CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Guna Jadi Orang Paling Kaya Dunia, Elon Musk Selalu Kesunyian

30-3-2022 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3606| Komen: 41

New York: Hartawan terkemuka, Elon Musk mengaku sering berasa kesunyian dan hanya mempunyai anjing peliharaan sejak berpisah dengan teman wanitanya, Grimes.

Musk membuat pengakuan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Business Insider, Mathias Dopfner dalam temu bual, baru-baru ini.

Lapor Daily Mail, Musk berkata, beliau kadang kala berasa terasing sejak putus cinta dengan Grimes yang merupakan penyanyi.


Elon Musk bersama bekas teman wanitanya, Grimes. Foto: AFP 

“Ada kalanya, saya berasa sunyi. Sudah pastinya semua orang pernah melalui situasi sama dan ia agak biasa.


“Jika, saya sedang melakukan kerja projek kapal angkasa lepas dan tinggal seorang diri di rumah tanpa anjing bersama, saya berasa sunyi,” katanya.

Menurut Musk, beliau juga tidak boleh bersendirian kerana ia merupakan `reaksi semula jadi manusia’.

Grimes yang sudah berpisah dengan Musk, dilaporkan ketika ini sedang berpacaran dengan seorang anggota tentera, Chelsea Manning.         

Terdahulu, Musk dalam temubual itu ditanya mengapa tidak berminat dengan umur panjang atau manusia memanjangkan jangka hayat mereka. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 30-3-2022 11:25 AM
mcm bosan je dia ni
Quote annehuda 30-3-2022 11:30 AM
propa jah elon ni.  sblm ngan grimes anak die ada 6 org dah besar panjang pun.  anak2 die pun komen bapak diorg tak involve lgsg dgn life diorg suma serah kt mak je
Quote Orix 30-3-2022 11:33 AM
mati2 igtkan chelsea manning tu lelaki........
Quote helicornia 30-3-2022 11:43 AM
Ex 1st wife dulu klu baca kisah mcm ada penderaan emosi je masa dgn Elon musk.tp dpt anak 6 org gak.dia sesuai dgn ex wife Johnny Depp sama2 pendera emosi agaknya hahaha
Quote Mary_jane 30-3-2022 12:13 PM
Daring betul Grimes ni. Berdarah hidung.
Quote Decaffeinated 30-3-2022 01:06 PM
Buatlah syurga sendiri penuh bidadari dgn sungai arak seperti diimpikan lobai.

Nescaya kamu tak sunyi.

Quote Artemesiaa 30-3-2022 01:39 PM
Dia ni pun dah macam makin gila perhatian lately boleh kata saban hari ada je update darinya
Quote uori 30-3-2022 01:44 PM
meh tukar tempat dengan iols yang semikin nih, baru ko tau langit tinggi ke rendah dan makna sebenar kesunyian
Quote sharlenetexas 30-3-2022 01:53 PM
Duk kat mars sorang2 lagilah sunyi. Kucing pun xde. Pandang angkasa merah.

Quote namr 30-3-2022 01:55 PM
Anak ramai sunyi apanya
Quote mrs_salvatore 30-3-2022 02:07 PM
Decaffeinated replied at 30-3-2022 01:06 PM
Buatlah syurga sendiri penuh bidadari dgn sungai arak seperti diimpikan lobai.

Nescaya kamu tak sun ...

ko ni bukan ke ateis? dah ateis tu ateis jelah. takde sape pun dlm porem ni sebut pasal syurga neraka, ko sorang jah. tetibah ko trigger sendiri apehal.  lupe makan ubat ke?
Quote Decaffeinated 30-3-2022 02:17 PM
mrs_salvatore replied at 30-3-2022 02:07 PM
ko ni bukan ke ateis? dah ateis tu ateis jelah. takde sape pun dlm porem ni sebut pasal syurga ner ...

mana ada aku trigger ka ko cakap depan cermin?
dah dia kata dia sunyi aku cadangkan dia buat syurga right here, right now because he has the means apa masalah?

Model syurga penuh bidadari tu impian semua lobai in case you don't know.

Quote dani-rox 30-3-2022 02:55 PM
Quote lattehazelnut 30-3-2022 03:00 PM
La bukan baru dapat baby ke haritu..

Buat robot la pulak..
Xpun hire butler, underfoot, housekeeper, housemaid, valet, lady’s maid, chef, kitchens maid, gardener
Quote kucingitam 30-3-2022 05:03 PM
biasalah...tgk org kaya, ternama, popular ni kebanyakkannya kesunyian...
Quote kucingitam 30-3-2022 05:03 PM
biasalah...tgk org kaya, ternama, popular ni kebanyakkannya kesunyian...
Quote dua_chzy 30-3-2022 05:07 PM
annehuda replied at 30-3-2022 03:30 AM
propa jah elon ni.  sblm ngan grimes anak die ada 6 org dah besar panjang pun.  anak2 die pun komen  ...

Jantan penabur sperma versi elit dunia.
Quote rosmahisham 30-3-2022 11:53 PM
Edited by rosmahisham at 31-3-2022 01:54 AM

Counter pertanyaan je yg aku tgk merasa jd kaya x sunyi..puas berjln..siap ada photographer kot..laki nya ikut je..elon ni dh puas keliling dunia kot..berparty..semua dia dh bosan kot..kita2 ni klu ada duit mau belanja sedara mara mkn angin..ramai2 x de la bosan..nk bwk kwn2 mghabiskn boreh je.
Quote cmf_premierleag 30-3-2022 11:55 PM
ko kaya kut..ko suruh la procurement dept Tesla ko open tender sapa nk jd gelfren ko.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.311489 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top