CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zaki Yamani Tak Guna 'Kabel' Jamal Abdillah Untuk Sertai Ceria Pop Star Xtra

30-3-2022 09:25 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2080| Komen: 9|Original author: tatod


Tidak dinafikan, bergelar anak kepada penyanyi hebat seperti Datuk Jamal Abdillah pasti mempunyai keistimewaan tersendiri bagaimanapun ia juga menjadi cabaran buat Zaki Yamani kerana setiap pergerakannya terutama membabitkan dunia seni pasti dikatakan mudah kerana mempunyai 'kabel besar'.

Hakikatnya, status Zaki sebagai anak kepada penyanyi legenda itu tidak pernah dijadikan tiket ekpres untuk membina kariernya sebagai anak seni. Malahan, dia bermula dari bawah cuba mencari peluang dan ruang bagi mengetengahkan bakatnya.

Memetik laporan Mstar, remaja berusia 16 tahun itu menghadiri uji bakat program Ceria Pop Star Xtra yang diadakan baru-baru ini dan berjaya menempatkan dirinya sebagai salah seorang peserta program berkenaan.


"Walaupun saya anak kepada Jamal Abdillah tetapi saya sama seperti calon lain yang harus mengikuti prosedur tertentu. Tidak ada jalan istimewa pun.


"Sebelum ini pun saya pernah hadiri satu uji bakat nyanyian tetapi ditolak selepas selesai sesi uji bakat. Mungkin ada yang anggap saya ambil jalan mudah untuk terkenal tetapi saya lebih selesa mencipta nama sendiri," katanya.

Menyedari nyanyiannya masih banyak yang perlu ditingkatkan, Zaki sangat berharap dapat menimba ilmu daripada program berkenaan. Malahan, dia juga tidak meletakkan sebarang sasaran untuk muncul sebagai juara.

Katanya, faktor utama yang mendorong dia menyertai pertandingan tersebut adalah untuk mencari pengalaman selain meningkatkan kualiti vokal. 

Sumber IG Zaki

Masih bersekolah dan pada masa sama menjalankan perniagaan makanan, Zaki mengakui kehidupan hariannya sangat sibuk namun cuba sebaik mungkin untuk seimbangkan kedua-dua perkara itu.

"Saya cuba bahagikan masa dengan baik untuk uruskan semua yang saya usahakan. Walaupun ada perniagaan yang perlu dijalankan serta kadang-kala memenuhi undangan nyanyian tetapi saya tidak mahu disebabkan dua perkara itu pelajaran saya terganggu. Semuanya harus diseimbangkan," katanya. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 30-3-2022 10:24 AM
Tak guna kabel, tapi asyik brag sana sini kau anak JA....sama la tu dik...
Quote bintangct 30-3-2022 10:41 AM
Ooo dah ada xtra pulak ceria pop star ni
Quote 3chanceno 30-3-2022 10:42 AM
Muka tak sama dgn apaknya..
Quote awenda507 30-3-2022 11:48 AM
penah tgk dia join rncgn yg ade 50 juri tu.bila dia terkeluar terus nangis. alahai dik.
Quote September14 30-3-2022 11:56 AM
Klu suara sedap x kesah la dik ko guna kabel ariana grande sekalipun
Quote Redmyvi 30-3-2022 01:36 PM
muka bbyface.. muka cam tomboy..
Quote myakayina 30-3-2022 04:29 PM
ok lagi suara abg dia..budak ni so-so jah suaranya..
Quote anony-mous 31-3-2022 12:59 AM
Klau berlakon jd ank que haidar elok sgt ni
Quote MisXoXo 3-4-2022 06:29 AM
Ni yg mak dia anak lecturer UITM kan..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.047913 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top