 7doors 31-3-2022 12:56 AM
Aikk...dia pun pelopor cerita cintun kn..motif bersuara
Quote September14 31-3-2022 08:15 AM
Cter hantu yg umie aida n emelda blakon tu best.. x hingt apa tajuk…

Klu cter berat mcm erma buat x yah la mengarut…
Quote kukukatablog 31-3-2022 08:18 AM
September14 replied at 31-3-2022 08:15 AM
Cter hantu yg umie aida n emelda blakon tu best.. x hingt apa tajuk…

Klu cter berat mcm erma buat  ...

Ku Seru tu kan, itulah cerita hantu malaysia paling berkualiti rasanya....
Quote September14 31-3-2022 08:41 AM
kukukatablog replied at 31-3-2022 08:18 AM
Ku Seru tu kan, itulah cerita hantu malaysia paling berkualiti rasanya....

Yes betul kekasihku seru… best giler cter tu kan patut letak kat Netflix.. rasa mcm nak layan lagi..

Ptut buat drma mcmtula berkualiti..
Quote TomyamPuteh 31-3-2022 09:53 AM
Sembilu tersipu malu.
Quote Travelo 31-3-2022 11:18 AM
last year tak silap,dia ditemuramah dalam rancangan apa tah kat tv1 or tv2 berkaitan dunia film malaysia..host rancangan tu ialah pelawak yg rajalawak astro tu..mamat yg handsome2 tu sape ya nama,lupa...agak bodoh ulasan usop ni..

dia kata film yg tercalon atau menang oscar sbb kos pembikinan beratus juta sedangkan film kita modal ciput how can go hollywood??...

ya rabbi..nak menang oskar tak perlu buat film berskala besar ,modal besar lah pak usop...tp jalan cerita yg bagus even kos tak cecah juta pun boleh dapat best picture..satu contoh film korea parasit yg menang last year tu kos berjuta2 ke?...



Quote mizruncing 31-3-2022 01:22 PM
hahaha teringat troll dialog GK yg diulang2
Quote sleepandream 31-3-2022 03:51 PM
tapi banyak je novel yg best2 bila adaptasi jadi drama bersiri tak best...
bykkan la drama mystery (bukan horror/hantu yach) , thriller , politic (hellooo berita rasuah hari2 takkan takot nak ambik inspirasi sikit2 )
Quote AnnaSendin 31-3-2022 04:03 PM
Sol sol sol, papasop pon sama. Bertaon2 produce citer cinta, sembilu 1 & 2, maria mariana 1 & 2, dengan dialog skema pastu mesti ader scene dekat kelab malam. Dari bapak bawa ke anak scene dalam tuew mesti ader. Citer cinta heols lagi bersegi2. Citer polis pulak, asyik inspektor buat keje padahal realitinya polis pangkat rendah yang lencun setel kes sana sini. Dan masih ader cinta di tempat keje.
Quote krustykrab 31-3-2022 04:29 PM
7doors replied at 31-3-2022 12:56 AM
Aikk...dia pun pelopor cerita cintun kn..motif bersuara

Dah insof
Quote krustykrab 31-3-2022 04:34 PM
September14 replied at 31-3-2022 08:41 AM
Yes betul kekasihku seru… best giler cter tu kan patut letak kat Netflix.. rasa mcm nak layan lag ...

Terbyg2 watak hantu sihairi tu...tak payah mekap mcm hantu cina pun dh buat aku seram
Quote Peachlilac 31-3-2022 05:19 PM
September14 replied at 31-3-2022 08:41 AM
Yes betul kekasihku seru… best giler cter tu kan patut letak kat Netflix.. rasa mcm nak layan lag ...

Agreed. Lagi satu cerita hantu yg best penunggu gunung raya kot tajuk dia. Best cerita tu. Sampai la ni I cari kat Tenet takde.
Quote YomiuriLandMae 31-3-2022 11:52 PM
why not dorg ni buat drama or movie based on novel2 komsas yg kita dok belajar dulu.. eventho ada elemen cinta tp still ada added value..

ala sebenarnya stesen tv dgn director kita je yg malas nak buat research.. yg penting duit asyukkkk ye dok.. toksah la nak merempan movie kita x laku la drama kita xde org nak tgk la.. korg ni sume nak jln senang kan untung cepat pastu verangan nak pegi hollywood.. gimamm..
Quote DianaSaksen 1-4-2022 01:18 PM
Aku Lyn drama janji Diana
Time aaron Aziz masih helok .
Quote Nenasketum 1-4-2022 02:39 PM
Ko lah yang suka buat citer cinter. Dah political sangat dia ni.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.039606 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top